BAB 4

Romance Series 20760

abah mundar mandir di hadapan aku. aku hanya melihat sahaja. kepala aku rasa berat sekarang ini. berat. berat dengan masalah yang aku tanggung sekarang ini.

"macam mana ni bah..." aku saja bertanya. wajah abah kelihatan risau. tak pernah lagi aku tengok wajah abah risau begini.

"abah tak tahu. kita baru je kehilangan orang yang kita sayang. diorang buat macam ni pulak dekat kita. abah pening...pening dengan apa yang diorang rancangkan." abah duduk di sofa akhirnya setelah penat berjalan.

"abah tolak je. lagipun hati anis ni sakit. sakit dengan apa yang berlaku. anis tak boleh terima lagi dengan hati yang macam ni." aku memegang dada aku. sungguh sakit apabila mengenangkan hazieq. cinta memang buat aku sakit.

"tapi, tak boleh. kalau abah tolak. kerjasama syarikat dengan abah akan terjejas. diorang ugut abah macam tu."

aku mendengus perlahan. abah memang pikir hanya tentang syarikatnya sahaja. dia tidak terpikirkah tentang hati anaknya ini?

"kalau macam tu...abah." tersekat kata-kata aku.

"kalau anis tak boleh terima tak apa...kita tolak ajelah. syarikat abah pun kalau jatuh bukannya siapa-siapa bantu pun." kedengaran sayu sekali suara abah.

"abah...anis baru nak cakap yang abah terima je pinangan diorang tu je. anis okay." aku terpaksa menerima. takpelah,aku berkorban untuk abah. banyak yang abah berkorban untuk aku. aku terima sahaja. bila fikirkan balik, syarikat itu juga berjasa. dekat situ sahajalah kami dapat rezeki.

"betul?" abah ingin kepastian. aku mengangguk. walaupun dalam hati,kepala ingin digelengkan sahaja.

"abah...anis masuk bilik dulu ye. anis dah tak larat." aku bangun lalu memanjat tangga menuju keatas. pintu bilik dibuka. aku merebahkan tubuh diatas katil. malam ini sungguh aku merasakan panas. sepanas hati aku. keluarga siapalah yang masuk meminang aku? tahukah dia bahawa kami baru sahaja kehilangan orang yang kami sayang. drastik sungguh apa yang mereka lakukan.

penghawa dingin aku buka untuk 'sejukkan' hati aku yang panas. makin lama aku merasakan tubuh aku mula rasa sejuk. aku tutup badan aku menggunakan selimut. perlahan-lahan aku menutupkan mata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience