Inarra Noura mengecilkan matanya meneliti laporan yang berada ditangannya. Dia membaca berulang kali setiap butiran laporan itu. Kemudian segaris senyuman meniti dibibirnya setelah memahami setiap isi kandungannya. Tangannya mencapai cawan kopi dan menyisipnya perlahan. Dia meletakkan laporan dan cawannya dimeja semula dan mengambil telefon untuk menghantar pesanan ringkas melalui Telegram, cekap betul orang suruhannya mendapatkan butir kewangan syarikat milik arwah bapanya. Dalam sekelip mata laoran itu berada didalam tangannya. Sedang dia asyik melihat skrin telefon, pintunya diketuk perlahan dari luar. Tanpa disuruh, pintu dikuak dan terjengul muka Fahmy Ahmad di daun pintunya sambil tersenyum nipis. Inarra Noura hanya memandang sekilas kemudian dia meletakkan telefonnya di tepi dan dia menyilangkan jarinya diatas meja menunggu Fahmy Ahmad duduk dihadapannya.
“Apa plan kau lepas ni ?” Soal Fahmy Ahmad tidak semena mena.
“Kita tunggu dan lihat. Aku teringin nak tengok permainan dia selanjutnya. Kalau aku dah bosan nanti, kau hantarlah dia ke neraka. Boleh ?” Soal Inarra sambil menaikkan keningnya sedikit. ‘Comel!’ Getus hati Fahmy Ahmad. Kemudian dia menggelengkan kepalanya.
“Asal? Tak sanggup dah ke nak buat?” Tanya Inarra selepas melihat gelengan Fahmy.
“Tak payah kotorkan tangan kau, biar aku settlekan kalau dah sampai masanya.” Balas Fahmy Ahmad. Bukan boleh kira perempuan didepannya ini. Selagi hatinya belum puas, dia akan cari jalan sehingga dapat.
“Sebelum aku terlupa, budak budak yang kau mintak tu aku dah letakkan kat tempat yang sepatutnya, kalau nak keluar kemana mana, make sure Ikeram ikut kau. Aku tak nak benda tu berulang lagi. Jangan nak pandai pandai drive or keluar sendiri.” Pesan Fahmy. Inarra hanya memandang kosong kearah Fahmy. Siapa sangka perempuan yang luarnya nampak naif dan polos itu sebenarnya ketua kumpulan kongsi gelap iaitu Scar Eye yang agak terkenal dikalangan kongsi gelap yang lain. Tiada siapa yang mengetahui hal tersebut melainkan arwah ayahnya. Inarra terjebak kedalam kumpulan itu pun kerana amanat arwah ayahnya untuk meneruskan perniagaan haramnya iaitu menjual senjata api di pasaran gelap. Disebabkan arwah ayahnya sedar akan ketamakan Irfan Nathan, jadi dia memberikan amanat tersebut kepada Inarra untuk menguruskan dan dalam masa yang sama dia juga mengaburi mata orang luar dengan syarikat yang dia hadiahkan kepada Inarra. Dalam masa yang sama juga Inarra bukanlah seorang yang begitu polos dan pendiam, sikapnya yang suka buat buat bodoh dimata orang itu adakalanya lebih kejam dari syaitan. Walaupun Inarra begitu, tetapi sikap belas kasihan masih ada dalam dirinya, dia mudah memaafkan orang lain, cuma jangan hidupkan syaitan dalam diri Inarra kerana ‘dia’ akan susah tidur jika merasuk kedalam diri Inarra.
“Kau tenung apa? Ada apa apa kat muka aku ke sampai nak tembus kau tenung” Tanya Inarra yang sedar akan pandangan Fahmy. Fahmy hanya menggeleng perlahan.
“Aku chau dulu. Nak pegi tengok budak budak training kat base kita. Nak ikut ke?” Tanya Fahmy untuk mengelakkan keadaan canggung.
“Aku takde mood nak keluar harini, tapi tolong make sure semua budak tu dah expert. Kesian pulak aku tengok semuanya macam tak cukup nyawa. Mana lah kau kutip budak budak lembik centu. Aku rasa ada baiknya kau tanam jelah diaorang kat tengah hutan tu.”gumam Inarra tetapi didengari oleh Fahmy. Fahmy hanya tersenyum mendengarkan kata kata Inarra.
Nissan GT-R50 Zack Aariz memasuki satu kawasan terpencil dihujung bandar, kiri dan kanannya penuh dengan hutan tebal. Tidak lama kemudian, dia sampai di hadapan pintu pagar yang besar yang dikawal oleh dua orang pengawal yang memakai sut hitam yang lengkap dengan tali leher didada. Pintu pagar segera dibuka dan dua pengawal itu menunduk kearah kereta Zack Aariz tanda hormat. Zack Aariz memandu sehingga ke hadapan pintu rumah agam tersebut. Kemudian dia mematikan enjin kenderaannya dan melangkah keluar dari kereta. Pintu rumah agam tersebut telah terbuka dari awal dan dikiri dan kanan pintu tersebut terdapat pengawal yang lain menjaganya. Dengan lagak yang sama, mereka menunduk apabila Zack Aariz jalan melepasi mereka. Zack Aariz menuju ke atas rumah tersebut dan membuka salah satu pintu yang berada di rumah itu dan secara automatik lampu dan penghawa dingin dibilik itu terpasang. Dia meletakkan barang barang diatas meja kerjanya yang besar dan berwarna coklat itu. Dekorasi bilik tersebut seakan akan pejabat di rumah putih Washington DC membuatkan dia kerap menghabiskan masa cutinya disitu. Dia menghidupkan speakernya dan memilih lagu untuk halwa telinganya, seluruh biliknya itu dipenuhi dengan alunan lagu dari Rodrigo Amarante, Tuyo. Kemudian dia menyalakan sebatang rokok dan menyelitkannya di tepi bibirnya dan dalam masa yang sama kakinya melangkah ke arah almari yang menyimpan pelbagai minuman keras. Dia mengambil satu botol wisky dan menuangkan kedalam cawan yang memang sedia ada disitu. Sebelum dia melabuhkan punggungnya di kerusi empuk buatan itali itu, dia mengeluarkan satu telefon bimbit dari laci di sebelah kanannya. Dia sengaja berbuat demikian kerana ingin mengelakkan pihak atasan menghidu akan kerja haramnya yang satu itu. Cosa Nochè yang diketuai oleh Zack Aariz juga bukanlah calang calang. Mereka terkenal dengan pain demands to be felt. Semua orang yang tumpas dalam tangan mereka selalunya tidak akan dapat melihat langit lagi. Terutama sekali Zack Aariz yang suka menyiksa mangsanya secara perlahan lahan. Kegiatan Zack Aariz selalunya tidak meninggalkan kesan dan jejak langsung. Dengan jawatannya didalam jabatan jenayah lagi mudah untuk mengaburi mata mata orang dan mendapatkan maklumat terperinci, kira makin clean lah kerja dia senang cerita. Zack Aariz memandang kearah skrin komputer ribanya yang terpampang gambar seorang perempuan. Dia mengecilkan matanya dan tersenyum senget. Dia meneliti setiap sudut gambar yang dia dapat dari orang bawahannya. Kemudian dia dikejutkan dengan derapan kaki yang masuk kebiliknya itu.
“Hallo mein freund’(hello my man)” sapa lelaki itu.
“Wo ist ihre Begrübung?(salam kau mana?)” balas Zack Aariz menyampah.
“Nochmals der Islam für Sie? (islam lagi ke kau?)”balas lelaki itu sambil menunjukan tangan Zack Aariz yang memegang gelas minumannya. Zack Aariz menjulingkan matanya keatas.
“What the fuck you want Karl. I’m enjoying my moment now!”balas Zack Aariz seoktaf nadanya. Karl hanya ketawa kerana berjaya membuat Zack Aariz marah akan dirinya.
“Saja aku kacau kau, khusuk betul kau tengok skrin laptop kau, tengok blue ke?” Soal Karl tanpa berlapik.
“Dari aku tengok blue, ada baiknya aku ajak mana mana perempuan main dengan aku. Waste my time.” Balas Zack Aariz sambil meneguk minumannya. Karl berlalu ke arah cawan yang tersusun dan mencapainya satu, kemudian dia kembali duduk di hadapan Zack Aariz.
“Any report for this month my friend?” Soal Zack Aariz senada.
“Market barang kita kurang bulan ni, tak banyak yang order. Katanya ada satu geng yang jual model yang sama, harga lagi murah. Ramai dealer kita lari ke mereka” balas Karl serius. Wajah Zack Aariz berubah lebih serius dari sebelumnya.
“Ada info musibat mana yang sailang business kita?”soal Zack Aariz.
“Aku still cari lagi maklumat pasal benda ni, kau cuba bayangkan, peluru rifail dia jual 50% lagi murah dari kita, sial betul” luah Karl. Zack Aariz menyelak rambutnya ke belakang dengan kasar.
“Do what ever fuck you can, aku nak tahu siapa musibat tu.” Kata Zack Aariz tegas.
“As you wish my lord” balas Karl kepada Zack Aariz.
Share this novel