Sampai ditempat yang dikatakan oleh ASP Faizal. Koperal Shah meninggalkan mereka diperkarangan hotel. Selesai daftar masuk di kaunter penyambut tetamu mereka berdua berlalu ke bilik yg ditetapkan. Zack Aariz meminta untuk bilik yg bersambung tetapi tidak dapat kerana pada hari itu semua bilik habis terjual, cuma yang tinggal hanya Premier Executive yg mempunyai satu katil besar dan satu meja makan yang ditempatkan berdekatan dgn tingkap serta terdapat satu sofa.
"Kau pergilah mandi and bersihkan diri. ada baju lebih tak?' tanya Zack Aariz
perempuan itu hanya menggelengkan kepala. Zack Aariz membuka baju uniformnya luarnya dan hanya memakai singlet didalamnya. Perempuan itu segera mengalihkan pandangannya ke arah lain. Zack Aariz memberikan bajunya kepada perempuan itu.
"Nah ambil ni buat sementara, basuh baju dan seluar kau dulu and keringkan dalam toilet" jelas Zack Aariz sambil membetulkan singletnya.
Perempuan itu hanya memandang muka Zack Aariz dgn pelik. tanpa berbicara sepatah dia berlalu masuk ke dalam tandas. Zack Aariz memanaskan air di pantry yg disediakan, dia menelefon pihak penyambut tetamu untuk meminta selimut dan kopi lebih, tidak lama kemudian pintu bilik diketuk dari luar. Zack Aariz memberikan arahan dari dalam bilik meminta orang diluar meletakkan barang yang diminta di hadapan pintu. Zack Aariz menunggu seketika sebelum membuka pintu. Setelah mengambil barang dihadapan pintu, Zack Aariz kembali ke pantry untuk membancuh kopinya. Cadangnya dia ingin berjaga pada malam itu.
Setengah jam kemudian perempuan itu keluar dari bilik mandi dengan memakai baju uniform Zack Aariz yang agak besar dan tidak berseluar. Perempuan itu kelihatan teragak agak untuk menarik kerusi di meja makan .Zack Aariz mengalihkan pandangan dia ke luar jendela untuk mengelakkan naluri lelaki dia bergolak sambil menelan air liurnya tanpa sedar.
"Kau nak kopi?" tanya Zack Aariz tanpa menunggu jawapan dia terus membancuh lagi satu cawan kopi untuk perempuan tersebut.
Perempuan tersebut diam dan menyilangkan kakinya keatas untuk mengelakkan kesejukkan. Zack Aariz menghulurkan cawan tersebut kepada perempuan itu dan dia mengambil selimut diatas katil dan memberikan kepada perempuan itu, kemudian dia mengambil tempat disebelah perempuan itu dan mula untuk bersesi soal jawab. melihatkan keadaan perempuan itu yang tidak mahu memberikan kerjasama dia mula berasa agak panas dan hilang sabar.
"Kau ni memang bisu ke? ke kau trauma lagi dgn kes tadi?" soal Zack Aariz seoktaf nadanya.
Perempuan masih mendiamkan diri membatu. Zack Aariz mula mengangkat keningnya menunggu jawapan perempuan itu.
"Kalau kau tak bercakap, macam mana pihak polis nak tolong kau. nama kau siapa, kau dari mana?" soal Zack Aariz bertubi tubi.
"Inarra Noura Nazmi Fuad" balas perempuan itu senafas
Zack Aariz terpana, Nazmi Fuad, dia pernah dgr nama itu,
"Kau adik Irsyad Noah ke?" soal Zack Aariz
Inarra berpaling memandang Zack Aariz "Tuan kenal abang saya ke?" tanya Inarra Noura ingin tahu
"aku kenal abang kau, tapi macam mana kau boleh jadi mcm ni?"
Inarra menceritakan semuanya kepada Zack Aariz, tetapi Zack Aariz sibuk meneliti tiap sudut wajah Inarra, dari keningnya dia menjamah perlahan muka Inarra Noura didalam diam.
'Macam mana aku tak tahu yang Icad ada adik yang cantik mcm ni' Detik hati Zack Aariz
"Tuan dengar ke apa yang saya cakapkan?" tanya Inarra membulatkan matanya
"Dengar, hmm takpelah, kau rehat lah dulu, esok aku bawak kau ke balai untuk disoal siasat, pastikan apa yang kau ceritakan tadi tak tertinggal satu pun masa soal siasat berlangsung."pesan Zack Aariz pada Inarra Noura
Inarra Noura hanya mengangguk, dia menghabiskan air didalam cawannya perlahan lahan. dalam diam Zack Aariz masih meneliti setiap sudut wajah Inarra Noura, Zack Aariz terperasan di tepi pipi Inarra Noura terdapat segaris luka yang sama seperti dikaki kanannya, Zack Aariz tiba tiba bangun dan pergi ke begnya yg selalu dia bawa kemana mana, dia menyelongkar dan menjumpai sebotol Iodine dan pelekat luka, disebabkan Zack Aariz suka menunggang moto berkuasa tinggi dia selalu membawa Iodine dan pelekat luka kemana mana, persediaan awal jika ada kejadian tidak diingini berlaku, dia mencapai kotak tisu dari pantry dan kembali duduk menghadap Inarra Noura, Inarra Noura terkejut dengan kelakuan Zack Aariz yang tiba tiba terus memeluk tubuhnya dan menjauhkan diri dari Zack Aariz.
"Pipi dgn kaki kau kan luka, aku nak tampal plaster je, takyah kuning sangat otak kau tu."Terang Zack Aariz tegas.
Inarra Noura kembali tenang. Zack Aariz mengambil sehelai tisu dan menuangkan Iodine ditisu itu dan mula meminta Inarra Noura menghulurkan kakinya, Inarra Noura teragak agak untuk membiarkan Zack Aariz menyentuh kakinya, tetapi Zack Aariz masih memancarkan air mukanya yang tenang dan memandang tepat kematanya membuatkan Inarra Noura mengalah. Zack Aariz membersihkan luka perlahan lahan dan menampalkan pelekat luka di kaki Inarra Noura. Keadaan itu membuatkan Zack Aariz menelan air liur melihat kaki Inarra yang putih dan gebu itu. Bergelodak sebentar naluri kelakian Zack Aariz. Kemudian dia menukar tisu yang seterusnya untuk mengelap dipipi Inarra Noura. Inarra Noura memandang muka Zack Aariz seolah olah ingin bertanya.
"Ya kena buat jugak, nnti luka jadi parut. muka kau dahlah bersih, tinggal parut kurang hantaran kau nanti" Jawab Zack Aariz seolah olah tahu apa yang bermain didalam kepala Inarra Noura. Inarra Noura hanya diam dan membiarkan Zack Aariz mencuci luka dipipinya.
'Habislah aku, dah dinodai oleh mamat ni, mummy tolong Arra' jerit Inarra Noura didalam hati sambil menutup matanya rapat rapat.
"Dah siap, dah boleh pegi tidur, aku berjaga kat sini malam ni. Kalau nak tutup lampu, bukak lampu di belah tepi katil tu, supaya tak gelap" kata Zack Aariz mengemas semula barang yang digunakan dan dalam masa yang sama menunjuk kearah sofa.
Inarra Noura bangun dan berjalan perlahan menuju ke arah katil. dalam hatinya agak takut setelah apa yang terjadi didalam hidupnya pada hari itu, Zack Aariz menuju ke arah tandas dan membersihkan cawan yang digunakan. Inarra Noura menutup lampu utama dan menyalakan lampu di bersebelahan katil, suasana menjadi malap dan dia terbayangkan aneh aneh. cepat cepat dia naik ke katil dan menyelubung dirinya dengan selimut. Zack Aariz keluar dari tandas dan berasa pelik melihat selimut bergerak gerak.
'Sabar Zack, kau kena kuat dengan dugaan yang aneh aneh ni' Kata Zack didalam hati sambil melekapkan tangannya didada.
Zack Aariz duduk disofa dan memandang keluar tingkap, dia menyelimuti kakinya dan menyadar memeluk tubuh, dengan keadaan bilik yang sejuk dan malap membuatkan dia menguap beberapa kali. Dia menoleh kearah katil dan menyedari Inarra Noura berhenti bergerak. Mungkin Inarra Noura sudah tidur fikir Zack Aariz. Zack Aariz kembali melayan matanya dan mula merancang untuk memenuhi aktiviti menunggang motorsikalnya. Tiba tiba dia terdengar seperti Inarra sedang bercakap. Dia bangun dan menghampiri Inarra Noura. Seketika kemudian dia menyelak selimut yang menyelubungi Inarra Noura. Dengan keadaan matanya terpejam, Inarra Noura seolah olah memohon bantuan dgn mukanya berkerut kerut. Zack Aariz menjadi tertanya tanya apakah yang dimimpikan oleh Inarra Noura sehingga mukanya berkerut dan berpeluh. Dia menyentuh tangan Inarra Noura seolah olah menenangkannya. Inarra Noura terjaga dari tidurnya dengan nafas yang termengah mengah
"Bad dream?" soal Zack Aariz sambil menjungkit keningnya. Inarra Noura membulatkan matanya sambil mengawal nafasnya.
"Tidurlah, aku ada kat sini. okay?" kata Zack Aariz. Inarra Noura kembali melelapkan matanya. Tangan Inarra masih mengenggam erat lengan Zack Aariz. Zack Aariz membiarkan sementara Inarra Noura tidur semula. Dia membetulkan kedudukannya supaya menyandar dikepala katil dan membiarkan Inarra Noura memegang tangannya. Dikesempatan yang ada Zack Aariz menggunakan sebaik yang mungkin, dia memandang ke arah Inarra Noura yang mula terpejam itu, hatinya sedikit tersentuh melihat kepolosan Inarra Noura.
'sampai hati Icad tak bagitahu dia ada adik perempuan, kalau laa aku tahu dari awal, mesti dah panggil dia abang'Zack Aariz monolog sendirian sambil menggarukan kepalanya yang tak berapa nak gatal.
Dalam pada itu, Zack Aariz masih leka dengan pemadangan dihadapannya, perlahan lahan Zack Aariz ingin menurunkan mukanya untuk merasai bibir mungil Inarra Noura, tetapi dia dikejutkan dengan deringan telefon yang berada didalam poket seluarnya.
'Potong stim betul laa' Bisik Zack Aariz sambil meleretkan screen telefonnya untuk menjawab panggilan tersebut.
"Hello, aduhh sikit lagi jeee, potong laa lu ni mat" serang Zack Aariz.
"Ma..maaf tuan, saya cuma nak hantaq nasi bungkuih, tadi saya pi tapau kat mamak port biasa. tuan tak makan lagi jadi saya beli untuk tuan dan dengan awek tadi tu" Balas Koperal Shah tergagap. Zack Aariz menarik nafas perlahan dan cuba mengawal dengupan jantungnya, dia menjeling kearah Inarra Noura takut takut suaranya didengar oleh Inarra Noura.
"Tunggu kat bawah, aku turun" balas Zack Aariz ringkas.
Zack Aariz perlahan-lahan untuk turun dari katil, dia mengalihkan tangan Inarra Noura secara perlahan-lahan untuk mengelakkan Inarra Noura terjaga, akan tetapi Inarra Noura makin menguatkan pegangannya seolah-olah tidak mahu melepaskna Zack Aariz pergi.
"Abang Icad duduklah diam-diam, Arra takut" kata Inarra Noura perlahan demgan matanya terpejam.
Zack Aariz terpana seketika, kemudian dia menghantar pesanan ringkas kepada Koperal Shah untuk meletakkan makanan dia hadapan pintu biliknya. Dia memberikan nombor biliknya kepada Koperal Shah.
'Kau letak depan tu, lepastu balik rehat. Aku jumpa korang nanti and celebrate' Hantar
'Baik tuan, jangan ganas tuan, slow and steady, risau koyak anak orang' Hantar
'Last kau makan but aku bila ek? jangan sampai aku buat tomyam but aku bagi kau makan' Hantar
'Gurau tuan, saja pesan mana tau kan tuan mengidam. saya dah letak depan bilik tuan. Saya gerak dulu tuan' Hantar
Zack Aariz membaca pesanan yang dihantar oleh Koperal Shah kepadanya tanpa reaksi. Tangannya yang dipegang Inarra Noura mula terasa sengal-sengalnya. Perlahan-lahan dia mengejutkan Inarra Noura.
"Noura. Bangun, aku nak ambil barang kat depan pintu kejap. Boleh lepaskan kejap tak?" Kata Zack Aariz sambil mengerakkan sedikit bahu Inarra Noura. Inarra Noura membuka matanya perlahan dan memandang ke arah Zack Aariz dengan riak agak terkejut. Setelah otaknya kembali ke alam nyata dia baru tersedar dan melepaskan tangan Zack Aariz. Zack Aariz menuju ke pintu dan mengambil nasi bungkus dan menutup pintu kembali. Dia membawa nasi itu ke meja makan dan membuka kedua dua bungkusan. Dia meneliti kedua-dua makanan itu dan menutupnya kembali. Lantas dia mencapai telefon dan menekan nombor Koperal Shah.
"Dah lama kau buat kerja kotor macamni?" Kata Zack Aariz
"Biasalah tuan, sekarang semua nak pakai duit"Balas Koperal Shah ringkas. Zack Aariz mencampak telefonnya dan dia bergegas berkemas semua barang yang ada. Inarra Noura terpinga sendirian.
"Kau pergi siap sekarang"Arah Zack Aariz. Inarra Noura hanya menurut arahan Zack Aariz. Dia bergegas ke tandas untuk menyarung semula bajunya. Zack Aariz cuba membuat menghubungi sesorang yang boleh membantu akhirnya dia membuat keputusan untuk mendiamkan terlebih dahulu. Kemudian dia menelefon ke penyambut tetamu untuk memesannya Grab dan memberitahu bahawa dia akan check out dari hotel tersebut. Inarra Noura keluar dari tandas dan menyerahkan semula bajunya yang dia pakai semasa terlelap tadi kepada Zack Aariz dan kemudiannya mereka bersama sama menuju ke pintu. Zack Aariz mendekatkan telinganya di pintu dan cuba mendengar jikalau ada derapan tapak kaki. Dia membuka pintu bilik dan memerhati kiri dan kanan, dan kemudiannya dia memberikan isyarat kepada Inarra Noura untuk keluar.
Mereka menuju ke arah lift tetapi Zack Aariz memilih untuk mengikut tangga, Inarra hanya mengikut Zack Aariz dari belakang tanpa sebarang pertanyaan walaupun didalam kepalanya memikirkan seribu satu pertanyaan. Sampai mereka dilobi kelihatan sekumpulan lelaki lengkap dengan berpakaian berwarna hitam menuju kearah penyambut tetamu. Zack Aariz memerhati seketika dan menarik tangan Inarra Noura dan memeluk bahunya dan Inarra Noura memeluk pinggang Zack Aariz tanpa disuruh seolah olah mereka pasangan kekasih dan cuba berlagak biasa.
"Sini dah tak selamat, kau ikut je apa yang aku buat"Bisik Zack Aariz kepada Inarra Noura.
Mereka berdua sampai dihadapan pintu lobi dan Zack Aariz memandang sekeliling dengan ekor anak matanya. Kemudian matanya tertancap kepada sebuah kenderaan yang sedang menunggu di hadapan pintu masuk staf dan menuju kearah kenderaan tersebut, setelah memastikan kenderaan itu dipesan atas namanya, dia dan Inarra masuk kedalam dan menyuruh pemandu tersebut membawa ke alamat yang dia inginkan.
Share this novel