BAB 22

Romance Series 20760

bertalu-talu tumbukkan yang diberi oleh danny. aku tidak sanggup untuk melihat. aku memejamkan mata. tapi, telinga masih boleh mendengar erangan kesakitan.

"awak dahlah..." aku merayu danny untuk berhenti.

"macam mana aku nak berhenti. kau tahu tak, dia ni nak bunuh kau! kau tahu tak! dia nak bunuh kau!" satu lagi tumbukkan tepat mengena di pipi hazieq. bibir hujung hazieq terus meleleh darahnya.

"dahlah..."aku cuba memujuk. "awak...tolonglah lepaskan saya. sakit tangan saya kena ikat. tolong..."

danny mendengus. sempat dia menjeling kearah hazieq sekejap. sebelum datang melangkah kearah aku.

akhirnya, ikatan tali ini terlerai. aku memeluk danny. ya allah, rasa selamat tu tak banyak. tapi, danny ni membuatkan aku rasa lebih selamat.

"kau okey tak? hmm?"dia memegang pipiku dengan kedua belah tangannya. aku senyum hambar.

"saya okey..."

aku meleraikan pelukan. muka danny berkerut-kerut. aku yang lihat pun takut. bila aku tengok darah menitik. aku terus menjerit.

"hahaha! kau memang tempah maut dengan aku kan danny. inilah balasannya, bila suka merosakkan rancangan aku."

handphone yang berada di poket danny pantas aku ambil. hazieq kelihatan berang lalu dia menolak handphone itu sehingga berkecai.

"awak..."aku ingin menangis apabila mukanya jelas wajah menahan sakit.

"anis...aku nak kau tahu yang aku sayangkan kau. ingat. jangan cari lelaki lain selain aku. cintakan aku sorang je." kepalanya aku pangku diatas peha. kenapa takdir macam ni untuk aku dan danny? aku baru nak merasa bahagia dengan danny. ya allah...

"danny!!!"

***

semua orang tidak senang duduk. ada yang kehulu kehilir. ada yang menangis, meraung sebagainya. aku? aku duduk sambil bertemankan datin azmah ditepi. puan sri hidayah pula memeluk aku dengan erat. aku dengar suara tangisan dia.

bagaimana boleh berada di hospital? sewaktu berada di tempat tadi, aku sempat menelefon tan sri aezman iaitu ayah mertuaku. belum sempat ingin bercakap, handphone itu sudah berkecai akibat tolakan hazieq.

ayah mertuaku yang mencari lokasi ini menggunakan bukti terakhir. sampai sahaja disini, ambulans sudah berada di hadapan. hazieq pula sudah diikat. dia meronta-ronta seperti anak kecil.

"mummy...zohor dah masuk. jom ke surau." aku mengajak puan sri hidayah. tapi, dia menggeleng. cuti katanya. dengan nafas yang berat aku mengajak datin azmah.

aku bertafakur diatas sejadah. lama aku menungkan. aku menungkan tentang kehidupan aku. jika danny tiada, bagaimana aku ingin teruskan hidup? danny bagaikan nyawa aku. air mata jernih mula menitis di pipi.

***

danny koma. sudah sebulan dia baring sebegini. selama sebulan juga aku berkamoung di hospital. nasib baiklah ambil wad vvip.

seperti biasa aku lap tubuhnya. tuala itu diperah. aku mengelap dengan penuh berhati-hati. selesai aku mengelap tubuhnya aku duduk di kerusi untuk hilangkan penat. apa? korang pikir tak penat? badan kecik macam ni nak kena lap badan badan besaq macam tu. huih,

aku tenung muka danny. bila lah danny nak bangun. dekat sebulan jugak tak dengar suara dia. ya allah,rindunya...

aku bermain dengan bulu matanya. entah kenapa aku melakukan sebegitu. tiba-tiba sahaja mata danny terbuka. aku terkedu. terkaku. membeku. apa lagi?

"a..ab..abang..."terus aku ingin menangis. tubuhnya aku peluk. sehingga tiada ruang lagi memisahkan aku dan danny. tiada gerak balas yang dihasilkan danny. aku meleraikan. aku pandang mukanya. riak wajahnya langsung tidak menunjukkan apa-apa.

***

"maafkan saya puan. suami puan ada masalah. dia tak dapat ingat apa yang berlaku dalam beberapa tahun. saya tak menjangka berapa tahun. yang saya jangkakan umur dia time 12 tahun."

aku rasa nak menangis. bukankah, datin azmah pernah bercerita yang danny ingat dia tidak boleh bercakap. macam mana aku nak tempuh ni ya allah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience