CHAP 4

Short Story Series 9737

Inarra Noura mengatakan kepada ibunya yang dia mendapat kerja di ibukota, ibunya agak khuatir dengan keputusan yang dibuat oleh Inarra Noura tetap menyakinkan kepada ibunya yang dia terlalu inginkan pekerjaan itu, akhirnya Puan Irdina merestui keputusan Inarra Noura.

"Arra kena janji tau dengan mummy, setiap minggu Arra kena balik sini"Kata Puan Irdina

"Kenapa Arra je mummy pesan mcm tu? Abg Icad sebulan sekali nak balik sini tidak, tu dak Ipan, lagilah, dekat setahun tak balik mummy boleh je bertenang." kata Inarra Noura sambil mencebikkan mulutnya.

"Tu sebab diaorang lelaki dan dah berkahwin, awak tu anak perempuan tunggal mummy, sementara takde orang nak masuk meminang, masa nilah mummy nak manja manja dengan Arra, nanti dah ada suami, mummy ditinggal tinggalkan" Bebel Puan Irdina panjang lebar

Inarra Noura hanya mencebikkan mulut mendengarkan kata kata ibunya, sedangkan dia tahu, sepanjang masa dia menganggur hanya beberapa kali dia meluangkan masa bersama ibunya, Inarra Noura menjadi seorang gadis yang suka menyendiri setelah ayahnya meninggal dunia dan itu membuatkan Inarra Noura menjadi dingin dengan semua orang yang berada disekelilingnya. Baginya, kehilangan ayahnya yang tercinta membuatkan dia takut kehilangan orang yang disayanginya dan itu menyebabkan dia menjadi keras seperti batu dan gemar menyendiri. Puan Irdina sedia maklum dengan perangai anak perempuannya dan telah mencuba bermacam cara untuk mengembalikan keceriaan anaknya itu. Inarra Noura sangat manja dengan ayahnya berbanding dengan Puan Irdina dan itu agak menyukarkan bagi Inarra Noura untuk melupakan semua kenangan dia bersama arwah ayahnya.

"mummy, nantikan kalau Arra bawak balik calon suami, mummy marah tak?" Tanya Inarra Noura menduga ibunya.

"Ya Allah Arra, ada ke orang yang nakkan anak mummy ni?" sakat Puan Irdina.

"Mummy, Arra tahu Arra tak laku tau, tapi tak mustahil nanti Arra jumpa calon Arra yang 'Tall, Dark & Handsome' tu. Mummy jangan main main tau. Betul betul nanti mula laa mummy nak buat drama petang mummy" gurau Inarra Noura.

"Arra yakin ke nak kahwin? Arra betul ke nak kahwin niiiii??" sambung Puan Irdina membuatkan Inarra Noura ketawa mengekek-ngekek.

Jauh disudut hati Puan Irdina sebenarnya dia sangatlah berat hati untuk melepaskan Inarra Noura pergi, ibarat seperti sesuatu yang akan berlaku kepada anaknya, dia cuba untuk tidak berfikir yang bukan bukan tetapi tetap perasaan yang tidak enak menyinggah di benak dia. Puas dia menepis tetapi tetap berlegar di dalam kepalanya, dia cuba menyedapkan hatinya dengan menyiapkan rekaan terbarunya tetapi masih lagi berperasaan begitu. Inarra Noura perasan ibunya agak pelik kebelakangan ini tetapi dia juga tidak mahu memikirkan hal itu dan menumpukan perhatiannya untuk mengejar impiannya yang dipendam selama ini.

"Mummy, Arra nak bagitahu mummy ni, Arra tahu mummy risaukan Arra, tapi mummy jangan lah fikir yang bukan bukan ya mummy, InsyaAllah Arra boleh jaga diri kat sana, Abang Icad pon ada boleh tengokkan Arra, mummy jangan risau tau" Kata Inarra Noura sambil mengusap lembut tangan ibunya.

"Ya sayang, mummy tahu tu, lagipun mummy baru je merasa duduk berdua dgn Arra, dah lama Arra terpisah dgn mummy, ni tahu tahu Arra dapat kerja kat KL, susah hati mummy tau, baru nak manja manja dengan anak kesayangan, dah dapat kerja tempat lain, sedih tauu mummy" jelas Puan Irdina kepada Inarra, dia berharap agar Inarra membatalkan hasratnya ke Kuala Lumpur

"Dah mummy, tak payah berlakon kot, mcm Arra nak pergi ni tak balik pulak" balas Inarra Noura.

Puan Irdina hanya tersenyum kelat apabila Inarra Noura berkata demikian, apalah nasibnya ada anak perempuan yang degil dan keras kepala seperti Inarra Noura Nazmi Fuad ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience