CHAP 10

Short Story Series 9732

ASP Faizal menerima panggilan masuk ketika dia baru hendak membuka pintu pagar rumahnya, tertera di skrin telefonnya nama si pemanggil membuatkan dia kehairanan sebentar. Dia meleretkan butang hijau di skrin telefonnya, dan meletakkan di telinga dengan bantuan bahunya sambil tangannya membuka mangga pintu pagar rumahnya.

“Hello……”

“Tuan kena tolong saya, ada barua dalam team saya, information dah leak and tempat dah kena ambush. Now saya dengan mangsa tengah on the way cari tempat selamat.” Potong si pemanggil dengan pantas.

“Siapa yang Tuan syak?” Terhenti tangan ASP Faizal dari menerukan kerjanya.

“Not now Tuan, advise me !” Kata Zack seoktaf nadanya.

“Okay, kamu bawak dia ke rumah kamu, disana mungkin selamat” arah ASP Faizal. Talian dimatikan, kemudian dia menghantar satu pesanan ringkas kepada seseorang, setelah butang hantar ditekan, dia memasuk ke keretanya dan mengundur semula, ada suatu tempat yang ingin dia tuju.

Setibanya kereta di basement, dia memerhati keluar untuk melihat keadaan. Dia teragak agak untuk meneruskan arahan ketuanya, dalam masa yang sama, dia ‘kosong’ ketika itu. Dengan berkira-kira, dia mengeluarkan berapa not RM50 dan hulurkan kepada pemandunya, kemudian dia menarik perempuan disebelahnya untuk keluar dari kenderaan tersebut. Perempuan tersebut hanya menurut tanpa berkutik sedikit pun, mereka menuju kearah lift dan masuk kedalam perut lift ketika pintunya terbuka. Dia menekan punat 11 dan lift bergerak menuju ke tempat yang ditetapkan. Kemudian pintu lift terbuka dan dia kembali menarik tangan perempuan itu. Perempuan disebelahnya membuat muka kehairanan akan tetapi tidak berani untuk bersuara lebih lanjut. Dia membuka pintu utama rumah tersebut dan menolak perempuan itu kedalam. Terdorong badan perempuan genit itu. Setibanya didalam perempuan tersebut, melilau mata perempuan tersebut melihatkan keadaan rumah lelaki itu, di balkoni rumah itu terparkir sebiji motorsikal berkuasa tinggi yang dibadannya tertulis Ducati Panigale yang berwarna merah. Kagum dia dengan keadaan rumah yang bersih dengan konsep simple tetapi teratur susunan perabutnya, di satu sudut dia terpadangkan satu almari yang penuh dengan topi keledar lelaki itu yang mempunyai pelbagai jenis dan warna tersusun cantik didalam alamari kaca yang dikhaskan. Entah ari mana lelaki itu muncul bersama beg di bahunya, dia mengeluarkan 2 topi keledar dari alamari kacanya dan memberikan satu kepada perempuan itu. Perempuan itu hanya menyambut.

‘Ni tingkat 11, macam mana dia nak keluarkan motor dia, terbang ke?’ Soal perempuan itu sambil mengarukan kepalanya yang tak gatal.

Lelaki itu membuka pintu kecil di bahagian sliding door dan keluar ke motorsikalnya, dia melambaikan tangan pada perempuan itu memanggil perempuan itu untuk kesana. Perempuan itu menapak pergi kepada lelaki itu, lelaki itu menutup pintu dan secara automatik lampu didalam rumahnya terpadam. Setelah dia mengikat begnya di motorsikal, dia memusingkan badannya untuk memakaikan perempuan itu topi keledar. Kemudian dia menekan satu butang di tepi dinding dan tidak semena mena balkoni itu itu menurun kebawah. Perempuan itu dengan tidak semena mena memaut tangan lelaki itu kerana terkejut. Lelaki itu hanya membiarkan, kemudian dia meleraikan pegangan tangan perempuan itu dan memanjat keatas motorsikalnya. Kemudian dia memberikan isyarat agar perempuan tu duduk dibelakangnya. Perempuan tersebut hanya menurut, dia memegang bahu lelaki itu untuk membantunya naik. Setelah itu, lelaki itu menarik tangan perempuan itu agar memeluk pinggangnya, terbuntang mata perempuan itu apabila dadanya menyentuh bahagian belakang lelaki itu. Didalam hati dia menyumpah seranah dengan kelakuan kasarnya, nasib lah nyawanya didalam bahaya, jika tidak maunya dia pijak lelaki tersebut sampai menyembur usus dia dari mulut. Setibanya mereka dibawah, lelaki tersebut memecut motorsikalnya tanpa arah tuju.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience