CHAP 11

Short Story Series 9732

Irfan Nathan berdegus kecil apabila menerima laporan dari orang suruhannya tentang kehilangan jejak adiknya Inarra Noura. Baru seminggu adiknya menetap di kotaraya, tiada satu berita yang dia terima, adakah usahanya membuahkan hasil untuk melenyapkan adiknya. Atau Inarra mempunyai muslihat lain dalam diam, dia berfikir sendirian. Tiba-tiba interkom dimejanya berbunyi.
"Tuan Irfan, Puan Yulina ingin berjumpa dengan tuan" kata suara melalui interkom
"Suruh dia masuk" arah Irfan Nathan mematikan talian.
Pintu bilik pejabatnya dikuak dari luar. Terjenggul muka Yulina dari luar. Dia memandang kearah suaminya dan kemudian dia menutup semula daun pintu bilik itu.
"you dah makan?"tanya Yulina
"belum lagi" balas Irfan Nathan perlahan sambil mendongak memandang isterinya. Sungguh pun Irfan Nathan sebegitu, tetapi bila melibatkan isterinya dia menjadi lemah sebagai seorang lelaki.
"you nak pergi makan dengan i tak ? kebetulan i shopping area sini so I teringat you. that why I singgah ajak you makan" terang Yulina yang mengerti riak wajah suaminya yang hairan dia menyinggah ke pejabat suaminya hari ini. Yulina bukanlah seperti wanita lain yang suka menyibuk di pejabat suaminya ketika waktu kerja jadi bagi Yulina tidak perlu untuk berjumpa suaminya kerana dia tahu suaminya akan terus pulang ke rumah selepas waktu kerja.
"boleh juga, but before that you dah decide nak makan kat mana ? i malas nak fikir benda remeh macam tu, make it fast cause pukul 3.30 nanti i ada meeting dengan Dato Khalil."balas Irfan Nathan.
Berubah riak wajah Yulina, Irfan Nathan seolah olah tahu yang masalah si Yulina adalah membuat keputusan makan dimana.
"I belum decide but tadi i nampak kafe yang baru buka kat bawah office you, why not we go there and give a try?" tanya Yulina semula.
"i don't think so Lina"balas Irfan Nathan. kemudian tangannya menekan butang Interkom.
"Min, tolong callkan hotel Rosa. I nak lunch kat sana with my wife"Kata Irfan Nathan kepada pembantunya.
"Baik tuan" balas pembantu Irfan Nathan yang bernama Amin itu.
Kemudian Irfan Nathan mencapai kunci keretanya dan bangun, Yulina siap berdiri menunggu suaminya. Irfan Nathan berjalan kearah isterinya, dia memegang pinggang isterinya dan mereka beriringan keluar dari pejabatnya.

Zack Aariz memberhentikan motosikalnya di kawasan IPK. Semalaman mereka merayau sekitar Kuala Lumpur untuk melepaskan diri dari dijejaki oleh musuh musuh yang tidak dikenali. Dia memandang wajah Inarra yang agak serabai dek semalaman tidak tidur. dia hanya tersenyum senget melihatkan keadaan Inarra yang agak mengantuk mukanya.
"aku tak tahu sama ada kau ready atau tak, cuma apa yang aku boleh cakap, harini bakal selesai semuanya. cuma kau kena beri kerjasama yang baik untuk terangkan apa yang terjadi semalam satu persatu tanpa tertinggal apa apa pun. boleh?"soal Zack Aariz kepada Inarra
"kalau dah habis saya boleh balik ke?"Tanya Inarra polos.
"kau nak melingkup pon orang takkan tanya dah" balas Zack Aariz.
Inarra hanya mengangkat keningnya. bahasa kasar Zack Aariz agak menyentap hatinya sedikit. tiada budi bahasa betul mamat ni.
Zack Aariz mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket seluarnya. Inarra baru terperasan yang telefon miliknya tiada bersama dia. dia meraba raba seluruh baju dan seluarnya sambil diiringin bunyi mendecit perlahan. Zack Aariz memandang dia hairan.
"kenapa kau?"Tanya Zack Aariz
"telefon saya" balas Inarra pelahan.
"baru sedar ke telefon kau takde? dalam tu ada maklumat penting ke sampai tak boleh beli telefon baru?" tanya Zack Aariz bertubi
Inarra hanya mengangguk sambil memikirkan bagaimana dia hendak pulang nanti. Beg dan telefon dia hilang entah kemana, silap silap boleh dicop sebagai pendatang.
Zack Aariz menyerahkan telefon milik Inarra yang dalam keadaan hancur skrinnya. Inarra menyambut dengan muka teruja. kemudian dia cuba menghidupkan semula tapi hampa. tapi pada Inarra cukuplah dia mendapatkan semula telefon bimbitnya kerana dia sudah pun membuat fail sandaran di ipad dan juga komputer ribanya. sekurang kurangnya segala fail yang ada didalam telefonnya tidak terdedah kepada orang luar.
Inarra melangkah masuk ke dalam bangunan diiringi oleh Zack Aariz. didalam hatinya berdoa agar semua ini cepat berakhir supaya dia boleh pulang kerumahnya untuk berehat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience