CHAP 3

Short Story Series 9732

Irsyad Noah memandang skrin telefonnya dengan pandangan yang kosong. Angin pantai membuatkan dia hanyut seketika. Sambil menunggu isterinya sampai dia membuang masanya melihat kosong ke skrin telefon, setelah penat merenung kosong dia meletakkan telefonnya di meja dihadapannya. tidak lama kemudian dia didatangi seorang wanita yg lemah lembut menghala ke arahnya. Dia hanya memandang sekali imbas dan kembali merenung ke pantai.

"Abang dah lama sampai?" tanya wanita tersebut

"Boleh tahan la, dah settle?" tanya Irsyad Noah semula.

"settle, so abang nak makan kat sini ke atau nak pegi tempat lain? kalau nak makan kat tempat lain jomlah gerak." kata wanita tersebut

"mana mana boleh. tak kisah. sini pon okay kot" balas Irsyad Noah

"sini jela kalau mcm tu, dah masuk lunch lagipun" kata wanita itu.

"okey jugak, kejap lagi Zack nak dtg sini. ada apa entah nak jumpa" terang Irsyad Noah

"kalau macam tu kita order laa ea" kata wanita tersebut sambil memanggil pelayan restoran.

Wanita tersebut adalah isteri kepada Irsyad Noah, Qistina Haila seorang anggota polis sama seperti Irsyad Noah cuma pangkat dia bawah dari Irsyad Noah. mereka berkenalan ketika dipusat latihan dan berkahwin setelah tamat latihan dan akhirnya ditempatkan berbeza Balai Polis. tetapi itu tidak memutuskan kasih mereka berdua kerana adakalanya mereka akan bertemu jika ada kelapangan. Irsyad Noah bekerja di IPK Bukit Aman manakala Qistina Haila bekerja di IPD Kuala Langat. Selalunya Irsyad Noah akan dtg ke tempat Qistina Haila kerana kawasannya berdekatan dgn pantai jadi mudah untuknya menenangkan fikiran dari kesibukkan kota dan bebanan kerja.

Sedang mereka enak menjamu selera, mereka didatangi seorang lelaki tinggi lampai berkulit hitam manis, dari jauh nampak jelas mukanya yang agak serius dan garang. Lelaki tersebut menghampiri meja mereka berdua dgn tak semena mena dia menarik kerusi bersebelahan Irsyad Noah. Irsyad hanya memandang dan menghulurkan tangan utk bersalam. Lelaki tersebut hanya menyambut dgn bersahaja sambil meletakkan sarung tangannya diatas meja dan menempatkan helmet di sudut meja.

"Dari mana kau?" tanya Irsyad Noah

"dari rumah, sihat ? tanya lelaki tersebut.

"kalau dah boleh jumpa kau maknanya aku sihat la kan?" tanya Irsyad Noah

"Kalau sihat baguslah, saja aku nak jumpa kau, rindulah." balas lelaki itu sambil membuat muka yang kononnya comel.

"Teruk kau ni, aku yang laki orang ni pon kau nak rindu, kahwin jelah Zack, kau tunggu bidadari mana lagi nak turun ni? dah lama ni aku tunggu nasi minyak kau" balas Irsyad Noah panjang lebar.

"kau ni kalau jumpa aku je takde soalan lain ke kau nak tanya? memang kena tanya bila nak kahwin jugak ke?" Tanya lelaki yg bernama Zack Aariz itu.

"Dah khabar yang tu je yang aku tunggu, kang tanya bila nak tambah anak pulak nnti makin pelik pulak soalan tu, kahwin belum tiba tiba tanya pasal anak" balas Irsyad Noah tidak mahu mengalah.

"Tunggu laa, kalau aku dah jumpa bidadari aku tu aku roger laa kau pergi pinangkan, apa susah" balas Zack Aariz sambil tersenyum.

"Jangan jauh jauh sangat, kalau jauh kau support tambang pergi balik siap dgn duit makan" balas Irsyad Noah bersahaja

Zack Aariz hanya tersenyum sinis dgn kata kata Irsyad Noah. mereka pernah berkerja satu pasukan ketika di IPD Jasin selama 3 tahun, itu membuatkan mereka akrab dan erat. Irsyad Noah berpindah ke IPK Bukit Aman manakala dia berpindah ke IPK Selangor. Akan tetapi itu tidak merenggangkan hubungan mereka dan adakalanya mereka akan berjumpa untuk bertanya khabar masing masing.

"Kau taknak mintak posting masuk tempat aku ke? bosanlah takde geng" tanya Zack Aariz

"Cadang cadang macam tu la, penat jugak ulang alik dari Bukit Aman ke sini, tgklah kalau permohonan aku lulus, kesian bini sorang sorang takde teman kat sini" kata Irsyad Noah

"Sedar pun kau, ingatkan tak sayang bini sebab tu berani duduk jejauh" Bidas Zack Aariz

Qistina Haila hanya tersenyum simpul apabila mendengar Zack Aariz membahan suaminya, dia hanya diam mendengar mereka berdua berbual.

"kau Qis bila nak berisi? takkan Icad kat kuat kot?" soal Zack Aariz bersahaja.

"Tuan ingat boleh pesan melalui Shopee ke? takde rezeki lagi" Balas Qistina Haila selamba. Irsyad Noah menyingai mendengar jawapan isterinya, tak padan dgn tubuh dia yang halus, kata kata dia jugak halus menusuk ke dada. Zack Aariz hanya membuat muka senget apabila mendengar kata kata Qistina Haila itu. Begitulah mereka bertiga kalau duduk satu meja yang sama, ada sahaja gelagat mereka ingin menyakat satu sama lain.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience