BAB 11

Romance Series 20760

"ya allah danny...rindunya mummy dekat kamu." puan sri hidayah terus memeluk danny. mungkin terlalu rindu dengan anaknya.

"mummy..." aku menyalam tangan puan sri hidayah lalu pipiku dan pipinya berlaga. aku senyum manis terhadap ibu mentua aku.

"ish, makin lawa menantu mummy ni." puan sri hidayah mengusap pipi aku. aku pula hanya tersenyum. yang iye, malu. kena puji macam ni. alahai...

"dah lah mummy. danny penat ni. kalau ye pun nak puji memuji isteri danny ni tunggulah dekat dalam ye...." danny berkata lembut sambil menjeling aku disisinya. aku menjelirkan lidah. nampak sangat jealous. mentang-mentang aku kena puji dia tak kena puji. ceh!

"ye lah..." mummy cepat-cepat menarik aku kedalam rumah. danny pula mengangkat beg baju kami di dalam kereta.

_____

aku menolong puan sri hidayah di dapur. aku memang sengaja menyibukkan diri di dapur. malas berdua-duaan dengan danny. pada mulanya puan sri hidayah suruh aku berehat. tapi dengan kedegilan yang aku ada. dia mengalah.

"erm...sedapnya bau. masak apa?" aku lihat danny terus datang ke arah aku dan mummy. aku buat endah tak endah sahaja dengan kedatangannya.

"masak sup ekor. tapi kalini mesti sedap punyalah. sebab sup ekor ni menantu mummy yang masak." puan sri hidayah melirik kepada aku seketika. aku hanya tersengih kecil.

"iye mummy? alahai, pandai isteri saya ni." tangannya tiba-tiba memeluk pinggang aku. aku terus terkejung dekat sini. terasa macam kena kejutan elektrik sekarang ni.

"alahai...nak bersweet jangan depan mummy. mummy jealous. dahlah daddy kamu takde kat sini. hailah, rindu mummy dekat dia." puan sri hidayah membuat muka. aku hanya tergelak kecil.

tangan danny masih lagi dipinggang aku. aku sudah membuat hint melepaskan aku. tapi dia buat 'look do i care?'. aku nak bergerak pun payah. dia duk ikut je aku. hee...buang tebiat ke apa lelaki ni.

"eiii! dahlah. rimas tahu tak?!"aku memarahinya dengan nada yang perlahan selepas puan sri hidayah pergi menghidangkan makanan.

"suka hati aku lah nak buat apa pun. kau rimas, apa aku kisah. aku nak cium kau dekat sini pun boleh. no problem." danny tersenyum jahat. mukanya didekatkan ke mukaku. aku terus tolak dadanya jauh dariku.

"jangan nak menggedik dekat sini!" suara aku keras memberi amaran. dia hanya menjeling aku. perlahan-lahan tangannya jatuh dari pinggang aku. aku berjalan membawa hidangan yang aku sudah siapkan ke meja.

"dah?" puan sri hidayah memandang aku. bertanya makanan yang aku masak seketika tadi. aku hanya mengangguk.

"herm, jomlah makan." puan sri hidayah mengajak makan. aku duduk bersebelahan danny. berhadapan pula dengan puan sri hidayah.

"bismillah..." danny ingin membaca doa makan.

"assalamualaikum..."

seseorang memberi salam dari muka pintu. aku menolehkan kepala memandang muka pintu.

aku terkedu lalu aku memandang danny ternyata puan sri hidayah pun ikut terkejut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience