Mereka menjamah makanan hasil dari air tangan Puan Irdina dengan berselera ketika itu kecuali Irfan Nathan, dia hanya menguis nasi yang didalam pinggannya dengan riak seperti tidak puas hati. Puan Irdina terperasankan hal itu mula bertanya kepada anaknya.
“Kenapa tak jamah nasi tu? Mummy masak tak sedap ke?” Tanya Puan Irdina. Irsyad Noah memandang kearah Irfan Nathan yang duduk berhadapan dengannya. Dia terperasankan yang Irfan Nathan termenung memandang ke arah nasi didalam pinggannya. Kemudian datang akal dia untuk mengenakan Irfan Nathan, dia menyepak perlahan kaki Irfan Nathan dari bawah meja.
“Oi mak kau terbang!”kata Irfan Nathan tekejut. Semua memandang kearah Irfan Nathan dan memandang kearah Puan Irdina.
“Ape you ni? Mummy elok je duduk. Tak terbang pun Lin tengok.” Tanya Yulina polos. Irfan Nathan yang tersedar yang semua mata memandang kearahnya mula membetulkan kedudukan.
“Sorry, mummy tanya apa tadi? Ipan mengelamun pulak” soal Irfan Nathan gugup.
“Mummy tanya, tak sedap ke lauk yang mummy masak sampai Ipan nak kena kuis macam tu?” Soal Puan Irdina sambil memuncungkan mulutnya. Dah boleh gantung penyangkut baju gayanya itu.
“Eh okey je mummy, delicious like always” balas Irfan Nathan mengambil hati ibunya semula. Puan Irdina hanya mencebirkan bibirnya menandakan dia tidak percaya dengan kata kata Irfan Nathan. Sedang leka dua beranak berbalas kata. Tiba tiba kedengaran bunyi telefon berdering. Semua orang yang berada dimeja makan itu memandang diantara satu sama lain.
“Siapa yang tak silent handphone ni. Kan waktu makan, lupa ke?” Tanya Puan Irdina tegas. Memang itu adalah salah satu peraturan di meja makan yang diterapkan dimana semua anak anaknya perlu meninggalkan telefon masing masing diruang tamu untuk mengelakkan ‘bonding time’ semasa waktu makan diganggu.
“Sorry mummy, phone Icad rasanya tu. Mungkin ada panggilan dari pejabat. Sekejap ya, Icad jawab dulu” kata Irshad Noah sambil bangun dan berlalu keluar dari ruang makan dan menuju kearah ruang tamu untuk menjawab panggilan. Yang lain hanya meneruskan makan makanan masing masing.
“Ya tuan.” Irsyad Noah menekan suaranya ketika menjawab panggilan telefon tersebut. Kacau daun betul masa dia tengah sedap bedal Kari Kepala Ikan dan Sambal Belacan ibunya.
“Easy man, aku rasa kena lidah kau ni kena asah dulu baru kau boleh cool down” kata si pemanggil.
“Sorry sorry, boleh saya bantu tuan?” Tanya Irsyad Noah meleret menandakan dia sedang menyindir si pemanggil.
“Aku ada kat Melaka ni, suggest tempat sedap untuk mengisi ‘Tank’. Ada port baik tak?” Kata si pemanggil.
“Em ada ada, rumah mummy aku” balas Irsyad Noah menyindir.
“Betul betul laa bodoh, aku lapar ni. Jangan sampai aku pergi rumah mak kau.” Balas si pemanggil bengang.
“Betul lah, aku tak main main. Mak aku masak Kari Kepala Ikan style penang hari ni. Dia kasi ‘kick’ pulak dengan sambal belacan ulam timun. Bini aku yang cantik tu pulak tambah lagi dengan ikan bakar panas panas. Kau lah ni, call aku sampai terbantut nak tambah round ke 3.” Balas Irsyad Noah selamba menambahkan kelaparan si pemanggil.
“Meminta kena sebat lah kau ni. Aku nak kau share location rumah mak kau sekarang. Kalau kau lambat, hilang satu jari kau.” Kata si pemanggil mematikan talian. Irsyad Noah terkebil kebil sebentar. Tak sangka pulak kata katanya diambil serius oleh si pemanggil tersebut. Dalam keadaan tidak percaya dia masih mengongsi lokasi rumah ibunya kepada pemanggil tersebut. Kemudian dia berlalu ke ruang makan semula. Semua mata tertumpu kepadanya sehingga dia duduk semula ketempatnya.
“Siapa call? Bos abang ke?” Soal Qistina Haila perlahan.
“Em taklah. Mummy sorry ya Icad nak tanya, mummy ada masak lebih ke menu hari ni? Kawan Icad nak datang sini pulak.” Soal Irsyad Noah mengalihkan pandangan dan bertanya kepada ibunya.
“Ada lagi kat dapur rasanya, ramai ke yang nak datang?” Soal Puan Irdina semula.
“Dua orang je mummy. Takpe ke semua?” Tanya Irsyad Noah bertanya dan memandang kearah adik adiknya yang lain. Mereka hanya beriak seperti tiada apa apa yang berlaku. Seolah olah dipukau dengan masakan ibu mereka. Irsyad Noah hanya mengangkat bahunya seolah olah mendapat persetujuan dari mereka. Puan Irdina meminta pembantu rumahnya menambahkan lagi lauk di dalam hidangan mereka ketika itu. Tidak lama kemudian terdengar bunyi deruman motorsikal di halaman rumah mereka. Irsyad Noah, Qistina Haila dan Puan Irdina bangun untuk menyambut tetamu dihadapan rumah. Manakala Irfan Nathan, Yulina dan Inarra Noura hanya duduk dimeja makan tanpa bersuara menunggu tanpa meneruskan makan seketika. Kemudian kelihatan dua lelaki yang jalan beriringan bersama Irsyad Noah masuk ke ruangan makan. Inarra Noura mengecilkan pandangan memandang kearah salah seorang lelaki tersebut. Puan Irdina dengan senyum ramahnya mempersilakan mereka untuk duduk. Salah seorang lelaki itu mengambil tempat disebelah kanan Inarra Noura dan seorang lagi di sebelah kiri Irsyad Noah yang bertentangan dari mereka.
“Jemputlah makan, maaflah ya aunty masak simple je harini. Tak tahu pulak ada tetamu. Kalau aunty tahu mesti aunty masak lagi sedap dari hari ni” Kata Puan Irdina ramah apabila pembantu rumah meletakkan pinggan di hadapan kedua dua lelaki tersebut.
“Eh takpe aunty, tak payah susah susah. Kebetulan ada di kawasan sini. Tak tahu pulak Icad balik ke Melaka. Saja call dia tadi tahu tahu dia ajak datang ke rumah aunty. Itu yang kami datang. Ini kiranya langkah kanan lah dapat makan sekali” Kata lelaki disebelah Irsyad Noah tanpa segan silu sambil menyinggung sikunya kepada Irsyad Noah. Irsyad Noah hanya menjeling kearah lelaki itu.
“Jemputlah makan bro, jangan malu malu, buat macam rumah sendiri.” Kata Irfan Nathan berbasa basi sambil memandang lelaki disebelah Inarra Noura dengan pandangan yang mencurigakan.
“Jangan risau bang, saya memang tak tahu malu. Eh jemputlah makan sekali. Dah alang alang tengah makan ni.” Kata lelaki itu semula diselangi oleh ketawa. Irfan Nathan hanya melemparkan senyuman apabila mendengarkan kata kata lelaki itu.
“Siapa kawan kawan kau ni bang? Kat mana kau kutip dia orang ni?”soal Irfan Nathan kepada abangnya sambil melemparkan riak sinis.
“Oh sorry lupa pulak nak kenalkan dia orang ni. Mummy, yang kat sebelah Baby tu Insp Zack Aariz dan mangkuk ayun ni nama dia Karl. Dua dua ni Icad kutip kat tepi highway sebab Icad kesian. Nampak macam kena buang kan mummy? Tengok lah muka masing masing pun macam tak cukup makan je.” Balas Irsyad Noah selamba sambil meneruskan makannya. Zack Aariz hanya menyingai apabila mendengrkan gurauan Irsyad Noah manakala Karl memalingkan mukanya kepada Irsyad Noah seolah olah tidak bersetuju apa yang dikatakan oleh Irsyad Noah. Puan Irdina hanya ketawa apabila Irsyad Noah berkata demikian. Berubah riak wajah Irfan Nathan apabila mendengarkan hal itu dan kemudian dia kembali mendiamkan diri dan menjamah nasi didalam pinggannya. Ruang makan pada tengahari itu penuhi dengan perbualan mereka semua kecuali Irfan Nathan yang hanya bersuara apabila ditanya. Tidak lama kemudian Inarra Noura meminta izin untuk naik semula ke biliknya setelah dia selesai makan. Zack Aariz hanya memandang dengan ekor matanya kearah Inarra Noura yang keluar dari ruang makan tersebut dan berharap gadis itu duduk disebelahnya dengan lebih lama. Tapi sayangnya, harapan Zack Aariz dikecewakan oleh Inarra Noura yang hanya berlalu tanpa menoleh kebelakang.
Mohon seribu keampunan jika jalan cerita tak seperti yang dibayangkan. Mimpi setiap manusia berbeza dantak sama. Jadi maafkan saya yang baru berjinak menyusun kata. Enjoy your reading yeah. Xoxo
Share this novel