CHAP 27

Short Story Series 9732

Keluarga Puan Irdina berkumpul semula ke ruang tamu apabila selesai menjamu selera di ruang makan. Cuma Inarra Noura sahaja tidak kelihatan dikalangan mereka. Hal itu menyebabkan mata Zack Aariz tidak duduk diam mencari kelibat Inarra Noura manakala Karl masih rancak berborak dengan Puan Irdina yang rajin melayaninya, tidak kurang juga ditambah oleh Irsyad Noah dan Qistina Haila yang tak henti henti menyakatnya membuatkan suasana menjadi gamat pada petang itu. Irfan Nathan yang memerhati Zack Aariz didalam diam itu menyedari gerakan mata Zack Aariz.
“Tuan Zack nak apa apa ke? Macam gelisah je saya tengok” tanya Irfan Nathan kepada Zack Aariz.
“Eh jangan panggil saya tuan bang. Macam pelik rasanya, lagipun abang ni bukan anak buah saya. Panggil saya Zack je. Sebenarnya saya cari tandas, dari tadi tahan. Kat mana ya?” Tanya Zack Aariz sambil menyengih seperti kerang busuk.
“Asal kau tak cakap. Nak tunggu kena batu karang dulu ke baru nak tanya?” Celah Irsyad Noah terdengarkan kata kata Zack Aariz.
“Diamlah kau. Aku nak tanya kau tapi kau dah busy borak. Nasib baik abang kau ni tanya, kalau tak memang aku pergi ke stesen minyak lah cerita dia lepas ni” balas Zack Aariz selamba.
“Ini adik aku, aku mana ada abang, memandai je kau tukar ranking kita orang.” Balas Irsyad Noah.
“Eh mana lah aku tahu siapa adik siapa abang, kau pun tak cakap. Tu mak kau tu, kalau aunty tak bahasakan diri dia ‘aunty’ pun aku ingat dia kakak kau tahu. Salah aku lagi ke?” Balas Zack Aariz sambil tersenyum memandang kearah Puan Irdina yang ketawa mendengarkan kata kata Zack Aariz. Irsyad Noah hanya mencebirkan bibirnya.
“Ya ke Zack? Aunty nampak muda ke? Ish, tak nak makan nasi lah 4hari kalau macam ni” kata Puan Irdina kepada Zack Aariz. Semua mata memandang kearah Zack Aariz. Zack Aariz hanya mengangguk dan tersenyum.
“Betul aunty, masa masuk je pintu rumah tadi, saya ingat aunty ni kakak Icad. Sekali aunty bahasakan diri ‘aunty’ terus saya cakap sekali salah daaaa. Buatnya saya terngorat tadi tak pasal pasal Icad jadi anak tiri saya, eh mana boleh macam tu kan aunty?” kata Zack Aariz yang dah mula bergurau tanpa berlapik. Puan Irdina dan seluruh ahli keluarganya ketawa apabila mendengarkan hal itu.
“Sebelum kau kena kencing dalam beg, ada baik nya kau gerak pergi tandas, tak pasal pasal aku kena jaga beg air kencing kau pulak nanti.” Kata Irsyad Noah mematikan gurauan Zack Aariz.
“Guna tandas diatas ya Zack, tandas bawah flush rosak” balas Puan Irdina. Irsyad Noah terperasankan muka Zack Aariz yang terpinga pinga.
“Naik tangga, belok kanan, ada pintu. Masuk situ lepas hajat keluar balik.” Kata Irsyad Noah. Zack Aariz hanya mengangguk tanda faham. Dan kemudian dia bangun dan meminta diri menuju ke tandas.

Sampai sahaja dibahagian atas rumah itu, Zack Aariz terkejut sedikit kerana ada ruangan khas yang menempatkan TV dan sofa yang besar, diruangan itu juga ada pantry kecil yang menyediakan makanan ringan serta peti ais bersaiz sederhana besar yang menempatkan minuman sejuk. Kemudian pandangannya dialihkan kepada satu susuk tubuh yang duduk dibahagian tengah sofa yang sedang leka menatap kaca TV yang memaparkan drama barat. Zack Aariz mengayunkan langkahnya menuju kearah susuk tersebut dan kemudian dia duduk disebelahnya tanpa memberi salam. Terkejut gadis itu apabila Zack Aariz menghenyakkan punggungnya disebelah.
“Jangan jerit, nanti family kau ingat aku nampak kau bogel pulak. Asal kau tak lepak kat bawah sekali?” Tanya Zack Aariz tanpa memandang kearah gadis itu.
“Tak ada apa yang nak diborakkan.” Balas gadis itu selamba.
“At least tunjuklah muka kau depan aku. Takdelah aku rasa pishang sangat. Dahlah nak jumpa kau bukan main payah.” Kata Zack Aariz.
“Apa kena mengena muka saya dengan awak? Can you mind your own business Mr Zack?” Soal gadis itu sambil menjarakkan diri sedikit dari Zack Aariz.
“You are my business now Inarra Noura. I want you” kata Zack Aariz sambil memandang tepat ke mata Inarra Noura dan mendekatkan dirinya. Inarra Noura mengesot perlahan sambil menelan air liurnya.
“Behave Mr Zack, saya jerit nanti.” Kata Inarra Noura.
“Jeritlah kalau berani” duga Zack Aariz selamba. Inarra Noura yang baru hendak membuka mulutnya, Zack Aariz dengan pantas menekup mulut Inarra Noura dengan tangannya.
“Gila jugak kau ni, tandas pintu yang mana satu ni? Aku nak terkencing.” Tanya Zack Aariz melepaskan tangannya dari mulut Inarra Noura. Terkebil kebil Inarra Noura memandang kearah Zack Aariz.
“Cepatlah, kau nak aku kencing kat sini ke?” Tanya Zack Aariz semula menyedarkan Inarra Noura sambil memegang tali pinggang seluarnya. Inarra Noura hanya menunjukkan pintu tandas berada di bahagian kanan dan kemudian memalingkan semula badannya menghadap kaca TV. Zack Aariz menuju ke pintu yang ditunjukkan untuk melepaskan hajatnya manakala Inarra Noura hanya membeku disofanya dan memandang kearah TV dengan pandangan kosong.
‘Tak guna punya jantan. nasib baik kawan abang Icad, kalau tak, dah lama aku pijak tengkuk dia lepas tu tanam dalam semak’ gumam Inarra Noura sendirian menahan marahnya. Kemudian kedengaran pintu tandas dibuka. Inarra Noura masih membatukan dirinya di sofa tanpa menoleh.
“Inn, jomlah turun sekali.” Kata Zack Aariz sambil berdiri ditepi sofa yang diduduki oleh Inarra Noura.
“Saya tak berminat Mr Zack. And one more thing, panggil saya Arra. Bukan Inn” Balas Inarra Noura mendatar tanpa menoleh kepada Zack Aariz.
“Eh suka hati aku lah, kalau aku nak panggil kau sayang sekali pun ada masalah ke?” Soal Zack Aariz semula.
“Korang berdua ni ada masalah ke?” Tiba tiba kedengaran suara Irsyad Noah dari arah tangga. Berubah riak wajah Zack Aariz ketika menoleh kearah Irsyad Noah manakala Inarra Noura masih membatu tanpa berkutik sedikit pun. Irsyad Noah melemparkan pandangan pelik kearah Zack Aariz.
“Dia ni ha yang bermasalah, aku ajak turun tapi dia keras sorang sorang kat sini” jelas Zack Aariz yang cuba untuk berdalih.
“Eh dah kenapa ngko? Dah adik aku tu memang macam tu perangai dia. Asal kau terlebih emosi pulak ni?” Balas Irsyad Noah semula. Zack Aariz mengaru kepalanya yang tak gatal. Inarra Noura bingkas bangun dan mematikan TVnya dan berlalu masuk kedalam biliknya tanpa sepatah kata. Irsyad Noah dan Zack Aariz hanya mengekori dengan pandangan kemudian memandang diantara satu sama lain.
“Adik kau orait ke tak orait Cad? Macam ada masalah je aku tengok dia.” Tanya Zack Aariz hairan.
“Dia memang macam tu dari kecil. Suka bersendirian, maklumlah dua dua adik beradik dia lelaki, jadi macam tu la perangai dia. Eh kejap, kau jangan tukar topik. Aku ingat kau lemas dalam mangkuk jamban tadi. Kau try adik aku rupanya kat atas. Binawe betul. Dalam diam ea kau buat kerja” bebel Irsyad Noah melebar. Zack Aariz menyingai kearah Irsyad Noah dan mula bertukar karakter menjadi ulat beluncas sambil menyendeng kearah Irsyad Noah.
“Alah abang ni, tak sudi ke jadi abang ipar aku, nanti kita boleh ride sama sama, minum sama sama and pergi kerja sama sama. Tak nak ke?” Tanya Zack Aariz. Irsyad Noah menunjukkan reaksi seolah olah ingin muntah melihat kelakuan Zack Aariz sambil menolak Zack Aariz agar menjauhkan diri darinya.
“Kepala hotak anda lah Tuan. Tiba tiba saya rasa tuan dah patut balik. Lama sangat kat sini nanti silap silap Karl dah boleh bentangkan segala rancangan kita serta aktiviti kita pada mak saya. Sila berambus cepat sikit tuan” kata Irsyad Noah menyindir. Zack Aariz menepuk dahinya perlahan.
“Macam mana aku boleh lupa pasal mangkuk ayun tu, rosak plan aku nanti. Eh jom jom. Mulut hanat tu bukan boleh percaya. Shit” kata Zack Aariz sambil mengayunkan langkahnya untuk turun ke ruang tamu semula diikuti oleh Irsyad Noah dari belakang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience