CHAP 23

Short Story Series 9732

Karl berjalan dengan langkah yag malas masuk kedalam rumah agam yang sunyi itu. Kedengaran suara sayup sayup lagu yang berkumandang dari salah satu bilik yang berada didalam rumah tersebut. Sampai didepan pintu bilik, dia menghela nafas sebelum mengetuk pintu. Kedengaran suara seseorang menyuruhnya masuk. Dengan teragak agak dia memulas tombol.

“Pehal muka kau ni? Kena reject bayar bil ‘air’ ke?”soal susuk tubuh yang sedang duduk disofa sambil mengelap topi keledarnya.
“I got something to give you” balas Karl perlahan. Lelaki itu hanya mengangkat keningnya seolah olah bertanya. Karl menghulurkan sampul yang berwarna hitam kepada lelaki tersebut. Lelaki itu mencampakkan kain penggelapnya ke atas meja dan mencapai sampul hitam tersebut.
“Ugutan bunuh or surat berhenti kerja? Tapi kenapa sampul warna hitam ea? Angpau ke ni?” Soal lelaki itu.
“Buka lah dulu. Baru sembang” balas Karl sepatah. Lelaki itu hanya menurut. Kemudian dia mendekatkan isi sampul tersebut dan kemudian menjauhkan semula. Aksi dia seolah olah dia rabun dan tidak dapat melihat dengan jelas.
“Kau nak suruh aku buat apa dengan benda ni? Jadi plus one kau ke apa?”soal lelaki itu sambil memandang ke arah Karl.
“Kau lupa ke nama siapa yang ada dalam kad tu?”soal Karl. Lelaki tersebut memandang semula kearah kad yang dimaksudkan Karl, tiba tiba urat didahinya timbul.
“Lahanat ni hidup lagi ke? Aku ingat dah mampus jatuh gaung” balas lelaki itu bernada dingin. Karl membetulkan posisi kedudukkannya.
“Dia dah nak kahwin, takkan kau nak duduk and makan nasi minyak dia je kot” balas Karl cuba bergurau, melihatkan muka lelaki tersebut membuatkan badannya berpeluh secara tiba tiba.
“Baik aku enjoy makan nasi minyak dari aku kucar kacirkan wedding dia orang, bagi kau. Mana yang best?” Tanya lelaki itu sambil mencampakkan sampul dan isinya kepada Karl semula dan tersenyum sinis. Karl hanya membeku seketika. Bukan boleh dipercayai mamat yang berada dihadapannya ini.
“Aku rasa enjoy makan nasi minyak okey kot. Takdelah kotor tangan sangat”balas Karl.
“Selama ni kau makan nasi pakai kaki ke sampai tak nak kotorkan tangan?” Duga lelaki itu. Karl pantas menggeleng.
“Maksud aku, kotor dengan darah” balas Karl menutupi kesalahan. Lelaki itu hanya menyipitkan matanya memandang ke arah Karl.
“Hari bahagia orang jangan diganggu. Benda dah lepas, aku malas nak ingat. Nanti ingatkan aku tarikh tu semula. Aku nak bawak ‘hadiah’ untuk malam pertama dia orang berdua” kata lelaki itu selamba. Karl hanya mengangguk perlahan.
“As you wish my lord”

Zack Aariz leka memegang gelas dan mengoncangkan airnya dengan perlahan mengikut pusingan gelasnya. Kerusi dihadapannya bergerak menandakan ada orang yang menariknya. Dia mengangkat mukanya memandang siapa gerangannya dan kemudian hanya mengangkat keningnya sahaja. Siapa lagi yang berani melainkan si Natasha. Zack Aariz menyambung semula merenung gelasnya.
“Tak roger pon datang lepak. Kau asal doh? ‘Berk’ je muka kau” tanya Natasha berbasa basi
“Malas aku nak kacau kau. Mana datang ‘Berk’nya, okey je muka aku. Dari mana kau ni? Selekeh je aku tengok” Balas Zack Aariz selamba. Natasha tercengang. Hampir sejam dia bersiap gara gara dapat tahu yang Zack Aariz melepak di port biasa mereka, selekeh yang dipanggilnya.
“Kau ni, tak romantik langsung lah, puji la cantik ke, cun ke kan. Sedap lah hati aku dengar” balas Natasha seolah olah merajuk, Zack Aariz hanya tersenyum nipis.
“Haaa yelah tu, cun cun. Tapi macam ada kurang sikitlah Tash. Kau lupa nak pakai ke?”tanya Zack Aariz. Natasha mempamerkan muka hairan, apa yang dia tertinggal? Sedangkan dia ikut seratus peratus dari saranan video dari Youtube yang dia tonton. Ada apa apa yang kurang ke?
“Ha apa yang kurang?” Tanya Natasha hairan.
“Kau lupa pakai tanduk setan” balas Zack Aariz selamba sambil menghirup airnya. Natasha hanya menyipitkan matanya menandakan tidak puas hati. Zack Aariz hanya mempamerkan riak selambanya tanpa mempedulikan Natasha yang sudah cemberut.
“Patutnya yang pakai tanduk setan tu kau. Bukan aku sibat” balas Natasha yang sudah mula mengeluarkan perangainya semula.
“Eh aku dengan setan best buddy, in hell together. Kau takkan tak tahu kot.” Balas Zack Aariz.
“Seriouslah. Kenalkan laa kat aku, dari menunggu kau macam tunggu buah durian jatuh” bidas Natasha selamba.
“Lah, diri sendiri pon nak kenal ke?” Balas Zack Aariz tak mahu mengalah.
“Kau ni kalau tak menyakitkan hati aku tak boleh ke? Spoil mood aku nak melepak laa” kata Natasha.
“Kau yang mula dulu apehal aku lak yang salah. Inilah orang perempuan kan” balas Zack Aariz sambil meletakkan kedua dua lengannya diatas meja sambil memandang tepat kearah Natasha. Wajah Natasha berona merah sedikit apabila bertentang mata dengan Zack Aariz.
“Kau tu dah cantik, tak payah nak make up bagai ni. Cacat jadinya. Be yourself Tash. Jangan dipaksakan sangat nak jadi orang lain. You born as original but why you wanna die as a copy. Faham?” Tutur Zack Aariz lembut. Natasha hanya tersipu malu sedikit.
“Aku ingat kau tak perasan tadi” jawab Natasha. Zack Aariz tersenyum.
“Even kau tak pakai tanduk pun aku boleh perasan. Apa tah lagi kau conteng muka kau macam opera cina.”kata Zack Aariz sambil ketawa. Natasha terus bertukar menjadi mak ketam dan terus mencubit lengan Zack Aariz.
“Sakitlah gila” kata Zack Aariz sambil mengusap perlahan lengannya. Dari jauh terlihat seseorang yang memandang kearah mereka dengan renungan kosong…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience