CHAP 7

Short Story Series 9732

Bab 7

Seperti hari hari sebelumnya, Inarra Noura bangun dari katilnya dan memulakan harinya seperti biasa, setelah dia selesai melakukan rutin paginya dan membuat secawan kopi, kemudian dia akan berkurung didalam pejabat kecilnya untuk menyelesaikan semua dokumen yang diserahkan kepadanya. Dengan alunan musik Mozart di pembesar suara Bluetooth, Inarra kelihatan tekun menyemak kertas kerja yang bersepah diatas mejanya, seketika dia memandang ke arah dinding kosong dibiliknya dan kemudian dia akan menyambung kembali tugasannya. Tiba-tiba skrin telefonnya menyala menandakan ada panggilan dari nombor yang tidak dikenali masuk, dia perlahankan pembesar suara Bluetoothnya dan menjawab panggilan tersebut.

"hello?"

'Aku nak jumpa kau, boleh datang?' Soal si pemanggil

"Busy, next time boleh?" balas Inarra Noura seolah olah mengecam suara si pemanggil

'Urgent, kalau kau masih berminat dengan NF Holdings' talian dimatikan. Inarra termanggu seketika. kemudian dia menghantar pesanan ringkas kepada si pemanggil itu. Belum sempat dia menekan butang send, si pemanggil tersebut telah menghantar pesanan terlebih dahulu.

'jumpa di Starbucks The Mines. 3pm and don't be late' Inarra memandang kearah jam di mejanya, pukul 1.30 tengah hari. dia bangun dan meninggalkan semua kerjanya dan mematikan lampu serta suis yang berkaitan dan bergegas ke bilik persiapannya untuk bersiap. Dengan mengenakan t shirt putih serta jaket jeans lusuh dan dipadankan dengan seluar jeans, dia mencapai sling bagnya yang terletak diantara koleksi begnya, dia keluar dan menutup pintu biliknya dan dalam masa yang sama dia mendail nombor pemandunya.

"Hello bang Ikeram, saya keluar sebentar ya, balik nanti abang tolong ambil saya di The Mines"kata Inarra

"Baik cik, nanti saya tunggu cik di Lobby The Mines, hati hati ya cik" Pesan Abang Ikeram kepada majikannya

"Okay baik, bye"kata Inarra dan menamatkan taliannya.

Grab yang dipesannya menunggu Inarra Noura di hadapan rumah, dia memasang earpodnya untuk mengelakkan perbualan antara dia dan pemandu Grab, nampak sombongkan, perangai betul la si Inarra ni, sambil memandang keluar tingkap Inarra menjadi khayal dan tertidur sehingga ke destinasi dia. Dia merasakan perjalanan yang agak lama jadi dia membuka matanya dan memandang ke skrin telefonnya, Pukul 2.30 sedangkan jarak dari rumah dia ke The Mines tidak sampai 15 minit. Dia membuka earpodnya dan bertanya kepada pemandu tersebut.

"Encik ni nak culik saya ke? sepatutnya saya ke The Mines, kenapa encik ikut jalan lain?" Soal Inarra.

"Bukan Cik order untuk ke Aeon Big Puchong ke? Saya received order untuk hantar passanger ke Aeon Big Puchong"Balas pemandu tersebut. Inarra mengetap giginya kerana dia terlalu geram. Dia menghantar pesanan kepada orang yang ingin bertemu dengannya.

'Grab salah, menghala ke Aeon Big Puchong now. Please drag the time till 4pm' butang send ditekan.

'Not my problem, tak ada pukul 3, sayonnara' .

'Shit!' guman Inarra, dia mendail nombor pemandunya

"Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi, sila cuba sebentar lagi" Inarra menahan geram.

"Abang boleh tukar location ? Saya bayar triple" Inarra cuba berunding

"Maaflah cik, kita dah nak sampai cik. Kalau bagitahu awal tadi saya boleh pusing balik"Balas pemandu tersebut. Inarra menjadi geram tiba tiba dan cuba untuk memikirkan cara lain. Sekali lagi dia cuba berunding dengan pemanggil misteri tersebut.

'I'm begging you please drag our meeting time till 4pm. Please' Inarra menekan butang send

'deal is deal. Sorry' balas si pemanggil misteri. Inarra stuck secara automatik. Dia meraup mukanya beberapa kali dan cuba untuk bertenang dan membuat keputusan dengan keadaan waras. Tidak lama kemudian dia diturunkan di Aeon Big Puchong. Dia cuba menelefon pemandunya tapi gagal dihubungi.

Masa berlalu dengan pantas. Inarra masih lagi menunggu di hentian bas berhadapan dengan Aeon Big tersebut, pada pandangan Inarra terdapat sebiji Wellfire putih memerhatikan pergerakkan Inarra Noura, tetapi Inarra tidak mengedahkan kerana menyangka itu hanyalah mainan perasaannya sahaja. Tiba tiba ada seorang lelaki datang dan duduk disebelahnya.

"Cik okay ke? macam gelisah je?" tanya lelaki tersebut untuk cuba membantu. Inarra tidak mengendahkan soalan lelaki itu dan cuba menelefon pemandunya berulang kali. Lelaki disebelahnya dengan keadaan mencurigakan membuat isyarat kepada kereta Wellfire putih itu. Dengan pantas dia menarik Inarra nak menekup mulutnya dengan kain dan dengan pantas membawa Inarra masuk ke dalam kereta itu. Sah, kena culik laa cerita dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience