CHAP 8

Short Story Series 9732

Zack Aariz menerima tugasan dari pihak atasannya dimana dia perlu menangkap sekumpulan ahli kongsi gelap yang betapa di kawasan Taman Wetland Shah Alam. Terdapat satu rumah kecil di kawasan hutan itu yang pada dasarnya tidak boleh dilihat oleh sesiapa dan hanya orang tertentu yang boleh masuk ke situ. Dia dan rakan sepejuangannya telah melakukan persiapan untuk menangkap penjenayah yg dikehendaki oleh pihak polis dengan maklumat yang diberikan dari bahagian JSJ.

“Tuan dah sedia ka ?” Tanya Lans Koperal Azmin

“Ready tak ready . Kena ready jugaklah . Apa pon kalau settle ini kes . Kita celebrate kat kondo aku . Aku plan nak buat steamboat utk team kita” ujar Zack Aariz

“Cantik la tuan . Saya pun dah lama tak pekena air tangan tuan. Untung sapa yang kahwin dgn tuan. Goyang kaki.” Ujar Lans Koperal Azmin sambil tersengih

“Banyak cantik . Dari dia goyang kaki . Baik dia goyang atas aku”bidas Zack Aariz bergurau kasar

Selesai mereka membuat persiapan . Kumpulan yang diketuai oleh Zack Aariz bergerak menuju ke lokasi yang dipercayai telah melakukan kegiatan pembungkusan dadah secara tertutup ditempat sesunyi itu untuk mengaburi mata pihak polis. Sebelum memulakan serbuan mereka memulakan dgn pembacaan doa sebelum memulakan tugasan yang diberikan oleh orang atasan mereka . Setelah itu, kumpulan yang terdiri dari 6 orang anggota polis itu berpecah kepada 3 bahagian dimana Zack Aariz bersama dgn Koperal Shah, Lans Koperal Azmin dan Sarjan Idham serta Lans Koperal Aqmal dan Koperal Ikhwan . Mereka melakukan pengintipan secara bersembunyi dan menyusup ke setiap pokok yang ada disitu

Pandangan Zack Aariz tertancap pada satu susuk tubuh genit yang dibawa masuk ke dalam tempat yang menempatkan aktiviti pembungkusan dadah itu dengan tajam . Tiba tiba walkie talkie yang disambungkan ditelinga Zack Aariz berbunyi yang memaklumkan bahawa terdapat satu tebusan dibawah kawalan kumpulan itu

“Penting sangat ke orang tu sampai jadi tebusan?” Detik hati Zack Aariz . Tiba tiba terdapat panggilan masuk ke telefon Zack Aariz. Dia mengabaikan kerana berada didalam tugasan. Tidak lama kemudian Koperal Shah menyerahkan telefon bimbit miliknya kepada Zack Aariz

“Ya tuan. Kami masih lagi memerhati gerak geri mereka tuan.”

“Saya arahkan operasi menangkap semua suspek kepada misi menyelamatkan tebusan.”

“Baik tuan. Berita terima”

Zack Aariz menyerahkan semula telefon kepada Koperal Shah dan meminta Koperal Shah menyampaikan maklumat tersebut kepada semua ahli pasukannya . Kemudian mereka menyusup masuk dan menyerbu semua ahli kongsi gelap dan berlakunya tembak menembak . Seorang dari kalangan mereka melarikan diri bersama tebusan dan Zack Aariz bertindak untuk mengejarnya . Akhirnya mereka terhenti di jalan mati . Suspek itu menghalakan pistolnya dikepala tebusan . Zack Aariz menyuluh muka tebusan itu dan menarik nafas panjang .

“Kau letak senjata kau. Kalau tak aku bunuh dia” kata suspek

“Berani betul kau suruh polis letak senjata. Patutnya aku yg ckp mcm tu kat kau” kata Zack Aariz

Beberapa saat kemudian Koperal Shah berada di belakang Zack sambil mengacukan pistol ke arah suspek . Zack Aariz yg menyedari kehadiran Koperal Shah mula mengaturkan taktik

“Oi cik kak . Kau percaya aku tak ?” Tanya Zack Aariz tiba tiba . Suspek itu kelihatan terpinga pinga. Perempuan itu memandang ke arah Zack Aariz tanpa berkelip.

“Aku lelaki la. Sejak bila pulak aku jadi perempuan” kata suspek

“Bukan kau laa bebal. Buat apa aku tanya kau.” Bidas Zack Aariz.

Perempuan itu hanya mengganguk kecil sambil memejamkan matanya.

“Kalau aku letak senjata. Kau lepaskan dia ke?” Tanya Zack Aariz

“Kau rasa?” Jawab suspek itu.

“Em okeylah . Kita cuba” kata Zack Aariz

Zack Aariz perlahan lahan melutut untuk meletakkan senjatanya . Dengan kiraan dan kemahiran Zack Aariz yg ada dia melepaskan tembakkan kearah kaki suspek dgn pertolongan sedikit cahaya lampu suluh Koperal Shah . Meraung suspek tersebut dan tebusan itu terlepas ke tepi . Koperal Shah melepaskan satu lagi tembakan mengenai lengan suspek untuk mengelakkan dia lari . Perempuan yg menjadi tebusan terjelepok diatas tanah selepas menyaksikan adegan sebegitu . Seingatnya ini adalah kali pertama yg terjadi dlm hidup dia .

“Kau okey tak?” Tanya Zack Aariz

Perempuan itu hanya mengangguk . Zack Aariz membelek kakinya dan mendapati ada segaris luka yg terkena dikakinya semasa menembak malaun itu.

“Kau boleh jalan tak ? Ke nak aku papah kau?” Soal Zack Aariz

Perempuan itu tidak menjawab. Masih terkejut dgn kejadian yg berlaku dlm hidupnya . Jika pihak polis lambat tadi . Tak tahu laa apa nasib yg dialaminya tadi . Akhirnya Zack Aariz menarik lengan perempuan itu dan menyuruh dia berdiri dan memegangnya untuk berjalan . Di tempat kejadian bersusun kereta pasukan polis dan jugak ambulance . Zack Aariz menyuruh perempuan itu masuk ke kereta pasukan dan menutup pintu . Entah dari mana muncul ASP Faizal dari belakang

“Tahniah tuan. Tak sangka misi malam ni berjaya” kata ASP Faizal.

“Biasa je tuan” balas Zack Aariz pendek

“Sy tahu . Kalau tuan turun padang . Jaranglah tak berjaya. Sbb tu sy boleh harapkan tuan kalau dalam tugas khas mcm ni”kata ASP Faizal

“Terima kasih tuan atas pujian tuan tu . Rasa lain macam laa pulak” kata Zack Aariz.

“Ucapan terima kasih biasa je tuan . So lepas misi apa plan tuan?” Tanya ASP Faizal

“Mcm biasa la tuan . Makan makan . Kenapa tuan tanya ? Nak join ke?” Balas Zack Aariz berbahasa. Zack Aariz terperasan dibelakang ASP Faizal ahli pasukannya yang lain menunjukkan isyarat potong kepala. Zack Aariz hanya mengangkat keningnya sedikit tanda memahami anak buahnya.

“Em kalau sy nak mintak tolong tuan malam ni boleh ?” Tanya ASP Faizal sambil menyingai

“Ala tuan . Mesti malam ni ke tuan ? Sy dah janji dgn team sy ni” kata Zack Aariz tak puas hati

“Kalau tuan tolong sy malam ni . Sy janji takde SJR seminggu . Mcm mana ?” ASP Faizal pasang jerat.

“Seminggu ea ? Dua minggu laa tuan alang alang” kata Zack Aariz, dah mcm tawar menawar barang pulak gaya mereka

“Okay on . Dua minggu takyah join SJR. Kira deal laa ea tolong sy?” Kata ASP Faizal

“Boleh laa tuan . Yg penting boleh ride dua minggu. Kira sy malam ni makan meggi kat office laa ya . Apa laa nasib” kata Zack Aariz dgn muka kesian

“Eh bukan ganti duty sy . Sy nak mintak tuan jagakan tebusan kita sblm soal siasat besok . Sy risau kalau kita biarkan dia nnti dia hilang . Jadi sy nak mintak tlg awk jagakan malam ni” terang ASP Faizal

“Mak ai. Dah takkan nak bawak balik ke kondo sy tuan” tanya Zack Aariz

“Ada hotel di kawasan berdekatan dgn IPK . Stay situ utk malam ni . Lepas soal siasat esok awk sambung laa aktiviti terbengkalai awak tu” kata ASP Faizal sambil menepuk bahu Zack Aariz dan meninggalkan Zack Aariz termanggu seketika. Zack Aariz hanya menoleh ke arah kereta yg menempatkan tebusan itu . Semak kepalanya tetiba datang . ‘Apebende laa merepek semua ni’ detik Zack Aariz dlm hati . Zack Aariz menyeluk poket seluarnya dan mengirim pesanan didlm Whatapps Groupnya memberitahu aktiviti malam ini ditunda pd hari lain. Kemudian dia memberitahu kepada Koperal Shah utk menghantarnya ke lokasi yg diberitahu ASP Faizal .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience