Inarra Noura menutup komputer ribanya setelah menyelesaikan semakkannya berkenaan masalah masalah yang dihadapi oleh syarikatnya. Kemudian dia bangun dari kerusinya dan memandang keluar tingkap semula. Langit mula gelap menandakan malam kian tiba. Dia memerhatikan jam didinding dan mula bersiap siap untuk pulang. Tiba tiba pintunya diketuk dari luar. Fahmy Ahmad menjengah kepalanya memandang Inarra Noura
“Dah ready nak balik?”soal Fahmy Ahmad kepada Inarra Noura.
“Dah. Boleh callkan abang keram?” Balas Inarra Noura.
“Aku hantar kau balik jelah. Abang Keram pun dah lama tunggu kau tadi. Dia nak call kau takut kau busy, so aku suruh dia balik je.” Balas Fahmy Ahmad. Inarra Noura hanya memandang Fahmy Ahmad sekilas sambil meneruskan kerja mengemas barang barangnya.
“Bolehlah. Tapi nanti kita singgah mana mana boleh? Aku lapar” kata Inarra Noura. Fahmy Ahmad hanya tersenyum nipis dan mengangguk perlahan. Kemudian dia mencapai beg komputer riba Inarra Noura dan membukakan pintu untuk Inarra Noura lalu. Dan mereka terus menuju ke pintu lif.
Petugas yang bernama Herman terpandangkan dua susuk tubuh yang keluar dari perut lift khas dan kemudian dia berdiri berhampiran palang kad akses. Inarra Noura yang terpandangkan hal tersebut mempamerkan riak dingin dan berjalan seperti tiada apa apa. Fahmy Ahmad memberikan laluan kepada Inarra Noura terlebih dahulu untuk melepasi palang kad akses. Tiba tiba Herman mengangkat tangan untuk menghentikan langkah Inarra Noura. Fahmy Ahmad yang berada di belakang Inarra Noura terikut berhenti dan kemudian dia memandang tepat kearah Herman.
“Selamat petang tuan Fahmy. Tuan boleh jalan dulu ya sementara cik ini kami kena tahan dulu” Kata Herman dengan nada sopan dan mula memegang lengan Inarra Noura yang dilapisi jaketnya. Fahmy Ahmad menjengketkan keningnya dan meraih Inarra Noura semula.
“Dah kenapa pulak?” balas Fahmy Ahmad hairan.
“Maaf tuan, ini seperti yang diarahkan tuan. Jika tidak pihak atasan akan mempersoalkan saya bagaimana boleh melepaskan serang gadis ke tingkat 15” balas Herman sedikit tegas. Dengan gaya selamaba Inarra Noura mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket seluar dan mencari nombor seseorang untuk dihubungi.
“Maaf cik, awak tak dibenarkan untuk menghubungi sesiapa. Kami akan menahan cik untuk sesi soal selidik sahaja.” Kata Herman tegas sambil menghalang Inarra Noura untuk membuat panggilan. Gayanya dah macam seorang polis lagaknya. Salah mohon pekerjaan ni. Inarra Noura tidak mempedulikan teguran itu dan lantas mencari nama orang tersebut.
“Mike, aku bagi masa 5 minit untuk kau datang sini sebelum kau aku buang” balas Inarra Noura senada dan lantas mematikan telefon. Herman hanya memandang dengan pandangan mengejek seolah olah Inarra Noura meminta tolong daripada salah seorang dari orang suruhannya. Kelihatan dari jauh seorang lelaki termengah mengah berlari kearah Inarra Noura. Herman terkejut melihat orang atasannya datang kearah mereka.
“Ma…maaf cik Nour….” Kata lelaki bernama Mike itu termengah mengah seraya menghentikan kata katanya setelah memandang kearah Inarra Noura yang memandangnya dengan riak dingin. Herman memandang orang atasannya dengan pandangan yang hairan.
‘Kenapa encik Mike mintak maaf pulak. Bukan dia yang buat salah’ detik hati Herman. Mike memandang ke arah Herman dengan pandangan tajam.
“Jangan cari pasal kalau nak kerja lama kat sini” kata Mike kepada Herman.
“Tapi encik, budak ni naik ke tingkat 15 tanpa kebenaran. Palang akses kad terbuka masa dia lalu. Jadi saya kena ambil butiran untuk hantar report nanti encik” balas Herman bersungguh.
“Aku cakap tak payah. Tak payah lah!” Kata Mike meninggikan suara. Fahmy Ahmad melihat keadaan itu mula menjadi panas.
“Kalau kau nak tanya, tanya sekarang kat sini, aku yang jawab.” Kata Fahmy Ahmad seoktaf.
“Tapi tuan, Saya perlu bawa budak ni ke bilik pengawal keselamatan tuan untuk soal selidik siapa dia ni sehinggakan palang kad akses terbuka sendiri” kata Herman
“Kau tak layak tahu dia siapa, sekarang lepaskan dia pergi dan aku sendiri yang akan berikan jawapan untuk semua soalan kau”kata Mike senada.
“T…api encik” jawab Herman tergagap.
“Kau bos ke aku bos? Sekarang yang keluarkan arahan kau atau aku?” Soal Mike. Inarra Noura mula menunjukkan muka bosan.
“Yakin ke nak tahu siapa saya?.” Tanya Inarra Noura perlahan sambil memandang tepat ke wajah Herman. Herman mengerutkan dahinya.
“Awak ni siapa?” Tanya Herman berani.
“Inarra Noura”balas Inarra Noura sepatah sepatah. Berubah air muka Herman mendengarkan nama itu. Lututnya lembik secara tiba tiba. Tak semena mena dia melutut.
“Ma…….maafkan saya cik Noura..maafkan saya!” Kata Herman. Inarra Noura dah mula buat muka bosan.
“Mike, kau settlekan, make sure semua ni takde siapa yang tahu. Keep it or you will bare the consenquences.” Fahmy Ahmad mengingatkan Mike. Inarra Noura terus berjalan meninggalkan mereka dan Fahmy Ahmad menyaingi Inarra Noura kemudiannya.
Halu gais, i’m so sorry sebab lambat update storyline. For now doakanlah saya berjaya menyusun jalan cerita ini sehingga habis kerana bantuan idea dari mimpi dah pun dihentikan. Deep sleep sampaikan tak ingat macam mana jalan cerita. Just kidding. Anyways. Thank you for read my storyline yang tak seberapa ni. Love yaaa xoxo
Share this novel