Puan Irdina membelek pakaian yang berada di dalam butiknya, dia meneliti satu persatu jahitan pada pakaiannya untuk memastikan kualiti pakaian tersebut berada didalam keadaan yang baik. Dalam kelekaan dia membelek jahitan tersebut, dia merasakan ada seseorang yang memeluknya dari belakang.
“Nou………..”kata kata Puan Irdina terhenti setelah melihat gerangan yang memeluknya.
“Mummy rindu sangat ke dengan Noura ?” Tanya sosok tersebut.
“Eh mummy ingat Noura, sebab dia suka peluk mummy dari belakang. Errr…. Kamu dari mana ni Lina?” Soal Puan Irdina.
“Lina saja pusing pusing area sini, tiba tiba teringat mummy, itu yang Lina singgah”balas Yulina dalam nada yang sedikit hampa. Puan Irdina perasan dengan perubahan suara menantunya itu.
“Sorrylah, mummy ingat Noura balik, call mummy pun tak, busy sangat agaknya budak tu. Mummy nak call abang Icad, takut dia pun busy” kata Puan Irdina sayu.
“Alah mummy, baby seronok enjoy kat sana la tu, sampai takde masa nak call mummy walaupun sekejap. Takkan laa sibuk sangat sampaikan nak call mummy 2 3 minit tak boleh” tambah Yulina menyentap hati Puan Irdina.
“Takpelah Lina, nanti dia dah free mesti dia call mummy.”balas Puan Irdina perlahan.
“Em mummy, ada stock baru sampai ke? Em macam biasalah ea? Boleh kan?” Tanya Yulina manja.
“Ada kat belakang sana, pergilah tengok mana yang berkenan” balas Puan Irdina. Itulah rutin Yulina yang satu sejak menjadi menantu Puan Irdina, dia akan datang ke butik Puan Irdina dan memilih baju yang dia sukai. Dan macam biasa jugak, free of charge, mentang mentanglah menantu. Sikit pun taknak support perniagaan mak mertuanya.
Inarra Noura yang sedang leka menghirup kopinya tersedak denga tiba tiba. Dia meletakkan cawannya diatas meja dan mencapai tisu yang berada berdekatan dengannya dan mengelap mulutnya perlahan.
‘Siapalah yang sebut ni, ada niha tengah minum kopi sambil buat kerja, takyah lah sebut. Kan boleh call’ dia bermonolog sendirian.
Dia lantas mencapai telefon bimbitnya dan meneliti diskrin telefonnya. Seingatnya ada seseorang perlu dia hubungi, disebabkan dia bermonolog sendirian membantutkan niat dia untuk menghubungi seseorang itu. Kemudian dia meletakkan telefonnya ditepi dan kembali menyambung kerjanya yang terbantut. Dihadapannya penuh fail fail yang perlu dia semak dan keadaan meja kerjanya yang agak bersepah membuatkan dia agak berserabut ketika itu. Lagu yang diputarkan di pemain bluetoothnya tidak lagi membantu dia untuk bertenang. Inarra Noura kemudian bangun dari kerusi kerjanya dan membuat regangan akibat duduk terlalu lama. Tiba tiba ada nombor yang tidak kenali terpampar di skrin telefon miliknya. Dia teragak agak untuk angkat. Talian termati dengan sendirinya, kemudian satu mesej masuk ke messengernya. Dia mencapai dan membaca mesej yang diberikan.
‘Busy?’ -unknown-
‘Who’s this?’ -send
‘My question not yet answered’ -unknown-
‘Zack?’ -send
‘Answer my question first, busy?’ -unknown-
‘Not really’ -send
‘ I’m at outside’ -unknown-
Inarra Noura menyelak langsirnya dan memandang keluar, kelihatan seorang lelaki dengan motorsikal yang dikenalinya.
“Apa lagi la mamat mangkuk ayun ni nak, dia ni tak laku ke macam mana?” Gumam Inarra Noura sendirian.
‘Watchu doin here Mr Zack?’ -send
‘Just wanna meet you. Can?’ -unknown-
‘Next time can? Suddenly busy.’ -send
‘I will wait here.’ -unknown-
Inarra Noura merengus kasar, mamat ni betul betul mencabar kemarahan dia, dia yang hanya mengenakan seluar pendek paras peha dan singlet hitam mencapai jubah satinnya yang panjang berwarna hitam yang terletak dikerusinya untuk menutupi tubuh. Dengan keadaan rambutnya yang sengaja disanggul tinggi dan kemudian dia melangkah keluar untuk berjumpa dengan lelaki tersebut. Pintu rumahnya dibuka dan dia menuju kearah lelaki itu didepan pagar.
“Wow, seksi.” Tegur lelaki sambil memandang Inarra Noura dengan pandangan nakal.
“May I help you sir?” Soal Inarra Noura menutup tubuhnya dengan menyilangkan tangannya.
“Aku saja nak jumpa kau, mana tahu ada chance minum kopi hari ni, saja cuba nasib” Balas Zack Aariz
“Sorry Mr Zack, youre not welcome to my house, rasanya saya ada bagitahu sebelum ni, Men’s not allowed in this house.” Balas Inarra Noura berani sambil memandang tepat kemata Zack Aariz, Zack Aariz hanya membalas renungan Inarra Noura sambil menyunging senyum senget.
“Marah pun seksi ek?” Duga Zack Aariz.
“Cepatlah, awak nak apa? Panas ni.” Desak Inarra Noura.
“Macam aku cakap tadi, saja cuba nasib kalau kalau aku dapat mengopi harini”Balas Zack Aariz. Inarra Noura mempamerkan riak bengang.
“Okay fine, tunggu kat sini, saya buatkan kopi.” Balas Inarra Noura mengalah.
“Takkan kau je tahu panas, ingat aku tikus ke yang kau nak salai aku kat sini?” Tanya Zack Aariz senada.
“Saya ingat awak tikus, sebab datang tak diundang.” Balas Inarra Noura selamba.
“Wow, dah pandai melawan.” Kata Zack Aariz sambil menunjukkan riak muka yang terkejut yang dibuat buat.
“Okay lah fine. One cup only.” Kata Inarra Noura mengalah.
“Yelah, tapi kalau nak ‘hidang’ benda lain pon boleh jugak” balas Zack Aariz sambil mengesat hidungnya.
“Oh sorry, saya tak masak. So takde apa yang nak dihidangkan.” Jawab Inarra Noura polos. Zack Aariz ketawa mengekek bila melihat kepolosan Inarra Noura. Boleh tahan tahap lurus bendul minah ni.
“Masuklah. Ke memang nak minum kopi kat situ je?” Tanya Inarra Noura yang sudah pun sampai ke daun pintu rumahnya dan sekaligus mematikan lamunan Zack Aariz. Zack Aariz mengambil topi keledar dan jaketnya yang ditanggal tadi dan melangkah masuk kerumah Inarra Noura. Dia memberikan salam sebelum melangkah masuk. Seusai dia masuk ke rumah itu, dia terpegun sedikit melihat keadaan rumah Inarra Noura yang berkonsep serba hitam dan minimalis itu, betul betul seperti citarasanya sendiri. Dia mengabaikan Inarra Noura yang sibuk menyediakan kopi diruangan dapur. Semerbak bau Nescafe DolceGusto sehingga ke ruang tamu itu. Zack Aariz segera meletakkan barangannya di kabinet television yang kosong di ruang tamu itu. Kelihatan kelibat Inarra Noura dari dapur membawa dua cawan kopi.
“Cantik jugak ea rumah sewa kau. Eh kawan kau mana?” Tanya Zack Aariz sambil mengambil cawan dari pegangan Inarra Noura dan duduk disalah satu sofa diruang tamu itu.
“Outstation” jawab Inarra Noura ringkas dan kemudian dia duduk di sofa sambil meletakkan cawannya dimeja dihadapan mereka. Zack Aariz hanya menganguk kecil sambil menyisip kopi dicawannya.
“Finally dapat ngopi. Pishang jugak aku tadi round KL takde geng.” Kata Zack Aariz tanpa ditanya.
“Kenapa awak tak pegi mamak je? Sana banyak kopi” balas Inarra Noura.
“Apalah ertinya lepak kalau sorang diri cik adik oi.” Balas Zack Aariz. Inarra Noura hanya mencebirkan bibirnya.
“Kawan awak kan ramai, takkan sorang yang tak free kot” tanya Inarra Noura sambil menyilangkan tangannya kedada.
“Memanglah ada, tapi pandang muka dia orang je jemu jugak. Sesekali aku nak jugak tengok muka yang berlainan.” Balas Zack Aariz. Inarra mempamerkan riak wajah kehairanan.
“Muka saya pelik ke?” Tanya Inarra Noura. Zack Aariz melepaskan tawanya.
“Bukan macam tu maksud aku, asyik asyik lepak muka yang sama je, sesekali aku nak pandang muka orang lain pulak. Faham?” Kata Zack Aariz. Kemudian Zack Aariz kembali menyambung menyisip kopinya. Lama kelamaan mereka berdua kelihatan mesra berbual sehinggakan tidak sedar masa berlalu hingga ke malam. Zack Aariz meminta diri untuk pulang dan Inarra Noura hanya menghantarnya sehingga kehadapan pintu rumah.
Share this novel