Inarra mencampakkan beg tangannya ke sofa diruang tamu rumahnya. Nafasnya turun naik mengenangkan perbualannya bersama Zack Aariz dihadapan pintu pagar rumahnya dua jam yang lalu. Dia memikirkan kebetulan demi kebetulan yang membuatkan dia bertemu dengan lelaki itu. Dan disebabkan hal itu juga, rahsia yang disimpannya selama ni hampir terbongkar kepada abangnya. Dia mundar mandir diruang tamu itu memikirkan alasan demi alasan untuk hari yang akan datang jika dia ditakdirkan berjumpa dengan lelaki yang sembrono itu. Lalu dia pergi ke peti ais rumahnya dan mengeluarkan sebotol air Volcano Strawberry. Dia membuka dengan kasar dan menenguknya untuk menghilangkan dahaga.
DUA JAM SEBELUMNYA..
Motosikal Zack Aariz berhenti dihadapan sebuah rumah yang tidak jauh dari pekan Serdang. Dia menepuk kaki Inarra untuk memberitahu agar turun dari motorsikalnya. Inarra memaut bahu Zack Aariz dan dia turun dari motorsikal Zack Aariz, kemudian dia menanggalkan topi keledarnya dan menyerahkan semula kepada Zack Aariz dan dia juga berura ura untuk masuk kerumahnya. Zack Aariz menyambut huluran Inarra dan dia mengangkat sedikit topi keledarnya separuh kemudian dia menahan Inarra.
“Kau betul ke duduk rumah ni? Kenapa rumah ni gelap je? Mana kawan kau?” Soal Zack Aariz bertubi.
“Kawan saya keluar, sebab tu tadi saya cakap hantar saya di stesyen LRT je tapi awak degil” balas Inarra cuba untuk menipu.
“Ye ye je kau duduk dengan kawan, ke kau duduk sorang je kat sini? Kalau ada kawan kau mesti dia dah bukakan salah satu lampu dalam rumah ni sebelum dia keluar.” Kata Zack Aariz menduga. Inarra melarikan pandangannya apabila mendengar soalan Zack Aariz.
“Kenapa awak beriya nak tahu semuanya ni?” Soal Inarra.
“Soalan aku masih tergantung, so aku tak wajib jawab soalan kau kan?” Balas Zack Aariz. Inarra hanya menjulingkan matanya keatas.
“Atau kau nak aku call Icad bagitahu apa yang aku nampak malam ni?” Sambung Zack Aariz. Inarra mendengus kasar mendengarkan ugutan itu.
“Saya duduk dengan kawan saya, nama dia Amira dan kami bekerja ditempat yang sama, puas hati?” Kata Inarra senafas kepada Zack Aariz.
“Aku rasa kan, macam ada bau orang tengah menipu aku la sekarang ni” kata Zack Aariz sambil berpura pura menghidu Inarra. Dia sengaja merapatkan dirinya pada Inarra sehingga membuatkan Inarra menganjakkan badannya kebelakang. Zack Aariz tersenyum sinis.
“Sa..saya tak menipu la. Buat apa saya nak tipu awak. Bukannya mendatangkan hasil pun” kata Inarra gugup.
“Okay okay whatever. So now, mana terima kasih aku untuk malam ni?” Soal Zack Aariz sambil mejengketkan keningnya.
“Terima kasih hantarkan saya balik” balas Inarra sepatah.
“Rasanya terima kasih tu macam tak lakulah untuk malam ni, What if kalau kau ajak aku masuk dalam and kita kopi kopi. Eh rumah kau ada kopi tak? Kata Zack Aariz selamba. Inarra tercengang dengan sikap lelaki itu
“Sorry awak, rumah saya tak terima tetamu lelaki, lagipun dah malam, tak elok rasanya kalau lelaki masuk ke rumah perempuan” kata Inarra sopan. Lemah lembut betul perempuan ni, kalaulah Puan Irdina nampak mesti dia bangga.
“Alah kopi je pun, itupun kedekut, kalau tak boleh dalam rumah, tu dekat rumput depan tu pun boleh sambil sambil tengok pemandangan indah depan pagar kau ni” kata Zack Aariz.
“Awak balik lah Zack, dah malam ni, tak elok” balas Inarra perlahan.
“Kau halau aku ke? Okay takpe, but one day i will make sure yang aku boleh minum kopi dalam rumah kau. Just wait and see” kata Zack Aariz sambil tersenyum nipis. Inarra membulatkan matanya apabila mendengar ayat Zack Aariz, sedikitpun tidak menakutkan dia. Kemudian Zack Aariz memakai topi keledarnya semula dan dalam masa yang sama menghidupkan enjin motorsikalnya.
“Ingat tau Inn, pegang kata kata aku. By hook or by crook, aku akan pastikan coffee session kita berakhir dengan bahagia” kata Zack Aariz sebelum menutup visor topi keledarnya dan berlalu pergi.
“Dalam mimpi kau jela mangkuk” gumam Inarra perlahan selepas Zack Aariz hilang dari pandangannya.
Share this novel