Kedatangan Puan Irdina dan Inarra Noura ke butik disambut baik oleh pekerja di Butik Noura's Qaseh. Mereka amat menyenangi kedatangan puan besar ke butik kerana kehadiran puan besar adakalanya menguntungkan mereka. Akan tetapi mereka agak kurang senang dengan kehadiran Inarra yang pendiam dan tidak banyak berborak. Bagi mereka Inarra bukan lah tandingan mereka yang sentiasa tahu tentang gossip artis terkini kerana Izarra lebih suka memikirkan masalah diri sendiri dari gossip gossip bosan di media. Sungguh pun demikian mereka tetap melayan Inarra dgn baik walaupun tidak menyenangi anak majikan mereka.
"Dia datang la pulak, baru nak bodek Kak Dina belanja kita makan tengahari dekat deret kedai depan tu. katanya Samsul Haslam lepak kat situ hari hari" Kata Kaila kepada Eisya.
"Kan, baru ingat nak berjimat sikit harini sebab aku dah terbeli tudung Quek haritu. Kau rasa kan, Kak Dina nak belanja kita tak ek harini?" kata Eisya.
Kaila hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu sambil membetulkan baju di gantungan. Butik Noura's Qaseh agak terkenal di kalangan selebriti kerana gayanya lain daripada yang lain dimana setiap rekaan baju cuma ada satu sahaja setiap saiz. Jadi untuk tersama rekaan dan corak ketika menghadiri mana mana jamuan makan malam atau pun anugerah agak susah meskipun satu rekaan ada 6 saiz berbeza tetapi setiap saiz turut berlainan corak. Disebabkan itu jugak lah ramai selebriti dan orang orang kenamaan hadir ke butik tersebut.
Inarra Noura mengambil keputusan untuk duduk di pejabat ibunya sambil melayari internet mencari kerja. Rasa sia-sia belajar mengambil Master dalam bidang Perniagaan tetapi masih menganggur. Tapi itulah ada sedikit sifat rasa memilih kerja membuatkan Inarra Noura masih menganggur dirumah. Tetapi itulah kehidupan Inarra agak selesa menyebabkan ibunya tak kisah jikalau anaknya tidak bekerja kerana Butik Noura's Qaseh itu tetap menjadi milik anak perempuan tunggalnya. Tetapi Inarra Noura tetap tak ambil pusing tentang hal tersebut kerana bukan minatnya dalam bidang begitu. Dia berhasrat ingin membuka Syarikat Audit Persendirian. Tetapi masih memerlukan pengalaman didalam bidang itu.
"Arra, jom kita makan nak. Dah masuk waktu lunch dah ni"kata Puan Irdina
"Em takpelah mummy, Arra tak lapar lagi la mummy, mummy pergilah makan" balas Izarra
"Hmm okay, Mummy bawak Kaila dgn Eisya tau. nanti kunci pintu butik ye" Pesan Puan Irdina
"Apa kata kalau mummy yang kuncikan pintu dan bawak kunci, Arra takut tertidur tak sedar pulak kalau mummy balik" kata Izarra tanpa memandang ibunya. Puan Irdina hanyalah mengangguk dan keluar.
Selepas Puan Irdina keluar, Inarra meletakkan komputer ribanya dia meja dan berbaring di sofa. Dia melunjurkan kakinya dan meletakkan kepala di bantal yang ada disofa sambil matanya memandang telefon. Kedengaran loceng di pintu masuk ditekan dari luar. Inarra dengan malasnya menjengah sedikit ke luar untuk melihat. Kosong. Jadi Inarra kembali berbaring di sofa tanpa memikirkan perkara itu. Sekali lagi loceng dibunyikan. Inarra hanya membiarkan kerana difikirannya mungkin ada kanak kanak nakal disekitar butik itu hanya ingin menganggunya. Lalu Inarra hanya membuat tidak tahu dan tidak ambil pusing.
Share this novel