Ruangan makan pada malam itu dipenuhi dengan perbualan dari satu topik ke satu topik. Hanya Inarra Noura yang diam meneruskan makannya tanpa mempedulikan keadaan yang bising disekelilingnya itu. Zack Aariz dalam masa yang sama menjeling kearah Inarra Noura disebelahnya dan berharap agar Inarra Noura juga menyelit untuk berbual malangnya keputusan Inarra Noura masih lagi sama. ‘Keras kepala juga budak ni. Kau sabar jap eh.’ detik hati Zack Aariz sambil menyunging senyum dalam diam.
“Eh Zack tambah la lagi nasi tu, jangan malu malu” pelawa Puan Irdina.
“Jangan risau aunty, saya kan tak tahu malu, mesti aunty lupa ni.” Kata Zack Aariz sambil mencapai mangkuk nasi tambah di hadapannya. Puan Irdina hanya ketawa.
“Aunty tahu, sebab itu aunty suruh tambah lagi” balas Puan Irdina.
“Ehem maafkan saya, aunty dari tadi tanya Zack je, saya aunty tak tanya pun, tapi kalau aunty tak tanya saya tetap tambah, takpe kan aunty?” Soal Karl cuba mempamerkan lawaknya yang tak berapa nak kelakar.
“Ehh mestilah, tambah tambah, banyak aunty masak ni, jangan malu malu kalau kat dalam rumah ni, sebab kalau malu nanti lapar” balas Puan Irdina yang mula biasa dengan Zack Aariz dan Karl.
“Memandangkan saya tak berapa nak tahu malu tu macam mana, dah kebetulan pula saya ada dirumah keluarga Icad dan semuanya ada kat sini, saya nak mintak izin sebenarnya, takpe ke kalau saya tanya” kata Zack Aariz memulakan mukadimahnya. Semua mata tertumpu kerarah Zack Aariz menunggu kata kata dari mulut lelaki itu.
“Apa dia Tuan? Lain macam betul bunyinya.” Tanya Irsyad Noah sambil menyuap makanannya kedalam mulut.
“Saya sebenarnya nak mintak izin adik Icad jadi pasangan saya untuk pergi ke satu majlis perkahwinan kawan lama saya, jadi memandangkan saya ni masih single dan tak laku, saja cuba nasib” balas Zack Aariz selamba sambil menjeling kearah Inarra Noura untuk melihat reaksinya. Karl yang sedang enak menjamah makannya tersembur mendengarkan ayat yang dilontarkan oleh Zack Aariz itu manakala Irsyad Noah membuntangkan matanya memandang kearah Zack Aariz memandakan dia tidak percaya dengan apa yang didengarnya. Inarra Noura tidak semena mena meletakkan sudu dan garfunya diatas pinggan dengan kasar, nasinya masih bersisa didalam pinggan dan dia sudah pun berdiri dan menghadap Zack Aariz.
“What are you trying to do Mr Zack?” Soal Inarra Noura dingin dan memandang tepat kearah Zack Aariz. Zack Aariz meletakkan sudu dan garfunya dan memandang kearah Inarra Noura semula
“I’m just trying to be polite. Kan manis kalau mintak izin dulu dengan family awak dari bawak keluar anak dara orang senyap senyap. Tak gitu?” Soalnya semula.
“My answer is no. Fullstop” balas Inarra Noura senada. Semua mata masih lagi tidak beralih dari Zack Aariz.
“Saya tak tanya awak, saya tanya family awak. So jawapan awak tak valid untuk saya” balas Zack Aariz menjengketkan keningnya. Inarra Noura mengetapkan bibirnya dan kemudian dia berlalu meninggalkan ruang makan itu tanpa menoleh kebelakang. Kemudian Zack Aariz menyambung semula menjamah makannya.
“Jadi macam mana? Boleh ke saya bawa Inarra?” Soal Zack Aariz semula mematikan kesunyian di ruang itu. Irsyad Noah menoleh kearah Karl dan mereka berbalas pandangan.
“Bukan macam tu caranya bro, adik aku tu keras kepala, lagi kau paksa dia, lagi teruk dia palau kau. Kau kena slow slow” jawab Irfan Nathan sambil menyeduk lauk dipinggan hadapannya dengan selamba. Puan Irdina menoleh kearah Irfan Nathan dengan pandangan yang tidak menyenangkan kerana sikap Irfan Nathan yang tiada adab itu.
“Sebab saya tahu jawapan dia takkan setuju, jadi saya cuba nasib tanya depan family dia” kata Zack Aariz.
“Aduh tuan, adik saya tu kecik lagi tuan. Tak takut kena sebat ke?” Kata Irsyad Noah.
“Hah? Umur dia berapa?” Tanya Zack Aariz terkejut.
“Baru 26 tuan, biar betul Zack kamu nak bawak Inarra? Nanti apa kata kawan kawan kamu yang lain” Jawab Puan Irdina semula.
“Ish aunty ni. Saya ingatkan 17tahun tadi, buat saspen je.”jawab Zack Aariz. Karl yang berada disebelah Irsyad Noah hanya tersenyum menyingai.
‘’Kamu bincanglah dengan Inarra sendiri, kami tak berani nak memandai buat keputusan untuk dia.”balas Puan Irdina sambil tersenyum. Zack Aariz hanya mengangguk dan mereka menukar topik yang lain untuk menggelakkan keadaan menjadi semakin canggung.
Share this novel