Pagi itu, Puan Irdina dikejutkan dengan kepulangan Inarra Noura yang mendadak dan dalam masa yang sama Irsyad Noah dan Qistina Haila juga ikut bersama Inarra Noura. Puan Irdina gembira bukan kepalang apabila menerima kejutan itu.
“Ya Allah Arra, rindunya mummy kat Arra” kata Puan Irdina sambil memeluk Inarra Noura dan mencubit perlahan kedua dua pipi Inarra Noura. Inarra Noura hanya ketawa kecil apabila dipelakukan oleh ibunya seperti itu. Dah macam budak kecik saja gayanya.
“Yelah Qis, mummy rindukan baby je, kita kena berlakon jadi tunggul jelah kan harini?” Kata Irsyad Noah sambil menyinggung siku Qistina Haila. Isterinya hanya ketawa apabila suaminya berkata demikian.
“Ada orang jealous lah pulak.” Kata Inarra Noura sambil menyipitkan matanya. Tangannya masih memeluk pinggang ibunya.
“Korang pun mummy rindu jugaklah.”kata Puan Irdina menyambut huluran Qistina Haila dan lalu memeluknya juga. Irsyad Noah hanya tersenyum mendengarkan kata kata Puan Irdina.
“Ada jejak kasih ke harini?” Kedengaran suara Irfan Nathan dari mana entah munculnya. Disisinya kelihatan Yulina yang melemparkan senyuman. Inarra Noura terus menuju kearah kakak iparnya dan munghulurkan salam, dan Yulina menyambut huluran Inarra Noura dan kemudian melagakan pipi dengan Inarra Noura.
“Baru ingat jalan balik ke? Ingatkan dah lupa jalan balik rumah ni. Baru aku nak send location dekat kau.”kata Irfan Nathan senada sambil memandang ke arah Inarra Noura.
“Macam ingat ingat lupa, sebab tu aku ajak abang Icad sekali. Sebab abang Icad takde short term memory lost macam aku.”balas Inarra Noura bersahaja. Irfan Nathan hanya memutarkan bola matanya mendengarkan kata kata Inarra Noura.
“Memandangkan semua ada kat rumah ni, mummy nak masak terus untuk makan tengahari lah. Korang nak makan apa apa tak?” Celah Puan Irdina untuk mengelakkan pertelingkahan antara Inarra Noura dan Irfan Nathan.
“Icad nak sambal belacan dengan timun mummy, kalau mummy boleh masakkan kari kepala ikan style penang lagi padu. Boleh kan mummy?” Soal Irsyad Noah tidak peduli.
“Ish sedapnya dengar, Qis tolong mummy ya.” Kata Qistina Haila kepada Puan Irdina. Puan Irdina hanya mengangguk. Yulina cuba menyorok dibelakang Irfan Nathan.
“Jangan nak menyorok, tolong mummy sekali”kata Inarra Noura yang terperasankan hal itu.
“Kau pun sama. Jangan nak suruh kakak ipar kau je” balas Irfan Nathan.
“Malas, aku nak naik bilik.” Kata Inarra Noura sepatah dan melangkah kakinya menuju ke tangga. Irsyad Noah hanya menggelengkan kepalanya.
“Pan, aku nak cakap sikit dengan kau” kata Irsyad Noah kepada Irfan Nathan dan berlalu keluar balkoni. Irfan Nathan hanya mengikuti abangnya dari belakang….
“Kenapa kau buat semua ni?” Tanya Irsyad Noah kepada Irfan Nathan.
“Aku buat apa?” Soal Irfan Nathan semula
“Kau ingat aku ni tunggul ke sampai kau bertindak sejauh ni Pan? Kau tahu tak besar risiko yang kau kena tanggung kalau benda ni jadi lagi teruk?” Kata Irsyad Noah melebar.
“Aku tak buat salah la”Kata Irfan Nathan.
“Aku tak bodoh lagi Pan, aku dah tahu semuanya. Aku dah tahu kau dalang semua ni. Jangan ingat aku diam, aku tak tahu semua kegiatan kau.” Kata Irsyad Noah
“Apa yang kau tahu bang? Kau sibuk dengan kerjaya kau, tak perlu masuk campur dengan urusan company, kau boleh handle.”balas Irfan Nathan bersahaja.
“Aku tak maksudkan pasal company, aku cerita sekarang ni pasal Arra kena culik tempoh hari dan kau dalang dalam kes penculikkan ni. Semua detail dalam tangan aku dan aku orang yang bertanggungjawab untuk kes tu sekarang. Jadi kau suspek aku sekarang. Kau nak buat apa?” Kata Irsyad Noah tegas. Berubah riak wajah Irfan Nathan seketika.
“Aku tak tahu apa apa. Sumpah aku tak tahu apa apa” kata Irfan Nathan bersungguh.
“Kalau kau tak tahu apa apa, kenapa budak yang kena reman tu petik nama kau?” Serkap Irsyad Noah.
“Aku cuma mintak dia orang gertak Arra, bukan sampai menculik macam ni” jelas Irfan Nathan gugup. Dia cukup kalah dengan abangnya kerana Irsyad Noah yang memegang jawatan dalam Kepolisian ketika ini. Sebarang kesalahan dalam langkahnya bakal mengundang sengsara seumur hidup.
“Jadi memang betul la kau rancang semua ni?” Tekan Irsyad Noah sekali lagi.
“Aku cuma nak gertak dia bang, sumpah. Hanya nak mengertak supaya dia balik duduk disini dengan mummy, aku tak sangka kalau dah melampaui batas sampai jadi macam ni” terang Irfan Nathan yang cuba meyakinkan abangnya.
“Cukup cukup lah Pan, Arra dah tak nak dengan jawatan kat company tu, tak perlu sampai sejauh ni kau kena buat. Jangan buat benda bukan bukan Pan, sebab aku sedikit pun tak teragak agak untuk bunuh kau kalau benda ni jadi lagi parah. Kau ingat benda tu sampai kau mati.” Kata Irsyad Noah seoktaf. Irfan Nathan hanya menunduk mendengar amaran dari abangnya. Niatnya berbuat demikian supaya Inarra Noura tinggal bersama ibunya semula kerana ibunya seringkali mengadu rindukan Inarra Noura.
“Asal kau buat macam ni ek Ipan? Apa salah aku kat kau?”soal Inarra Noura yang muncul dari belakang. Dia ketika hendak berlalu pergi ke dapur tadi dan terpandangkan kedua dua abangnya yang berada diluar balkoni menghadap ke kolam renang rasa terpanggil untuk menyertai mereka dan secara tidak sengaja terdengarkan perbualan abang abangnya. Irfan Nathan dan Irsyad Noah memandang Inarra Noura serentak.
“Kau diamlah. Tak payah masuk campur” balas Irfan Nathan. Inarra Noura mengangkat keningnya.
“Tak payah masuk campur kau cakap? Kau main dengan nyawa aku tau tak. Asal, kau dah tak sabar sangat ke nak aku mati macam arwah daddy?” Soal Inarra Noura bengang. Berubah air muka Irfan Nathan.
“Kau jangan nak kurang ajar dengan aku Arra. Ingat sikit yang aku ni abang kau!”balas Irfan Nathan.
“Pergi mampuslah dengan gelaran abang kau tu. Kalau nyawa aku pun kau buat main. Dasar abang tak guna.”balas Inarra Noura mendatar. Irfan Nathan menghampiri Inarra Noura dan hendak mengangkat tangan untuk menampar Inarra Noura tetapi ditahan oleh Irsyad Noah.
“Kau jangan nak melebih Pan.” Balas Irsyad Noah sambil melemparkan tangan Irfan Nathan ke tepi. Irfan Nathan menjeling abangnya dan mengusap lengannya sedikit. Dan kemudian dia berlalu masuk meninggalkan Irsyad Noah dan Inarra Noura. Irsyad Noah memandang kearah Inarra Noura yang hanya beriak selamba.
“Baby dengar ke apa yang abang dengan Irfan borak?” Tanya Irsyad Noah. Inarra Noura hanya mengangguk perlahan.
“Baby dah tahu semuanya bang, baby bukannya bodoh.” Balas Inarra Noura.
“Tak perlu risau, abang akan pastikan dia tak buat benda bodoh lagi dah. Baby jaga diri baik baik. Abang tak sentiasa ada nak pastikan keselamatan baby kat sana.” Kata Irsyad Noah. Tidak lama kemudian, Puan Irdina memanggil mereka berdua untuk makan.
Share this novel