CHAP 5

Short Story Series 9732

Irfan Nathan menguis perlahan nasi lemaknya, manakala Yulina isterinya hanya menjamu selera tanpa mempedulikan suaminya yang kelihatan tidak berselera itu. Puan Irdina menarik kerusinya perlahan dan mula mengambil pinggan untuk menjamah nasi lemak. Tangan menyeduk nasi kedalam pinggan sambil melirik kearah anak lelakinya.

"Pan, betul ke apa yang kita buat ni ? Ipan tak rasa serba salah ke ?" Tanya Puan Irdina perlahan

"Ini je caranya mummy, kalau tak dia akan berkeras nak pergi sana, lagipun HF Holding ada jawatan kosong, dia je sombong berlagak pandai nak cari pengalaman laa apa laa, ingat Ipan tak tahu ke yang dia nak pergi berfoya-foya disana dengan kawan kawan U dia" balas Irfan Nathan perlahan, risau jika didengari Inarra Noura.

"Tapi macam bahaya je Ipan, mummy risau laa." kata Puan Irdina gusar

"Ala mummy ni, sayang betul dengan Arra, tahu laa Irfan nak buat apa, mummy chill je okey ?" balas Yulina sambil membuat gayanya yang gedik. Puan Irdina memandang Yulina sambil mengerutkan dahinya.

"Ipan dan plan dgn budak budak kat sana, mereka akan tolong Ipan, mummy tak perlu lah risau." balas Irfan Nathan menyedapkan hati ibunya. Dalam masa yang sama dia juga merancang untuk melenyapkan adiknya kerana bimbang Inarra Noura mengetahui hal sebenar, Nazmi Fuad meninggalkan syarikatnya dan menjadikan Inarra Noura sebagai CEO akan tetapi hal itu tidak disenangi oleh Irfan Nathan kerana dia terlalu menginginkan jawatan itu dan pada masa yang sama dia selaku Pemangku jawatan CEO akan berakhir sekiranya Inarra Noura meninggal dunia. Agak tidak munasabah jadi itulah yang sebenarnya berlaku dimana Inarra Noura sendiri tak ambil pusing berkenaan itu.

"Ipan kena ingat, mummy ada sorang je anak perempuan, dan jangan lupa juga yang mummy tahu disebalik semua ni, kalau betul apa yang mummy cakap terjadi, Ipan akan hilang mummy buat selama lamanya"ugut Puan Irdina, tak sanggup rasanya kehilangan anak sendiri, sudahlah suaminya meninggalkan dia, inikan anaknya pulak, mintak dijauhkan.

Irfan Nathan menanyangkan mukanya yang bersahaja, ugutan ibunya sedikit pun tidak mematahkan semangatnya untuk membuat seperti yang dirancangkannya selama ini, Irfan Nathan seorang yang mementingkan posisi untuk menunjukkan bahawa dia berkuasa. Berbeza dengan abangnya Irsyad Noah yang memilih kerjayanya sebagai polis, dan itu juga menguatkan lagi Irfan Nathan yang dia tidak akan tertangkap dalam hal sebegini. Dia tidak membenci Inarra Noura, sejak kematian bapanya, Inarra Noura berubah sepenuhnya dan mula menunjukkan perangainya yang suka memberontak. Bermacam-macam cara yang dia dan ibunya telah lakukan akan tetapi tidak diambil pusing oleh Inarra Noura. Semasa pembacaan wasiat bapanya juga Inarra Noura tidak menghadirkan diri dihadapan peguam kerana menghadapi peperiksaan semester terakhir dan mewakilkan mereka untuk mendengarkan. Tetapi mereka juga tidak memberitahu hal yang sebenar kepada Inarra Noura kerana menganggap dia masih mentah untuk menguruskan syarikat itu. Dan dia mengambil kesempatan yang ada untuk menguruskan syarikat seperti yang dikehendakinya.

Inarra Noura menuruni tangga dengan mukanya yang agak ceria. Dia meletakkan beg pakaiannya ditepi tangga dan menuju ke meja makan. Sambil memandang muka abangnya dia menarik kerusi bersebelahan kakak iparnya.

"Macam serius je perbincangan mummy dgn Ipan, Arra makan kat depan tv jelah" Katanya sambil mengambil sekeping roti dan menuangkan jus kedalam cawan yang disediakan.

"Kau duduk jelah situ makan, tahu la dah tak sabar nak keluar dari rumah ni, tapi janganlah menunjuk sangat" Balas Irfan Nathan.

"Aku takde mood nak gaduh dengan kau, so korang continue balik apa yang korang borak okey?"Balas Inarra Noura pendek dan hendak bangun dari kerusinya. Seperti biasa, mereka memang tidak pernah rapat semenjak kematian Nazmi Fuad.

"Depan rezeki pun korang nak bergaduh ke ?" Kata Puan Irdina seoktaf nadanya.

Kelihatan Irfan Nathan menyambung semula menyuap nasi lemaknya, Inarra Noura hanya duduk kembali dan menyambung mengunyah rotinya perlahan lahan sambil menjeling ke arah abangnya. Puan Irdina hanya menggelengkan kepalanya melihat perangai kedua dua anaknya. Tidak lama itu kedengaran suara orang memberi salam dan menutup pintu utama rumah mereka. Kelihatan Irsyad Noah dan isterinya disebelah.

"Baru nak makan ke? ingatkan dah siap"Kata Irsyad Noah sambil menyalami ibunya. Isterinya dibelakang juga menuruti suaminya menyalami ibu mertuanya.

"Baby dah siap. Jomlah gerak." Balas Inarra Noura.

"Kalau ya pon bagilah abang kau makan dulu Arra oi, tahu nak cepat je kan" kata Puan Irdina kepada Inarra Noura.

Inarra Noura hanya menyingai memandang kearah ibunya, dia segera menyalami abang dan kakak iparnya. Inarra Noura lebih manja dengan abangnya yang sulung berbanding dgn Irfan Nathan, dia sebenarnya sudah mengetahui semuanya sejak wasiat arwah ayahnya dibaca tetapi dia memilih untuk mengikut kehendaknya sendiri berbanding apa yang disiapkan oleh arwah ayahnya. Bagi Inarra Noura, dia akan bekerja di NF Holdings jika ayahnya masih ada. Akan tetapi ajal terlebih dahulu menyambut ayahnya. Dan tambahan pula sikap abangnya yang mahukan jawatan CEO itu membuatkan Inarra Noura makin meluat untuk melaksanakan wasiat ayahnya. Baginya dia lebih rela beralah dari kehilangan ahli keluarga dan memulakan kerjayanya sendiri.

"Takpelah mummy, Icad dgn Qis tak boleh lama ni, sbb Icad ada tugas luar harini sbb tu boleh amik baby, Qis pulak off jadi boleh ikut. Nanti kalau lama-lama takut lambat pulak send report kat pegawai atasan"Kata Irsyad Noah menolak lembut. Qistina Haila hanya mengangguk dibelakang.

"Alah bang, kau pun bukannya selalu balik, breakfast laa dulu dgn mummy, aku dah naik bosan dengar mummy cakap rindu kau saja" Kata Irfan Nathan menambah.

"Aku tak balik sebab tugas, kau dah dekat jadi tengoklah mummy, kau pon cakap orang sama je dengan kau. Ni baby dah duduk dengan aku, kau pindah laa duduk dengan mummy balik" Balas Irsyad Noah tegas. Irfan Nathan tersentak mendengarkan hal itu. Kelihatan Yulina mula berubah air mukanya. Itu tandanya suatu arahan buat Irfan Nathan. Walaupun mereka sering bergaduh akan tetapi setiap kata-kata yang diucapkan oleh abangnya membuatkan dia berfikir sejenak.

"Dahlah mummy, Icad dgn Qis gerak dulu, Baby dah jom gerak, ready nak tinggalkan bilik kesayangan awak tu?" tanya Irsyad Noah. Inarra Noura hanya memandang abangnya dengan muka yang sengaja dia masamkan. Kemudian mereka menuju ke arah kereta Irsyad Noah di luar rumah.

"Jaga diri bebaik kat sana, jangan nakal-nakal, dengar ckp abang Icad dan kakak. Ingat pesan mummy. Call mummy selalu okey."pesan Puan Irdina panjang sambil memegang muka Inarra Noura yang gebu itu. Inarra Noura hanya mengganguk tanpa perasaan. Dia menyalami ibunya serta mencium kedua pipi. Kemudian dia menyalami abangnya.

"Jaga-jaga, orang aku perhatikan kau" bisik Irfan Nathan perlahan kepada Inarra Noura. Inarra Noura hanya memandangnya depan muka selamba.

"Kau ingat aku takut ke?"duga Inarra Noura semula sambil menaikkan sedikit keningnya. Irfan Nathan terkejut dengan reaksi adiknya itu.

"Aku akan pastikan kau balik duduk sini semula. Ingat tu!" balas Irfan Nathan perlahan tapi dalam nada tegas. Kata tak suka tapi nak juga Inarra Noura duduk disitu. betul agenda yang tak baik ni nampaknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience