Suasana pagi yang nyaman menyapa lembut ke pipi gadis yang masih lagi enak dibuat mimpi. Badannya bergerak ke kiri dan ke kanan untuk mencari keselesaan dan akhirnya mengalah untuk membuka matanyaa sedikit. Diterangi dengan cahaya matahari yg memancar terus ke mukanya dia terpisat pisat mengesat matanya dan akhirnya mengambil keputusan untuk menyandar di kepala katil. Gadis itu mencapai telefon di meja kecil bersebelahan katilnya. Jam di telefonnya menunjukkan pukul 8.30pagi.
"Awalnya. bukan biasa biasa jaraa !" katanya sambil ketawa kecil. Inarra Noura seorang gadis genit yang tingginya 156cm dan beratnya 49.5kg . Wajahnya yang chubby membuatkan sesiapa yang memandangnya akan menoleh dua tiga kali. Sekali pandang ramai akan menyangka bahawa gadis itu masih bersekolah menegah. Walhal usiannya sudah menjangkau 25 tahun tetapi masih lagi duduk bersama keluarga yang bahagia.
"Hoi anak dara. Bangunlahhh. Matahari dah terpacak atas kepala masih nak berselubung ke?" terjah Puan Irdina kepada anak perempuannya.
"Dah bangun laa mummy." kata Inarra Noura sambil matanya masih tidak dialihkan dari telefonnya.
"Haa. Nak teman mummy tak harini pegi butik?" Tanya Puan Irdina memandangkan anaknya masih dirumah dan tidak bekerja.
"Emmm. Mummy ckp laa sebenarnya mummy nak suruh Arra keje kat sana kan? sbb tu mummy ajak Arra pegi butik mummy hari hari?" soal Inarra Noura kepada ibunya. Ibunya hanya membulatkan mata sambil tersenyum.
"Pandai pun anak mummy, ingatkan tak sedar. Sekurang-kurangnya ringan sikit beban mummy, mana nak jaga kakak ipar Arra yang baru lepas bersalin lagi, mana nak tengokkan butik lagi. Sementara Arra nak dapat kerja, nanti mummy carikan orang lain jagakan butik tu. Boleh ya?" Pujuk Puan Irdina
Inarra hanya menggangguk setuju dengan permintaannya mummynya.
'Dari aku bosan dirumah ada baiknya aku tolong mummy, mana tahu ada pakwe hensem disana nanti. Bolehlah buang "title" Anak Dara Tua Sendu'. bisik Inarra Noura sendirian.
Lantas Inarra Noura bangun dan menuju ke bilik mandi. Puan Irdina tersenyum senang melihat pujukannya berhasil membuatkan Inarra untuk mengikutnya. Bukan mudah anaknya itu untuk menurut katanya. Ada sahaja yang hendak dibantah. Abang abang Inarra Noura sendiri geleng kepala dgn perangainya.
Inarra Noura seorang yang keras kepala tapi sifatnya ramai membuatkan orang disekelilingnya menjadi tidak enak dengannya. Tambahan pula dia seorang yang bukan mesra membuatkan ramai orang menjadi tidak selesa berkawan dengannya, cuma yang setia menjadi kawannya hanyalah Iwa atau dikenali sebagai Huwainaa . Selamba jee Inarra Noura
ni tukar nama orang. Tapi itulah Inarra Noura Nazmi yang sebenarnya. Abang abangnya selesa dengan perangai Inarra yang begitu kerana mudah sebenarnya nak jaga Inarra dan mengawal pergerakkan adik mereka yang seorang itu.
Share this novel