CHAP 21

Short Story Series 9732

Diawal pagi itu, Fahmy Ahmad menerima pesanan ringkas dari Inarra Noura yang mengatakan dia akan pergi ke pejabatnya yang terletak di Ampang untuk mesyuarat jawatankuasa tertinggi, Fahmy Ahmad bergegas mengemas bilik yang menempatkan Inarra Noura dan dalam masa yang sama bilik itu digunakan oleh Fahmy Ahmad sepanjang ketiadaan Inarra Noura disitu. Dia membersihkan meja yang digunakan olehnya dan menyusun segala fail fail yang berada diatas meja itu. Kemudian dia keluar seketika untuk membeli kopi starbucks kegemaran Inarra Noura, hal itu kerana Inarra Noura pernah menegur kopi yang dibuat oleh Fahmy Ahmad tidak mencapai standard yang dia mahukan. Jadi Fahmy Ahmad hanya menurut sahaja sebelum telinganya berair dek teguran Inarra Noura.

Inarra Noura sampai dibangunan yang menempatkan pejabatnya. Dia dihantar oleh Ikeram kemudian dia meminta agar Ikeram tidak menunggunya kerana dia mungkin mengambil masa yang agak lama untuk berada dipejabatnya. Ikeram hanya menurut tanpa bantahan, dia bercadang untuk melepak dikedai makan sekitar pejabat Inarra Noura agar memudahkan dia untuk menjemput Inarra Noura semula nanti. Sebelum Inarra Noura masuk ke dalam bangunan tersebut, dia memandang sekeliling bangunan itu dan tersenyum kecil. Syarikat yang arwah ayahnya hadiahkan kepada dia masih teguh berdiri. Dengan sistem keselamatan yang canggih membuatkan orang luar berfikir yang dia menjalankan perniagaan yang besar seperti syarikat pembinaan misalnya. Tetapi tiada siapa yang tahu syarikat itu hanyalah syarikat mengaudit akaun akaun kewangan syarikat lain. Tetapi disebabkan kegilaan Inarra Noura mengenai teknologi, dia menyelitkan sedikit kemajuan didalam syarikatnya seperti mempunyai palang kad akses untuk semua pekerja masuk ke jabatan masing masing dan setiap pintu bilik jabatan mempunyai imbasan cap jari untuk memastikan pekerjanya tidak menipu untuk hadir ke pejabat. Setelah puas meneliti dari luar,Inarra Noura melangkah masuk ke bangunan tersebut, ketika dia menghampiri kawasan yang dipagari oleh palang kad akses, Inarra Noura ditahan oleh petugas keselamatan bangunan tersebut.

“Maaf dik, boleh abang tahu awak nak ke tingkat berapa?” Tanya petugas keselamatan itu agak sombong.
“Tingkat 15.” Balas Inarra Noura pendek.
“Ada temujanji ke dik?” Soal petugas sambil memandang Inarra Noura atas bawah dengan pandangan yang tidak menyakinkan. Hal tu kerana Inarra Noura hanya mengenakan seluar skinny jeans dan baju turtleneck yang dilapisi jaket kulit diluar seolah olah dia budak lepasan Universiti.
“Tiada.’’ Balas Inarra Noura.
“Maaf dik, disini kami tidak membenarkan sesiapa ke tingkat 15 kecuali mempunyai urusan atau temujanji. Kalau adik nak hantar resume untuk minta kerja, adik boleh serahkan di kaunter resepsi sahaja” kata petugas keselamatan yang mula untuk menarik tangan Inarra Noura. Inarra Noura menepis sedikit untuk mengelakkan dia disentuh. Tindakan refleks selepas kejadian diculik dulu. Petugas keselamatan itu mengerutkan dahinya.
“Kalau macam tu, Boleh tolong panggilkan Fahmy untuk datang kesini tak?.” Balas Inarra Noura.
“Adik ni siapa nak panggil General Manager kami dengan gelaran nama macam tu. Kat sini semua panggil dia tuan Fahmy dik.”balas petugas itu angkuh. Orang yang berada disekitar situ mula memandang Inarra Noura dengan pandangan penuh mengejek. Tapi Inarra Noura hanya mempamerkan reaksi dingin kerana dia tidak ambil pusing dengan pandangan orang. Dia hanya berdiri tercengat disitu dan tidak berganjak walau sedikit pun.
“Kalau macam tu boleh panggilkan Tuan Fahmy untuk saya? Tanya Inarra Noura selamba.
“Abang minta maaf dik, abang tak boleh libatkan General Manager untuk hal remeh macam ni, dari adik buat kekacauan disini, abang sarankan adik keluar dari sini atau adik boleh hantar resume adik di kaunter resepsi sahaja” balas petugas keselamatan itu menyindir. Inarra Noura hanya menggarukan kepalanya yang tak gatal. Sejak bila pulak dia nak minta kerja disyarikatnya sendiri. Dia melirik ke arah jam tangannya seketika. Kemudian dia terpandang susuk tubuh yang diakenali. Orang orang yang berada dikawasan tersebut mula bercakap sesama sendiri ketika melihat lelaki itu. Inarrra Noura mengalihkan pandangan ke arah lain untuk melihat sekeliling. Tidak lama kemudian, lelaki tersebut mula mendekati kearah mereka.

“Apa yang kecoh kecoh ni man?” Tanya lelaki itu.
“Selamat pagi tuan, tiada masalah yang besar tuan, cuma ada sorang gadis yang cuba untuk pergi ke tingkat 15 tanpa temujanji.” Balas petugas keselamatan yang bernama Herman itu dengan nada yang lembut dan menunjuk kearah Inarra Noura . Lelaki itu memandang kearah Inarra Nourra atas bawah dengan mengerutkan dahinya.
“Apa urusan awak kesini?” Soal lelaki tersebut.
“Apa urusan saya bukan masalah awak.” Balas Inarra Noura. Lelaki tersebut terkesima seketika.
“Kalau awak tiada urusan, sila keluar.” Kata lelaki itu.
“Disebabkan saya ada urusan lah saya datang kesini, buat apa nak buang masa datang kalau takde urusan.” Balas Inarra Noura senada. Lelaki itu menyipitkan matanya mendengar jawapan yang keluar dari mulut Inarra Noura.
“Kalau awak nak mintak kerja, bak sini resume awak, tapi dengan gaya awak ni, rasanya bukan datang untuk tujuan tu, awak ni teman wanita Tuan Fahmy ke?” Duga lelaki tersebut.
“Ada masalah ke kalau saya teman wanita dia?” Soal Inarra Noura semula.
“Jawapan awak tak menyakinkan saya, jadi tolong keluar dari bangunan ini.” Balas lelaki tersebut. Inarra Noura berpeluk tubuh kemudian dia memutarkan bola matanya. Dengan selamba dia berjalan menuju ke palang tersebut dan secara automatik palangnya terbuka sedangkan ditangannya tidak memegang apa apa. Lelaki itu dan petugas keselamatan yang bernama Herman itu tercengang melihat kejadian tersebut. Macam mana dia boleh masuk sedangkan tiada kad akses ditangannya? Ilmu apa yang gadis itu gunakan sehinggakan palang tersebut dibuka tanpa kad. Mereka memandang satu sama lain dengan pandangan hairan. Inarra Noura masuk kedalam lift yang disediakan khas untuk ke tingkat 15. Sebelum lift bergerak ke atas, dia hanya melambai kearah mereka yang masih kaku ditempat mereka berdiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience