CHAP 13

Short Story Series 9732

Mengeliat kecil wanita itu ketika bangun dari kerusi pejabatnya, sejak pagi dia masuk ke pejabatnya sehingga sekarang dia masih tidak beralih dari tempatnya itu. Lantas dia mencapai telefon bimbitnya dan mencari nama seseorang untuk dihubunginya. Sudah lama dia tidak mendengarkan suara lelaki yang menjadi pujaan dia didalam diam. Dia terus menekan butang memanggil tanpa teragak agak dan melekapkan telefon bimbitnya di telinga.
“Hello bro, suppp my man..” sapa dia lembut setelah panggilannya dijawab.
“Walaikumsalam Tash. Haihh, muka lawa tapi itulah tak reti bagi salam. Dah lama ke jadi syaitan versi wanita bekerjaya ni?” Balas lelaki itu dihujung talian.
“Ish kau punya ayat. Padanlah kan perempuan tak nak melekat dengan kau. Mulut kau puaka mengalahkan Niyang Rapik. Memang layak la muka kau jadi Presiden Persatuan Bujang Terlajak Antarabangsa. Kau punya biadab mengalahkan iblis” bidas wanita yang bernama Natasha itu.
“Kau kalau setakat nak call aku lepastu nak cari pasal aku rasa baik kau cuba lain hari, sekarang aku busy ni so kau nak apa? Baik kau straight to the point je sekarang.” Balas lelaki itu.
“Aku call ni nak ajak kau malam ni, pusing pusing or lepak ke, lepu la mat, plus aku rindulah nak tengok muka kau” soal wanita itu.
“Rindu la sangat kan. Aduh Tash, malam ni aku ada plan la, hari lain or tahun depan ke boleh tak?” Cadang lelaki itu.
“Kepala hotak kau, alah jomlah, kau pun bukannya ada awek pun nak acah acah busy, baik kau dating dengan aku je. Jomlah ea? Aku tunggu kau kat port biasa?” Kata Natasha.
“Kemain degil laa syaitan perempuan ni, kau ajak Karl laa teman kau. Serious aku ada hal weh” balas lelaki itu
“Please Zack, jomlah teman aku, kejap pon jadilah, aku payung kau minyak motor full tank. On eh?”pujuk Natasha lagi tanpa mengalah.
“Pump minyak tu aku boleh beli laa hanat. Serious aku cakap. I can’t. Sorry sis, lain kali mungkin boleh. But today sorry.’’ balas Zack senada.
“Okey lah fine, jangan ajak aku lepas ni kalau kau bosan. Bye!” Kata Natasha kemudian dia mematikan talian. Natasha mengeluh kecil selepas talian dimatikan. Sejujurnya dia rindukan lelaki itu, oleh kerana sikapnya yang dingin jadi dia melupakan hasrat dia untuk berterus terang tentang perasaan dia pada lelaki itu. Pelbagai cara dia lakukan untuk menarik perhatian Zack Aariz sehingga berhabis puluhan ribu untuk mengikut minat lelaki itu tetapi malangnya sedikit pun tidak dipandang. Natasha mati akal dengan layanan yang diberikan kepadanya dari lelaki itu.
‘Maybe dia ‘gay’ kot’ detik hatinya, Natasha terus menggelengkan kepalanya untuk menghalau fikiran yang tidak baik itu. Kemudian dia menyambung semula kerjanya yang tergantung tadi.


Zack Aariz menyimpan semula telefonnya didalam poket seluarnya, kemudian dia mula memeriksa kelosong pelurunya dan memasukkan kedalam pistol yang sedia ada ditangannya. Kelihatan seorang lelaki berjalan kearahnya sambil memegang sesuatu seakan akan ‘heaphone’. Kemudian dia merapati Zack Aariz yang sedang fokus dengan sasaran dihadapan mereka.
“Emotional betul kau, pehal kau?” Tanya lelaki itu
“Tash call ajak aku ride malam ni.” Balas Zack Aariz ringkas.
“Wuu, nak join wehh. Boleh?” Tanya lelaki itu lagi.
“Kalau kau nak, kau pergilah dengan dia, aku ada hal dengan Icad malam ni.” Kata Zack Aariz.
“Karang kalau aku pergi berdua dengan Natasha, dia jatuh hati dengan aku macam mana?” Duga lelaki itu.
“Lantak kaulah, yang penting aku dah jumpa ‘bidadari khayalan’ aku dah.” Balas Zack Aariz tersenyum sinis sambil melaraskan tangannya memegang pistol membidik ke sasarannya dan memicing matanya sebelah.
“Okay yang ni menarik, eh sharelah sikit, dengan aku pun nak kedekut ke?” Kata lelaki itu.
Zack Aariz membuka matanya semula dan memandang kearah lelaki tersebut. Dia menurunkan tangannya.
“Kau ni nak tengok neraka awal ke? Kalau nak tengok aku boleh tolong hantarkan ini jam.” Kata Zack Aariz sambil menghalakan pistolnya ke kepala lelaki itu.
“Eh mana boleh, kata nak lepak sama sama, takkan hantar aku sorang je kot. Takde geng la aku nanti kat neraka.” Balas lelaki itu menganjing semula kata kata Zack Aariz sambil ketawa.
“Kimak laa kau ni Karl, perangai kau macam iblis ea sekarang ni” Maki Zack Aariz.
“Tengok lah siapa bapak iblis tu, kalau bukan kau” balas lelaki bernama Karl. Akhirnya mereka berdua ketawa bersama. Kemudian mereke didatangi oleh seorang lelaki.
“Maaf tuan saya menganggu, ada benda yang tuan patut tengok” kata lelaki tersebut. Zack Aariz mencapai Ipad yang diberikan lelaki itu.
“Yes, thats my angel bro, thats her.” Kata Zack Aariz sambil tersenyum.
“Perghh, macam budak tak cukup umur siot. Kau biar betul Zack?” Kata Karl.
“Diam laa kau, sibuk jelah” kata Zack Aariz sambil melarikan Ipad itu dari padangan Karl. Karl tidak berputus asa dia masih lagi menjengah untuk melihatkan gerangan orangnya. Zack Aariz yang perasankan hal tersebut terus menutup Ipad ditangannya.
“Aku nak, korang follow dia kemana dia pegi, make sure nyamuk pun tak boleh hinggap dekat dia, kalau tak, aku akan pastikan yang korang masuk ke 7 kaki dalam. Faham?” Kata Zack Aariz seoktaf nadanya. Karl disebelahnya hanya tersenyum kambing mendengarkan kata kata Zack Aariz itu.
“Baik tuan!” Balas lelaki tersebut kemudian dia menunduk menunjukkan hormat. Zack Aariz menepuk bahu lelaki itu dan dia berlalu pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience