Inarra Noura melentangkan badannya diatas katil dan matanya terkebil kebil menghadap syiling. Terimbas kembali kejadian yang sebentar tadi membuatkan dia mengetap bibirnya. Hatinya tak berhenti henti mengutuk perangai sembrono Zack Aariz. Ditambah pula dengan kejadian ketika dia menjadi mangsa culik membuatkan Inarra Noura menjadi bertambah geram dengan Zack Aariz. Inarra Noura bingkas bangun dan berjalan mundar mandir didalam biliknya dan tiba tiba dia berhenti di ruang tengah biliknya dan menyimpulkan senyuman, dia mengeluarkan telefon bimbitnya dan cuba mencari maklumat tentang Zack Aariz tetapi hampa. Kemudian dia menghantar pesanan ringkas kepada seseorang yang bernama Sean.
‘Tolong cari info untuk aku, Zack Aariz’ - menghantar
‘Roger bos, take time sikit’ - Sean
‘Take your time, but in detail please’ - menghantar
Dia mencampakkan telefonnya diatas katil kemudian dia menuju ke balkoni dan membuka langsir serta pintu sliding dan berjalan keluar kearah balkoni. Kedudukan bilik Inarra Noura yang menghadap kolam mandi itu sedikit sebanyak memberinya ketenangan. Kemudian dia memilih untuk duduk dikerusi yang ada di balkoni tersebut sambil memejamkan matanya.
“Oi cik kak, tak panas ke duduk berjemur macam tu. Ingat sekarang ni musim sejuk ke macam kat Jepun?” Tiba tiba ada suara yang menegur. Inarra Noura membuka matanya dan mencari dari mana datangnya suara itu, kelihatan satu susuk tubuh berada di tepi kolam dengan separuh kakinya terendam didalam air.
‘Tak balik lagi ke mangkuk ni. Ingat rumah ni macam rumah dia ke selamba je dia duduk mana yang dia suka.’ Detik hati Inarra Noura sambil memandang kearah susuk itu. Kemudian dia bangun dari kerusinya dan berlalu masuk kedalam biliknya semula. Dia merapatkan pintu sliding dan menutup langsir dengan kasar.
Zack Aariz hanya tersenyum sinis apabila melihat kelakuan Inarra Noura. Dia duduk ditepi kolam itu kerana sedang menjawab panggilan dari anak buahnya yang mula memberi informasi tentang kumpulan yang cuba untuk mencaras perniagaan haramnya. Sedang dia asyik mendengar informasi dari anak buahnya, perhatian dia teralih apabila terperasankan Inarra Noura yang berjalan kearah balkoni dan duduk dikerusi disitu. Jadi dia cuba menegur Inarra Noura dengan harapan dapat mendengar suaranya tetapi Inarra Noura tetap mematahkan harapan Zack Aariz.
“Okey continue balik, ada iklan pulak tadi. So now korang dah jumpa kat mana base dia orang?” Soal Zack Aariz menyambung semula perbualan yang tergendala tadi.
“Belum lagi my lord, kami baru mengekori mereka berjumpa dengan client sahaja, yang paling penting saya nak maklumkan, kebanyakkan client mereka adalah bekas client kita dulu, my lord” Balas suara didalam telefon tersebut.
“Shit, berani betul jalan potong jalan aku, now aku nak korang follow rapat kemana musibat musibat tu pergi and make sure sampai jumpa base dia orang then info aku balik.” balas Zack Aariz sambil mengocak kakinya didalam kolam renang itu.
“As you wish my lord.” Balas si pemanggil dan lantas mematikan talian. Zack Aariz menyimpan telefon bimbitnya didalam poket seluarnya dan kakinya mula leka bermain air. Kepalanya mula ligat memikir plan mereka seterusnya untuk menyerang markas pihak lawannya. Sedang asyik dia mengocak kakinya didalam air. Tiba tiba kedengaran satu suara dari arah depannya.
“Zack angkat kaki Zack, dalam tu ada piranha !” Kata suara tersebut. Dalam sekejapan, kaki Zack Aariz terus terangkat ke atas. Berdekah dekah suara yang mengusiknya itu ketawa.
“Wie glamourös trägst du mich heute? (Seronok betul kau kenakan aku hari ni)” soal Zack Aariz
“Vergib mir, my lord” (maafkan saya, my lord)” balas lelaki itu perlahan.
“Book hotel, then kita gerak” Kata Zack Aariz bingkas bangun dan mengibas tangannya ditepi seluar. Lelaki itu hanya mengangguk tanpa berkata. Kemudian Irsyad Noah berjalan menuju kearah mereka.
“Asal wei? Dari dalam aku boleh dengar suara Karl gelak. Asal?” Soal Irsyad Noah.
“Ada orang nak pergi neraka awal, eh sebelum tu thanks ah ajak aku makan kat rumah kau, mak kau punya kari memang padu.”kata Zack Aariz kepada Irsyad Noah perlahan dan menepuk bahu Irsyad Noah. Irsyad Noah memandang kearah Karl untuk mendapatkan jawapan.
“Eh takdehal la, dah kebetulan, korang dah nak gerak ke ni?”soal Irsyad Noah sambil memerhati gerak geri Zack Aariz. Zack Aariz hanya mengangguk.
“Aku suruh Karl cari hotel, esok baru gerak balik KL” balas Zack Aariz. Karl dibelakang mula sibuk dengan telefonnya mencari bilik untuk mereka bermalam.
“Eh stay sini jelah malam ni, lagipun atas ada banyak bilik kosong, Irfan dengan bini dia tak bermalam kat sini sebab dia orang terus balik. Esok kita gerak la saing saing.” Cadang Irsyad Noah.
“Eh tak payahlah, segan aku. Nanti apa pulak kata mak kau” kata Zack Aariz.
“Nak kata apa nya, tidur sini je malam ni, lagipun kau cari bilik last minit macam ni mana nak dapat. Hotel ‘OYO’ ada lah, tapi takkan nak tidur dengan mangkuk tu kat hotel bajet. Karang orang ingat korang gay pulak”kata Irsyad Noah sambil memuncungkan mulutnya menunjuk kearah Karl. Zack Aariz turut menoleh melihat Karl. Karl yang terperasan seperti Oppa Korea memandang kearah mereka berdua silih berganti.
“Tapi serius ke tak pe ni?” Soal Zack Aariz semula.
“Tidur sini jelah tuan, mak mentua saya okey je. Dia lagi suka ada ramai ramai orang. Kalau tidak dia dengan pembantu rumah je kalau kami tak balik kesini. Kan abang” celah Qistina Haila. Irsyad Noah mengangguk tanda bersetuju dengan kata kata Qistina Haila.
“Okey lah kalau dah cakap macam tu, kiranya aku dengan Karl betul betul langkah kanan ni.” Kata Zack Aariz. Irsyad Noah dan Qistina Haila tersenyum mendengarkan kata kata Zack Aariz.
“Habis ni, aku dah booking, nak kena cancel ke macam mana?”soal Karl mencelah.
“Laju betul kau buat kerja, cancel jelah, takde pun kau pergilah tidur sorang.” Kata Irsyad Noah. Karl menggarukan kepalanya yang tak gatal. Kemudian dia kembali menghadap telefon bimbitnya. Puan Irdina berjalan kearah mereka diekori oleh pembantu rumahnya
“Makcik Anan dah siapkan bilik untuk korang berdua, pergilah naik berehat atau bersihkan diri dulu, aunty nak siapkan dinner untuk kita semua dulu ya.” Kata Puan Irdina.
“Eh aunty, maafkan saya sebab susahkan aunty sampai macam ni. Terharu saya dibuatnya, betul ke aunty tak nak cari pengganti. Saya dah tak sabar nak jadi ayah tiri Icad.” Kata Zack Aariz bertukar karakter. Puan Irdina ketawa lepas. Irsyad Noah membuntangkan matanya memandang ke arah Zack Aariz yang sedang ikut ketawa juga.
“Ada ada je kamu ni Zack, pergilah naik rehat dulu. Anan, tolong tunjukkan bilik untuk Zack dengan Karl, kemudian nanti tolong saya kat dapur semula.”kata Puan Irdina kepada pembantu rumahnya, Makcik Anan. Makcik Anan hanya mengangguk dan mempersilakan Zack Aariz untuk menuju ke biliknya. Mereka semua beredar dari tepi kolam renang itu. Karl menarik lengan baju Irsyad Noah dan membiarkan yang lain berlalu pergi dahulu.
“Weh nak tanya, dalam kolam renang kau ni kau tak nak masukkan piranha ke?” Soal Karl polos.
“Bodoh kau ni pekat betul kan. Cuba kau ambil air kolam tu sikit kemudian campurkan dengan kebodohan kau bagi cair. Ini kolam untuk mandi, bukan kolam untuk ikan bebal. Takkan lah kolam ikan jernih macam ni aku nak letak piranha?” Kata Irsyad Noah sambil menampar bahu Karl.
“Tanya pun salah ke? Macam ni punya besar kan best kalau bela piranha.” Kata Karl sambil mengusap dagunya.
“Kan? Lepastu aku bagi ikan piranha tu telan kau dulu. Dah tua tua pun bodoh. Cuba simpan sikit bodoh kau tu Karl. Bagi anak cucu kau tengok pulak.” Kata Irsyad Noah sambil melangkah pergi meninggalkan Karl yang ketawa sendirian di situ.
Saya sedang sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik dalam setiap chapter, terima kasih kerana sudi membaca. Xoxo
Share this novel