BAB 6
Inarra Noura meletakkan beg dia di kerusi rumahnya dan melepaskan lelahnya di sofa yang disediakan, selepas abangnya Irsyad Noah dan isterinya menghantar dia stesyen LRT yang berdekatan mereka berdua terus bergerak balik. Pemandu Inarra Noura telah pun menunggunya dikawasan itu untuk membawa Inarra Noura pulang ke rumah. Rumah yang dia duduki itu adalah miliknya dan tidak diketahui oleh sesiapa melainkan dia seorang sahaja. Dia memberitahu kepada keluarganya yang dia akan tinggal bersama rakan rakan semasa dia belajar di universiti dahulu. Tujuan Inarra datang ke ibukota bukanlah mendapat tawaran kerja seperti yang dikatakan tetapi dia kembali semula ke syarikat yang dia miliki tanpa pengetahuan keluarganya sendiri. Selama ini dia pulang ke Melaka hanya berehat sebentar dari kesibukkan kotaraya dan bebanan kerja yang menimbun. Mungkin ramai yang tidak percaya dengan usianya yang baru mencecah 25 tahun, dia sudah memiliki sebuah syarikat dan rumah sendiri tetapi itulah hadiah dari arwah bapanya sebelum menghembuskan nafas yang terakhir. Memandangkan abang keduanya terlalu menginginkan kekayaan, arwah bapanya merahsiakan hal tersebut dengan memberitahu peguamnya untuk tidak mengumumkan ketika pembacaan wasiat kerana syarikat itu ditubuhkan khas untuk Inarra Noura sendiri dan dalam masa yang sama ayahnya juga menghadiahkan sebiji rumah buatnya untuk Inarra Noura duduk.
Inarra Noura bangun dan pergi ke dapur rumahnya, dia membuka kabinet dapurnya mencari kapsul Starbucks untuk mesin Nescafe Dolce Gusto nya. Dia mengeluarkan cawannya dan membasuh sedikit untuk membuang habuk dicawannya kemudian dia menambahkan air di mesinnya dan memasukkan kapsul ke dalamnya, beberapa saat kemudian aroma kopi memenuhi ruang dapurnya. Setelah mesin tersebut selesai menjalankan kerjanya, Inarra Noura mencapai cawannya dan dia memasukkan 2 paket kecil gula perang, dia mencapai sudu dan menuju ke ruang tamu rumahnya semula. Sedang dia menikmati kopinya, kedengaran seseorang membuka kunci pintu utamanya. Inarra Noura hanya mendiamkan diri disofanya. Kelihatan seorang lelaki masuk dan menutup pintu rumah semula.
"Eh bila you balik ?"Soal lelaki itu sambil mengunci pintu.
"Baru je sampai. Mana you tahu i dah balik ?" Soal Inarra Noura
"I tak tahu pun, I datang nak hantar dokumen yang you kena tandatangan ni je, so I nak drop by and tak tahu pun yang you ada kat dalam rumah." Jelas lelaki itu. Kelihatan Inarra Noura hanya mengangguk perlahan lahan dan menikmati kopinya.
"Tak nak pelawa I minum ke?" Soal lelaki itu sambil menaikkan keningnya.
"Bukannya you tak biasa kat rumah ni, pandai-pandailah you hidup." Balas Inarra Noura. Lelaki itu hanya berlalu ke dapur dan membuka peti ais untuk mencari minuman sejuk. Dia mencapai sebotol air mineral Volcano berperisa strawberry. Inarra Noura jarang berada dirumahnya jadi orang yang bertanggungjawab untuk memenuhkan dapurnya ialah Kak Leha, Kak Leha akan datang seminggu dua kali sahaja untuk membersihkan rumah Inarra Noura. Selebihnya Inarra Noura menguruskannya sendiri. Tambahan pula Inarra tidak gemar untuk berjumpa dengan orang asing, Kak Leha hanya bersemuka dengan Inarra Noura hanya beberapa kali sahaja. Dan selebihnya waktu Inarra Noura akan duduk didalam officenya di rumah itu.
"Oh ya, I lupa, Tan Sri Rizman dah sign ke dokumen yang lepas? I lupa nak follow up dengan you before I balik ke Melaka hari tu."Soal Inarra Noura.
"Ni Fahmy Ahmad laa, jarang tau Tan Sri tu tak nak sign dokumen tu, lagipun untuk selamatkan syarikat dia, mestilah dia setuju dengan apa yang kita tawarkan, plus, dia hanya goyang kaki asalkan syarikat dia selamat. I meluat betul dengan manusia macam tu. Nak senang tapi tak nak susah" Balas lelaki yang bernama Fahmy Ahmad itu.
Inarra Noura hanya menjeling sambil menghirup kopinya. Dia tidak mengendahkan kata-kata Fahmy Ahmad dan mula menongkat kepalanya sambil menyandar menghadap kearah Fahmy Ahmad. Fahmy Ahmad memandang kearahnya dengan muka yang dicemikkan.
"Asal you?" soal Fahmy Ahmad
"Chill la, dah nama pun business, semua nak senang, macam i jugak, kalau boleh i tak payah buat apa apa and serabutkan otak I, just waiting for my income every month je" Balas Inarra Noura bersahaja. Fahmy Ahmad hanya mengangkat bahunya sambil mengangguk kecil menandakan dia bersetuju dengan kata kata Inarra. Inarra dan Fahmy berjumpa ketika mereka berkerjasama didalam sebuah projek di Bangi, pada masa itu Fahmy hanyalah pekerja biasa, disebabkan dia berjaya menyakinkan para Committee dia akhirnya dinaikkan pangkat, tambahan pula dengan sifatnya yang sukakan benda baharu membuatkan Inarra berminat untuk menjadikan dia sebagai orang kanannya memandangkan pengalaman yang dimiliki Fahmy amat luas menjadikan Fahmy seperti dirinya sekarang. Tetapi itu bukanlah jalan yang mudah bagi Fahmy untuk merapatkan dirinya dengan Inarra.
Fahmy bangun dari tempatnya dan berlalu ke dapur untuk membuang botol airnya, kemudian dia datang ke ruang tamu dan membelek semula fail-fail yang dibawanya ke situ. Dia berlalu ke salah satu bilik dirumah itu dan masuk kedalamnya, dia menyalakan lampu diruang bilik itu dan bilik itu ialah ruang pejabat kecil Inarra Noura dirumah. Inarra Noura hanya menghabiskan masanya setiap hari di bilik itu kerana dia tidak suka menunjukkan dirinya di khalayak ramai dan membuatkan semua orang dipejabatnya tertanya tanya siapakah Inarra Noura yang sebenarnya. Fahmy meletakkan kesemua fail yang dibawanya keatas meja Inarra Noura dan menyusunnya dengan elok dan keluar dari bilik itu.
"I dah susun semua fail ni ikut yang macam you nak, nanti you semak ikut susunan ya"pesan Fahmy sambil menutup pintu bilik itu.
Inarra Noura hanya mengangguk kecil tanpa memandang kearah Fahmy. Fahmy hanya memandangnya sambil menggelengkan kepalanya perlahan. Perempuan itu keras kepala tetapi Fahmy menyukainya dalam diam dan sedar akan dirinya yang tidak setanding dengan Inarra Noura dan dia hanya mampu menyimpan perasaannya tanpa pengetahuan sesiapa. Baginya Inarra satu dalam seribu dan jarang dia menemui mana mana wanita seperti Inarra, walaupun ayat tu nampak cliche tapi itulah yang perlu Fahmy simpan didalam hatinya.
"Eh sebelum i terlupa, NF Holding dah buat audit ke belum ? I mcm curious lah dengan kewangan dia orang, ada charted mana-mana firm ke?"Soal Inarra
"I tak pasti bab tu, tapi tak mustahil kalau takde audit, banyak je syarikat yang tak beraudit bertahun tahun." balas Fahmy
"Boleh tolong I carikan siapa audit firm dia orang? I nak tahu every detail pasal kewangan dia orang" Soal Inarra. Fahmy memandangnya dengan pelik.
"Before ni I yang semak semua dokumen duit keluar masuk company tu, tapi lepas abang I handle terus I tak dapat semua dokumen yang sepatutnya I dapat. So I nak tahu siapa yang manage semua tu, MIDF every year akan datang ke syarikat untuk audit jadi sebelum dia orang pass ke person in charge MIDF, mesti akan ada orang yang buat semakkan dan tanya tujuan duit keluar atau masuk ke syarikat. Masa last I dapat semak dokumen tu adalah last year, lepas je daddy takde, i terus tak terima dokumen tu."Terang Inarra seolah olah memahami pandangan Fahmy.
"Nanti I carikan maklumat yang you mintak. For now I nak balik office dulu, please yeah, dokumen atas meja you banyak yang penting, please pass back to me a.s.a.p" Kata Fahmy mengingatkan Inarra.
Inarra hanya mengangguk perlahan, Fahmy bangun dan mencapai kunci keretanya dan berlalu ke pintu.
"Oh I lupa nak cakap, Kak Leha tak datang sebab anak dia demam, Jadi minggu ni dia cuti. Take care"Pesan Fahmy sebelum menutup pintu. Inarra mengeluh kecil dan berlalu ke singki untuk membersihkan cawan kotornya.
Share this novel