CHAP 31

Short Story Series 9737

Natasha membelek pakaiannya sekali lalu dihadapan cermin untuk memastikan tiada apa yang merosakkan penampilannya dihadapan Zack Aariz. Hatinya berbunga apabila mendapat pesanan ringkas dari Zack Aariz yang menyatakan ingin bertemu dengannya di tempat yang mereka sering kunjungi. Setelah bepuas hati dengan penampilannya yang hanya mengenakan t-shirt berwarna peach dan dipadankan dengan seluar jeans hitam dan rambutnya pula hanya diikat secara ‘loose’ untuk memudahkan dia mengenakan topi keledarnya nanti. Natasha segera mencapai porch bag Gucci dan telefon bimbitnya dan berlalu keluar dari bilik.
“Mana aje kau nak pegi ni nyah?” Sapa satu suara ketika Natasha ingin menutup pintu biliknya.
“Jumpa Zack, kau ? Nak pegi mana?” Soal Natasha semula.
“Clubbing laa sistur, ada party ini malam, jomlah join, ada mamat hensem, mana tahu sangkut” kata sosok tersebut.
“Next time la ea, aku ada hal dengan Zack kejap.” Balas Natasha dengan senyuman.
“Kau ni asyik berkepit dengan dia je, dah declare ke korang?” Soal gerangan itu.
“Nantilah aku cerita Naa, kau pegi nanti jaga diri, jangan minum banyak sangat. Kang lupa jalan balik” pesan Natasha kepada kawannya, Naina.
“Chill laa sistur, aku ada ramai bodyguard kat sana, pandai lah dia orang hantar aku balik. Kau tu, jangan nak mencilok sangat. Kang sidai tepi jalan dah satu hal nak pegi kutip kau pulak” balas Naina selamba.
“Cuba kau doakan aku yang baik baik, kalau aku sidai betul betul baru tahu” balas Natasha tak mahu mengalah. Naina hanya menyingai sambil mengelengkan kepalanya dengan laju.
“Tak tak, aku gurau je, elok elok tau. Ingat pesan aku, jangan laju laju” katanya semula. Natasha hanya tersenyum medengarkan pesanan Naina itu dan kemudian, dia berjalan kearah almari kasut dan mencapai topi keledarnya.
“Kau pun sama, jangan minum banyak banyak, kau balik mabuk siap kau ea. aku rendam dalam tab mandi sampai lemas” jerit Natasha sambil menyarungkan topi keledarnya.
“Yelahhhhhhh !” Naina membalas dengan nada yang sama.

Zack Aariz memakirkan motorsikalnya di hentian rehat Seremban memandangkan cuaca mula menunjukkan tanda tanda hendak menurunkan airnya. Inarra Noura hanya mendiamkan diri dari rumahnya sehinggalah ke Hentian Rehat tersebut walhal di topi keledar yang dipakainya mempunyai microphone yang memudahkan pemandu dan penunggang untuk berborak dan dalam masa yang sama juga Zack Aariz cuba mengajak Inarra Noura berbual sepanjang perjalanan mereka tetapi Inarra Noura masih membatukan dirinya ditempat duduk belakang. Hakikatnya perempuan itu dah mula merasakan sakit pinggang kerana tidak selesa dengan kedudukan motorsikal Zack Aariz yang agak meninggi di bahagian belakang. Tetapi dia tidak memaklumkan kepada Zack Aariz tentang hal tersebut.
“Weh budak, nama kau Inarra kan? Rasa macam pernah jumpa la sebelum ni, tapi kat mana eh?” Soal Karl kepada Inarra Noura.
“Amboi bahasa kau, dengan perempuan pun nak berkasar ke? Padanlah single” potong Zack Aariz
“Hehehe….. maaf kan patik wahai cik adik yang manis, pernahkan kita berjumpa sebelum ini?” Soal Karl yang sengaja mengaraukan suaranya. Zack Aariz yang sedang mengeluarkan set lengkap baju hujan dari begnya segera mencampak seluar yang dipegangnya kepada Karl.
“Perangai kau ni kan, buat aku sakit jantung lah. Cuba behave sikit boleh?” tanya Zack Aariz sambil tangannya sibuk membetulkan barangan yang berada didalam bagnya. Inarra Noura tersenyum senget dengan gelagat mereka yang kelihatan mesra itu. Zack Aariz mengangkat mukanya dan memandang kearah Inarra Noura dengan pandangan pelik.
“Rasanya saya belum pernah jumpa awak. Ke awak ada ternampak kat mana mana mungkin.” Balasnya kepada Karl.
“Hmm… yelah kot. Ah lantak laa. By the way. Kau dah lama ke jadi adik Icad?” Soal Karl. Zack Aariz dah mula bersedia untuk mencampak topi keledarnya kepada Karl.
“Takde soalan lagi bodoh ke kau nak tanya hanat?” Tanya Zack Aariz kepada Karl yang hanya disambut dengan senyuman keranya.
“Lama jugaklah, sejak kita orang kecil” balas Inarra Noura bersahaja. Dangggg ! Pandai jugak perempuan ni bergurau rupanya. Karl menganggukkan kepalanya perlahan sambil mengerutkan dahinya. Zack Aariz menepuk dahinya. Apalah nasibnya harini, tersalah buat percaturan dalam hidup ke macam mana ni.
“Zack, sa…saya… hermmmm sa…” kata Inarra Noura secara tiba tiba. Zack Aariz menghentikan tangannya dan bepaling menghadap Inarra Noura.
“Dah kenapa kau? Tiba tiba gagap pulak ni, tadi kemain sakan kau jadi bodoh sama sama dengan Karl, sekarang dah gagap pulak. Asal?” Soal Zack Aariz
“Saya lapar.” Balas Inarra Noura sambil memandang kearah Zack Aariz sambil membulatkan matanya.
“Tu kat sana ada banyak kedai makan, pergilah tengok apa apa yang kau nak makan. Aku dengan Karl tunggu sini.” Kata Zack Aariz sambil menujukkan kearah deretan kedai yang tersedia di Hentian Rehat tersebut. Inarra Noura hanya mengangguk dan berlalu meninggalkan mereka berdua disitu.

Karl menyalakan batang rokoknya yang ketiga, kelibat Inarra Noura masih juga tak muncul muncul, Zack Aariz juga kelihatan menjengah kearah deretan kedai tersebut tetapi malangnya kelibat Inarra Noura juga tidak kelihatan. Zack Aariz mengeluarkan rokoknya yang keempat untuk menghilangkan rasa gelisahnya.
“Aku rasa nak call polis, tapi itulah kang dikatakan masuk campur pulak” kata seorang lelaki yang lalu berhampiran dengan Zack Aariz dan Karl.
“Tapi kesian weh perempuan tu, kau tak nampak ke muka dia macam takut takut, macam budak budak pun ada. Ish call jela polis Ziq, kalau kita halang pun kita mana reti bergaduh” balas kawannya. Zack Aariz bingkas bangun dan menuju kearah dua lelaki itu.
“Maafkan saya, tadi saya ada terdengar perbualan encik berdua, encik ada nampak ke seorang perempuan yang rambutnya panjang, pakai hoodie hitam tiada logo dan seluar jeans warna kelabu?” Tanya Zack Aariz kepada mereka.
“Aaaa… ada encik, dia tadi dengan beberapa orang lelaki naik sebiji kereta Estima hitam. No plate dia tak silap saya VC 6677.” Terang lelaki tersebut.
“Terima kasih ya encik.” Zack Aariz terus bergegas kearah motorsikalnya. Karl memandang dengan kehairanan.
“Asal weh?” Tanya Karl
“Kita gerak. Inn kena angkut. Kau pakai helmet ni, apa apa follow instruction aku, now kita kejar dia orang dulu” kata Zack Aariz sambil menghulurkan topi keledar milik Inarra Noura kepada Karl. Karl mencapai topi keledar tersebut tanpa sepatah kata. Ini jam kalau dia tanya soalan bodohnya, kadar kematiannya di tangan Zack Aariz mungkin akan meningkat hingga ke 400%. Tanpa melengahkan masa, mereka berdua memecut motorsikal untuk mengejar kereta yang dimaksudkan. Tidak lama perjalanan mereka, kelihatan kereta yang dimaksudkan sudah tersadai di tepi jalan dan kelihatan ada seseorang yang menunggu diluar kereta dan menyandar di pembahagi jalan. Mereka berdua menghentikan motorsikal dan menuju kearah sosok tersebut.

“Asal lambat?” Tanya suara gerangan itu.
“kau okey tak? Ada cedera kat mana mana?” Tanya Zack Aariz sambil memusing musing tubuh orang tersebut.
“Okey je, sikit lagi nak kiok” katanya membalas pertanyaan Zack Aariz sambil menunjukkan tanda kepala dikerat.
“Eh jap, ni siapa punya kerja?” Tanya Zack Aariz yang tersedar akan sesuatu.
“Entah, tiba tiba je diaorang pukul sesama sendiri. Tahu tahu dah ke sini.” Balasnya.
“Dah jom blah, aku nak kau explain dari A sampai Z kat aku nanti.” Kata Zack Aariz yang masih tertanya tanya kemungkinan yang berlaku dan dalam masa yang sama matanya meliar mencari kalau kalau ada orang disekitar itu walhal dia sendiri sedia maklum bahawa kawasan itu tak putus putus kenderaan yang lalu lalang. Sosok itu mencapai helmet dari Karl dan berjalan menuju ke arah motorsikal seperti tiada apa apa yang berlaku. Zack Aariz dan Karl berbalas pandangan dan terpancar wajah kehairanan mereka berdua. Karl mengerutkan dahinya dan sedaya upaya mencerna setiap kata kata yang dikeluarkan oleh sosok itu sebentar tadi. Macam tak logik pulak bergaduh sesama sendiri sedangkan mereka menculik seorang gadis kemetot yang mukanya seperti budak budak lepasan SPM. Karl menggelengkan kepalanya dan menepuk bahu Zack Aariz supaya sama sama bangun dari lamunan. Zack Aariz lantas membesarkan matanya dan membuatkan Karl menunduk sedikit akan keadaan itu,
“Cepatlah, panas ni, nak tunggu berapa lama lagi?” Tanya sosok tersebut dari arah motorsikal Zack Aariz dan Karl. Lantas mereka berdua menuju kearah motorsikal dan berlalu meninggalkan kereta tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience