BAB 1

Romance Series 20760

pertunangan aku pada harini berjalan dengan lancar. aku tersenyum gembira tatkala aku melihat wajah bakal ibu mertuaku yang gembira iaitu datin azmah.

mata aku mula melilau mencari tunang aku iaitu hazieq woo. aku memusingkan badan untuk mencari dia. aku mengeluh perlahan. dimana dia saat aku sudah menjadi tunangannya? hati aku dilanda resah. tidak faham aku dengan hati yang seperti risau akan sesuatu.

"akak cari siapa?" haziqah datang kearahku dengan membawa sebotol air lalu diberi kepadaku. aku buka penutup botol lalu aku teguk perlahan.

aku pandang muka adik hazieq yang putih mengenakan make up yang tidak terlalu tebal itu. matanya sepet sedikit mengikut ayahnya iaitu dato' hamzah lee.

"akak cari abang hazieq." terus terang aku bercakap. mata terus melilau semula mencari wajah yang hazieq. haziqah duduk di sebelah sambil tangannya sibuk membetulkan bajunya.

"biarlah abang tu. eem, akak...jom selfie dulu. nak hantar dekat family." dia mengeluarkan iphone 7 dari handbagnya. beberapa gambar diambil bersamanya.

"lawa! bagus!" haziqah bersorak riang. aku membiarkan haziqah dengan iphonenya.

"eish! siapa pulak whatsapp ni." aku dengar haziqah merungut.

"abang..." itu ayat terakhir yang aku dengar. aku pandang haziqah yang sibuk menaip sesuatu. erm, mungkin abang jual roti ke, abang bangla ke. hehehe...

"siapa tu?" gatal mulut aku bertanya. yelah, baik bertanya daripada biarkan hati asyik tertanya-tanya pasal benda tu je.

"ahh..ohh tu. abang... abang angkat" haziqah jawab begitu sahaja. tangannya digosokkan ke atas baju. aku hanya mengangguk. tiba-tiba serombongan makcik-makcik datang mendekat dengan aku. semuanya ingin bergambar dengan aku. penat aku dengan senyuman palsu ini. dari jauh aku perasan seseorang memandang aku dengan senyuman sedih.

mata aku tak habis-habis melekat pada cincin ini. aku usap perlahan cincin yang aku pilih dengan hazieq. aku tersenyum kecil. cincin ini hazieq yang pilihkan. cantik sangat!

"dah-dah lah tengok cincin tu..." dari belakang mama mencuit aku. aku toleh kebelakang. kelihatan mama tersenyum manis sambil membawa satu mug kecil lalu diletakkan keatas meja.

"ala...cincin anis jugak. dulu asyik tengok cincin orang je. sekarang tengok cincin sendiri lah." aku sengaja mengangkat tangan lalu jari aku cuba menunjuk cincin yang aku sedang pakai. rasa macam riak pulak. hahaha.

"eh, nak menunjuk lah tu. mak pun adalah." mama terus mengeluarkan jarinya. kelihatan tiga cincin emas di jari mama. aku berkerut. sejak bila mama reti pakai cincin ni? bila pulak mama ada cincin? kalau ada pun dah hilang.

"ma, cincin siapa mama rembat ni?" di hujung ayat aku tergelak. melihat cincin itu, buatkan aku teringatkan tentang nenek.

"rembat siapa punya lagi...nenek kamu punya lah." mama terus ketawa dan aku pun apalagi join lah ketawa. kedatangan nenek aku secara mengejut membuatkan kami berdua terus diam.

"kutuk aku lah tu." nenek memandang kearah aku dan mama. kami memandang sama-sama kearah nenek sambik menyengih.

"eh, mak ni. takdenya lah anak mak nak kutuk mak. kalau nak kutuk...mesti depan mak, anak mak akan kutuk. kalau kutuk belakang kan dosa..." terletus tawa riang dari mulut mama.

"huh! dahlah. mak nak tidur! dari dok melayan korang ni tak kesudah nanti topiknya. ha, anis tak nak tidur ke? baik kamu tidur. jangan dilayan mama kamu ni. nanti ada je yang dikutuknya." aku pandang kearah nenek yang sudah memanjat tangga menuju ke biliknya. mama pula melambaikan tangannya. aku hanya tergelak.

"mama... abah mana?" mama mengangkat bahu tandanya dia pun tidak tahu.

"ma...nak tanya boleh tak?"

"hmm...tanyalah." mama menghirup air yang dibawa olehnya lalu diletak diatas meja semula. mata mama tepat memandangku.

"ma, ibu ada anak angkat ke?" aku terus lontarkan soalan tanpa berfikir. aku lihat riak wajah mama terus berubah.

"mana anis tau ni?" kedengaran serius sahaja bunyinya. aku jadi pelik. tiba-tiba sahaja mama menjadi serius.

"haziqah bagitahu anis..."

"entahlah, mama pun tak tahu. eh. dahlah, mama nak masuk tidur. penat mama harini. good night sayang..." mama terus bangun. aku salam tangan mama dan seperti biasa aku akan mencium pipi mama. mama menuju ke biliknya. aku menghantar pemergian mama dengan mata sahaja.

aku termenung seketika. tv yang terpasang aku pandang kosong. remote aku ambil lalu menekan punat off. handphone aku buka lalu ikon whatsapp ditekan. nama hazieq diatas sekali. dia masih lagi belum membaca mesej yang aku berikan. last seen, semalam. aku mengeluh sebelum menuju ke bilik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience