BAB 14

Romance Series 20760

aku bersalam dengan puan sri hidayah. ternyata wajah puan sri hidayah kelihatan sedih sahaja. begitu juga aku. bagi aku, tidak banyak masa yang aku luangkan bersama dengan puan sri hidayah. kami balik awal pun kerana abah yang suruh balik.

"nanti balik lagi ye." puan sri hidayah melagakan pipinya denganku. danny terlebih dahulu pergi ke kereta untuk memasukkan beg.

tan sri aezman syukri yang berdiri disebelah puan sri hidayah aku pandang. tangannya menghulurkan sesuatu. dia memberikan sebuah beg kertas besar kepada aku. aku menyambut beg kertas itu lalu tersenyum.

"ni daddy belikan untuk kamu. haritu daddy outstation kan lepastu dengar menantu dengan anak balik. belikan lah apa yang nampak menarik dekat depan mata." tan sri aezman menyelukkan tangannya ke kocek seluar. aku dalam hati rasa macam nak hempuk kepala aku. baik betul ayah mentua aku. bagi hadiah dekat aku. argh! jahat kau anis!

"alah...susahkan daddy je. erm, anis tak tahu nak bagi hadiah apa kat daddy." aku menundukkan kepala. tiba-tiba telinga aku terdengar orang ketawa.

"ha, bagi daddy cucu. daddy memang dah lama nak cucu." tan sri aezman syukri dan puan sri hidayah memandang antara satu sama lain lalu tersenyum. aku pula sudah menahan malu. pipi pula aku rasa dah merah. semerah tomato.

"in sya allah daddy. kitaorang akan bagi cucu dekat daddy." danny tiba-tiba datang memeluk pinggang aku. aku menjeling dari tepi. danny merapatkan kedudukan aku dengannya. aku jeling sekali lagi. lagi dia rapatkan badan aku dengan dia. eeh, mamat ni...menggedik pulak dia.

"mummy daddy kitaorang balik dulu." danny bersalam dengan mummy dan daddy diikuti pula aku. puan sri hidayah terus memeluk aku. dada aku terasa sebak pula sebab nak tinggalkan mak mentua kesayangan.

"nanti ada masa anis balik ye." aku cuba memujuk hati aku. tidak mahu menangis. aku rindukan mama sekarang ini.

"dahlah hidayah. nanti kalau awak rindu sangat kita pergilah jenguk selalu. lepaskan kejap aje." tan sri aezman memujuk puan sri hidayah. aku yang melihat tersenyum.

puan sri hidayah meleraikan pelukannya. aku menuju ke kereta audi Q7 milik danny.

_____

awal-awal lagi mata aku sudah dijamu dengan pemandangan yang sakit. wajah-wajah yang aku tidak ingin lihat ada di depan mata.

"anis..." datin azmah bangun datang cuba memeluk aku. aku pantas menjauhkan diri. danny yang berada di belakang aku terus aku duduk belakang danny.

"anis tak sayang ibu ke?" aku lihat wajah datin azmah yang agak tidak terurus itu.

"dia sayang ibu lah. jangan risau dia cuma terkejut je ni." danny bersuara. abah sudah memandang kearah aku.

"azmah...jom kita balik dulu. esok kita datang lagi. harini dah lama sangat duduk sini." dato hamzah lee sudah bangun.

"zaidin...aku balik dulu. esok kami datang lagi. yang iye pun aku ada hal ni. balik dulu." dato hamzah lee membawa datin azmah keluar. kini yang tinggal aku, danny dan abah.

"anis, we need to talk." aku lihat abah sungguh serius sekali. aku tidak pernah lagi tengok abah seperti ini.

"danny naik atas dulu abah." danny membawa beg baju lalu memanjat tangga menuju keatas. aku menghantar pemergian danny dengan mataku. selepas danny hilang kedalam bilik barulah mataku memandang abah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience