CHAP 19

Short Story Series 9732

Natasha meletakkan topi keledar dan jaketnya disofa kemudian dia menghempaskan dirinya disisi barang barangnya itu. Dia meletakkan tangan didahinya seolah olah masalah yang dihadapinya itu teramat berat. Dia merenung kipas diruang tamunya tanpa berkelip, didalam fikirannya yang bercelaru itu dia cuba mencari dimana punca masalahnya. Kemudian dia bangun dan berlalu ke bilik tidurnya. Dia menanggalkan baju dari tubuhnya. Dengan hanya berpakaian dalam dan seluar dia berdiri dihadapan cermin melihatkan dirinya sendiri.
“Aku ni tak cukup cantik ke sampaikan Zack tak pandang aku langsung” katanya sendirian sambil memusingkan tubuhnya menilik setiap tubuh badannya dicermin itu.
“Bukan tak cukup cantik, tapi kau tu bodoh. Dah orang tak nak, carilah lain. Lagi dikejar mamat ais batu campur tu buat apa” kata satu suara dari pintu biliknya, Natasha yang terkejut itu lantas menarik tualanya yang tersangkut berhampiran cerminnya untuk menutup tubuh badannya yang terdedah.
“Kau ni tak reti hormat privacy aku ke syaitan?” Marah Natasha sambil menjengilkan matanya.
“Dah kau yang tak tutup pintu siapa suruh bebal?” Balas figura manusia yang menyandarkan bahunya didaun pintu bilik Natasha sambil menyalakan sebatang rokok.
“Suka hati aku lah, pintu bilik aku, yang kau lorat sangat ape masalah kau, dah tahu pintu tak tutup, jalan tegak je lah masuk bilik kau” balas Natasha masih tak puas hati dengan manusia itu.
“Mak aku pesan, rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Kira ni rezeki aku laa napak benda ‘indah’.” Balas figura itu sambil tersenyum menyingai. Natasha menjulingkan matanya keatas mendengarkan kata kata manusia dihadapannya itu.
“Sebelum aku hempuk kau dengan cermin ni, baik kau straight masuk ke bilik kau” balas Natasha bernada tegas.
“Relax laa Tash, kau ni emo sangatlah, kau jangan risau, kau belum mencapai tahap ‘taste’ yang aku nak. Setakat tengok macam tu je, tak luak sikit pun.” Balas figura manusia itu sambil menghembuskan asap rokoknya, dia masih menyandar didaun pintu tidak berganjak.
“Dah tu blah la musibat. Eii bengangnya aku dengan manusia ni, dah berambus kau sana” jerkah Natasha sambil menolak tubuh figura itu dan dia menghempas daun pintunya serta menguncinya dari dalam.
‘Hantu betul lahh mangkuk ni, tercalar imej aku yang cantik ni’ detik hati Natasha dengan nafasnya yang turun naik menahan geram.
“Walau kau bukan taste aku pun, kalau ada can nak bagi rasa aku on je” jerit manusia tadi dari luar.
“Diamlah laa kau hanat, memekak jelah!” Balas Natasha. Kedengaran tapak kaki berlalu pergi dari depan pintu biliknya. Natasha mematikan angan angannya tadi dan berlalu masuk ke dalam bilik mandi yang berada didalam bilik tidurnya itu.

Fahmy Ahmad ketawa mengekek bila berjaya menyakitkan hati Natasha sebentar tadi, dia dan Natasha adalah kawan rapat sejak sekolah, mereka tinggal bersama dengan dua lagi rakan mereka dirumah itu sejak tamat sekolah menengah lagi, disebabkan keempat empat mereka mempunyai latar belakang keluarga yang bermasalah menyebabkan mereka berempat membuat keputusan untuk tinggal bersama. Walaupun begitu, mereka hanya bertembung muka jika ada diantara mereka berada dirumah sahaja kerana masing masing sibuk menguruskan urusan sendiri. Dan itu juga tidak merenggangkan hubungan rapat mereka berempat walaupun hanya sesekali bersua muka. Fahmy Ahmad membuka bajunya dan mencampakkan ke bakul yang disediakan dibiliknya dan kemudian dia mencapai diarinya. Dia duduk dikerusi yang diletakkan bersama meja kecil yang menghadap ke tingkap, dia menyalakan lilin aroma terapi dan memasang lampu mejanya, niatnya ingin meluahkan isi hatinya dan menceritakan apa yang terjadi didalam hidupnya pada hari itu, dengan harapan jika dia tiada nanti, ada orang yang akan membaca segala coretan isi hatinya yang disimpan rapi. Fahmy Ahmad seorang manusia yang luarannya kemungkinan orang akan mengatakan bahawa dia seorang yang ceria, gemar mengusik tetapi disisi gelapnya hanya dia yang tahu, ibu bapanya bercerai dan dia tinggal bersama neneknya, ketika umurnya 18 tahun, neneknya pergi meninggalkan dia selama-lamanya dan dia belajar hidup berdikari sejak dari itu, dia mula bekerja demi mencapai cita-citanya sebagai Jurubina Bangunan, tetapi rezekinya mendapat perkerjaan didunia Perakaunan hasil bantuan dari ayah Inarra Noura, Nazmi Fuad yang pada masa itu hanya mengambil dia sebagai staff biasa, menjadikan dia seperti sekarang dengan hasil bantuan Inarra Noura membuatkan dia terus menerus ingin berbakti kepada dua beranak itu. Tangannya perlahan menulis sesuatu didiarinya, pendek dan ringkas

‘INARRA NOURA NAZMI FUAD’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience