CHAP 18

Short Story Series 9732

Zack Aariz kembali ke rumah agamnya, dia memakirkan motorsikalnya di tempat yang disediakan khas buatnya ketika berada disitu. Dia meninggalkan semua barangannya diatas motorsikal dan memanggil salah seorang pengawalnya dan menyerahkan kunci motorsikalnya, pengawalnya menundukkan badannya tanda hormat kemudian bangun semula selepas ditepuk perlahan oleh Zack Aariz, semua oranag bawahannya menunjukkan tanda hormat mereka kepada The Lord dengan gaya sebegitu., kelihatan ada seorang lelaki sedang menunggu rumah agamnya dengan berpeluk tubuh didaun pintu. Zack Aariz tersenyum nipis melihatkan gerangan orang tersebut.
“Dah lama sampai? Kenapa tak masuk?” Kata Zack Aariz.
“Tunggu kau la lama sangat, ingatkan dah nak mula ‘game’, sebab tu aku datang awal and tunggu kau kat sini” balas lelaki itu.
“Sorry lah, aku ada hal sikit tadi, ambil angin malam dengan awek” terang Zack Aariz sambil berjalan menuju kebiliknya dalam keadaan yang agak ceria. Lelaki itu mengikutinya sambil mengerutkan dahi kehairanan dengan gelagat kawannya itu.
‘Sejak bila dia ada awek pulak ni’ detik hati lelaki itu.
“Tak payah buat muka pelik kau, kau sendiri kenal siapa orangnya” kata Zack Aariz kepada lelaki itu dalam keadaan menoleh sambil berjalan. Makin bertambah berkerut dahi lelaki itu tidak dapat menangkap maksud Zack Aariz.
“Siapa? Tash ke?” Duganya. Zack Aariz menggelengkan kepalanya sambil mengoyangkan tangannya menandakan bukan orangnya.
“Siapa je lagi yang aku kenal selain Tash, eh yang aneh aneh je kau ni, malas laa aku fikir.” katanya perlahan. Zack Aariz menghentikan langkahnya dan berpusing menghadap lelaki itu.
“Aku bagi kau klu laa ea abang, kesian kau terfikir fikir” kata Zack Aariz. Dan masih, lelaki itu masih blur dengan kata kata Zack Aariz. Zack Aariz memandang kearahnya.
“Haih, dah tua tua pon bodoh. Hairan aku kenapa Jabatan Jenayah terima kau masuk jabatan dia orang” kata Zack Aariz sambil meraup mukanya dengan sebelah tangan. Lelaki dihadapnya hanya tercenggang dengan kata kata Zack Aariz.
“Takpelah, abaikan jelah apa yang aku cakap tadi, mana Karl? Aku tak nampak pun batang hidung dia?” Tanya Zack Aariz mengalihkan topik.
“Dia kata ada hal tadi, ah korang masing masing ada hal, lain kali bagilah tahu awal awal tak adalah aku menunggu kat sini”kata lelaki itu apabila menyedari hal berkenaan. Zack Aariz melepaskan tawanya sambil memandang kepada lelaki itu.
“Sensitif betul la kau ni Cad, dah kebetulan, nak buat macam mana, dah jom” kata Zack Aariz sambil memeluk bahu kawannya itu dan mengajak dia masuk ke sebuah bilik khas. Bilik itu dibuat dengan kelebihannya yang kedap bunyi dan kedudukkannya agak jauh dari pintu utama rumah agam itu. Selalunya bilik itu digunakan oleh Zack Aariz untuk menyiksa ‘mangsa mangsa’ . Penglibatan Irshad Noah dalam hal tersebut untuk menyemak jika ‘mangsa mangsa’ mereka ada rekod jenayah yang berat ataupun sebaliknya. Dan dia sentiasa diperlukan jika ada orang yang menjadi ‘mangsa’ Zack Aariz. Irshad Noah duduk ditempat yang ditetapkan untuknya iaitu disebalik cermin kaca seakan akan bilik soal siasat pihak polis. Selalunya dari situlah dia akan menyaksikan semua penyiksaan Zack Aariz dan memastikan Zack Aariz tidak melampui batas yang sepatutnya. Kerana tugas selebihnya akan diambil alih oleh Karl untuk menghapuskan sebarang jejak jika terjadinya perkara yang menyebabkan hilang nyawa. Zack Aariz mengenakan sarung tangan yang disediakan khas buatnya dibilik itu, kemudian dia mengenakan mask separuh muka tengkorak untuk menutup mulut dan hidungnya. Biasalah kena jaga identiti untuk kerja sebegitu.
“Let’s me explain, modal game malam ni sorang tu dia cuba sentuh adik kau masa kat bar tadi, aku tolong settlekan sebab aku tak suka orang sentuh ‘barang’ kepunyaan aku. That’s first, second modal, dia balaci Buenos Costa, kantoi sebab cuba curi peluru Beretta 87 dekat gudang. Copy that my man?” Terang Zack Aariz, Irshad Noah mengerutkan dahinya.
“Arra pergi bar?” Tanya Irshad Noah meminta kepastian.
“Kau jangan nak soal adik kau, nampak sangat aku tak boleh simpan rahsia pulak nanti. Susahlah nak masuk line, adik kau dahlah sombong” kata Zack Aariz senada. Irshad Noah hairan.
“Jap jap, aku baru dapat pickup ni, kau nak try adik aku ke mat?” Soal Irshad Noah. Zack Aariz tersenyum menyingai mengiakan kata Irshad Noah dan menganggukkan kepalanya.
“Wow wow wow, cerita apa ni?” Kedengaran suara Karl menyampuk dari belakang, entah mana mana entah mamat itu muncul dengan tangannya menjijit air minuman bungkus dari kedai tomyam yang dia singgah sebelum kembali ke rumah agam itu.
“Kita borak nanti, settle game dulu boleh?” Kata Zack Aariz kepada mereka berdua.
“Ala dah nak start ke? Aku baru sampai lah, lutut pon tak habis goyang lagi” adu Karl.
“Kau pergi ‘bayar bil’ ke sial?” Soal Irshad Noah. Karl tergelak mendengarkan kata kata Irshad Noah.
“Dah tu? Kau je boleh?” Balas Karl. Zack Aariz mula membuat muka ketatnya.
“Lama lagi ke wahai kawanku yang musibat?” Soal Zack Aariz. Karl bingkas berjalan menuju ke pintu yang menghubungkan ke bilik sebelahnya.
“Sorry my lord, let’s go sir, over here” kata Karl dan diikuti oleh Zack Aariz. Irshad Noah hanya membatukan dirinya di kerusi yang didudukinya dan memerhatikan kengerian dihadapan matanya sambil menghirup air sirap aisnya yang dibawa oleh Karl.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience