BAB 33

Romance Series 20766

Mata akhirnya aku buka. Pancaran cahaya matahari yang menembusi tingkap membuatkan mata aku tertutup kembali. Aku pegang kepala yangkian mula rasa berdenyut dan mencucuk. sakit. Terasa denyutan makin kuat. Aku picit perlahan kemudian mata aku tertala kearah jam.

Ya allah! Dah pukul 9!

Aku terus selak gebar. Tuala yang tersangkut di pintu aku tarik. Tergesa-gesa aku menuju kearah tandas.

Buk!

"Adoiii!" Aku gosok dahi aku. Sakit kepala aku makin bertambah apabila aku terlanggar suatu benda yang agak keras.

"Eii, tadi dah tolak pintu. Derhaka pulak pintu harini." Aku masih lagi gosok dahi yang terhantuk tadi.

Kalau korang tanya aku sakit ke tak? Ha, mehlah merasa. Sama-samalah kita berjemaah merasa hantukan keras ni.

Eip, aku rasa aku bukak dah pintu tandas. Objek apa yang aku langgar? dinding ke? Sejak bila dinding pandai beralih arah pulak ni?

Aku angkat kepala.

Gulp!

mak! ibu! umi! mama! mummy! mana aku nak letak muka ni! maluuuu!!! aku rasa sekarang muka aku dah merah semerahnya.

"Muka kau kenapa? Pipi merah semacam. Dah macam tomato."

Aku gigit bibir bawah. Cik abang oiii. macam mana saya tak blushing.? awak pakai tuala paras pinggang!

Entahlah, aku tak tahu kenapa aku rasa malu sangat bila tengok badan dia yang terdedah. Walaupun halal. Ehehe... Sebabnya kalau abah aku okey lagi. Abah tak adalah aku malu sangat. Tapi,dengan Danny, jantung aku boleh buat racing F1, F2, F3. Haaaa.

"Dah. Kau pergi mandi. Aku nak bawak kau keluar harini." Dia terus menuju kearah almari. Aku masih lagi berdiri tegak dihadapan pintu tandas. Aku tak tahu kenapa aku masih berdiri dekat sini.

"Nak keluar? bawak saya?"

"Iyalah. Aku ada ajak orang lain ke dalam bilik ni?" Keningnya terangkat sebelah. Aku hanya menggelengkan kepala.

"Dahlah, mandi cepat."

Aduh, aku baru nak pergi jenguk datin Azmah. hancur ana punya program ini hari.

"Kalau saya tak nak ikut boleh tak?" Aku berura-ura nak langkah ke dalam tandas tapi rasa Danny seakan senyap.

Aik, dah kenapa sunyi? Aku terus pusingkan badan aku. Sekali aku tengok pandangan aku macam kena halang sesuatu. Terus membulat mata aku.

Jeng! jeng! jeng! hamek kau jarak dekat dia bagi aku tengok badan dia. Ha kau! rugi tak join. aku boleh rasa pucuk hidung aku kena badan dia. aku langkah setapak ke belakang. Apalah nasib jadi orang pendek kan.

"Boleh. dengan satu syarat. Itupun kalau kau boleh bagi." Mata dia pandang aku. aku musykil sekejap dengan ayat dia tadi.

"syarat? Okay, apa syarat. Meh habak mai dekat ceq!" Aku tersenyum. Hah senang je nak lunas ni!

"Aku...nak kau."

Terbuntang biji mata aku. Air liur aku rasa macam susah nak telan.

Danny habya tersengih nakal.

"Okaylah. Ka..kalau macam tu saya ikut awak. Saya mandi dulu." Terus aku pusing badan nak masuk bilik air. Sekonyong-konyong badan aku dipusingkan sekali lagi. Tangan Danny pegang bahu aku. Mengunci pergerakan aku.

Muka aku statik memandang kehadapan. Tangan kanannya diangkat lalu mendarat di dagu perlahan dia menolak wajahku naik keatas untuk memandang wajahnya. Mata aku bertembung dengan milik matanya . Mata itu tunak memandang mataku.

Hai cik jantung! Jangan buat hal! No heart beats fast lah!

Lama kami berpandangan macam tu. Aku tak tahu kenapa. Aku hanyut dengan jantung aku yang makin menggila. Rasa macam sedang dipukau. Terasa ada benda lembut menyentuh bibir aku perlahan.

kaku!

Aku dapat rasakan bibir dia bersatu dengan bibir aku. Aku hanya menutup mata. Aku hanyut. Aku...aku rindukan semua ni.

Aku rindukan dia.

Tangannya sudah melingkar ke pinggang lalu menarik tubuhku rapat dengannya. Ciuman lembut tadi aku mula membalas.

kring! kring! kring!

Terus aku tolak tubuh Danny perlahan. Aku dan Danny bernafas kencang. Seakan baru tersedar dengan perbuatan aku sekarang. Handphone berbunyi.

"Shit!" Ayat itu terlontar dari bibir Danny perlahan. Namun jelas didengari oleh telinga aku sendiri. Danny meraupkan rambutnya kebelakang. Dia terus menuju ke almari. Baju diambil lalu disarung ke tubuhnya. Tanpa melengahkan masa lagi dia terus menuju keluar.

Aku melepaskan nafasku perlahan. Aku tutup mata. apa ni anis?

kring! kring! kring!

Handphone aku pula berbunyi buat kali yang kedua. Aku merengus kasar sebelum menjawab panggilan itu.

"Apasal call tak angkat?" Ukasyah terus tanya soalan kepadaku. Tanpa memberi salam terus ditujah aku dengan soalan. Eh eh mamat ni. Kau memang potong!

"Waalaikumussalam. Ha, kau nak apa pagi-pagi ni? Aku ada banyak hal." kata aku malas. sungguh aku hilang mood bila jadi macam ni.

"Kau ada jumpa Danny?"

Aih, pelik. Dah kenapa tanya pasal Danny tetiba ni. Suami aku yang dia tanya tu.

"Kenapa kau tanya pasal dia?" tanya aku pelik. Tiba-tiba saja si Ukasyah tanya pasal suami aku. yelah diorang kan mana nak ngam. Si Danny pun mana suka sangat si Ukasyah ni.

"Tak ada apalah. Em, kalau kau jumpa dia, cakap ada orang nak jumpa. Okeylah, aku letak dulu. Assalamualaikum."

Waalaikumussalam. Aku hanya menjawab di dalam hati sahaja. Tanpa melengahkan masa lagi aku masuk kedalam bilik air. Biarkanlah dulu pasal hal tadi

Aku membuang pandangan kearah luar tingkap kereta. Sumpah sekarang ni rasa awkward. Argh!!! kenapa? kenapa benda tu bermain dekat kepala aku? Eii! bongok lah kau anis.

"Kau dah kenapa berpeluh ni?" Danny menoleh kearah aku sekejap sebelum memandang ke hadapan semula.

Mak... anis berpeluh. Aduh, apahal aku berpeluh. Punyalah sejuk dalam kereta ni. Aku mengesat peluh yang mengalir di dahi.

"mana adalah. ni bukan peluh." Anis! bodoh betul kau jawab. Aku pandang kearah Danny. Aku nampak bibirnya tersenyum senget.

Aku terpana dengan senyuman dia. Ya allah, kekalkan lah masa ni sekejap.

"Kau ni bodohlah. Kalau bukan peluh, habistu apa? air mata?" Aku dengar dia gelak dihujung ayatnya. Aku ketap gigi kuat-kuat. Esh, tak boleh jadi mamat ni.

Air mata? Hahaha! Takkan air mata keluar dekat dahi pulak kan. Haiyo haiyoyoyo...

"Dah sampai. Jom." Danny mematikan enjian kereta setelah berhenti. Kemudian dia terus keluar dari kereta. Aku melihat sekeliling tempat tu. Dekat hutan ke ni? Ya ampun... sunyi sangat ni.

Aku masih lagi belum keluar. tali pinggang keledar pun masih lagi belum dibuka.

"Keluar." Danny buka pintu sebelah aku.

"Kita dekat mana ni? Sunyi semacam lah tempat ni. Awak... jom balik. saya takutlah."

Danny memandang muka aku tak beriak. Dia tundukkan badannya sedikit. Kemudian dia cuba membuka tali pinggang keledar aku.

"No!" Aku berteriak. Tangan pegang tali pinggang keledar kuat-kuat. Aku tak nak keluar! tak nak!

Tapi, apalah sangat tenaga perempuan lemah macam aku ni. Dia bukak jugak akhirnya lalu dia mencempung tubuh aku. Terjerit kecil aku dibuatnya apabila dia buat macam tu.

Aku peluk leher dia sebab takut jatuh. Sambil tu aku tilik wajah dia. Haih, berapa kali asyik nak jatuh cinta dengan si Danny ni?

Rambut Danny yang terjatuh di dahi ditiup angin. Aduh, geram aku. Nak je aku usik rambut dia.

"puas tilik aku?"

ayoyo... amma, appa. Dia perasanlah. malu! malu! malu! ana malu!

"Aku tahu aku handsome. Jangan risau, kalau kau nak tilik muka aku sampai esok pun boleh. Lagipun kita berdua je kat sini. I'm 100% yours."

"Perasan." Aku berkata perlahan. Bibir aku cebikkan sikit. eyh?

"Kita berdua je kat sini? kita nak buat apa kat sini?" tanya aku polos dengan kerutan di dahi.

"Buat anak." jawab Danny bersahaja.

Eii! kuning betul otak dia. Apa kena dengan Danny harini. kuning sangat otak tu!

Tiba-tiba sahaja tubuh aku mendarat dekat satu tempat. Danny letakkan aku diatas kerusi kayu.

"Berat lah kau ni. Tak macam dulu. ringan je. Sekarang dah gemuk!"

Huuu...huu.. sabar Anis. Danny ni! Harini memang nak kena dengan aku lah! selama badak dia je kutuk depan aku. ey, geram! geram! geram!!!

"Mana awak tahu saya ringan?! Macam pernah angkat saya." Aku hadiahkan senyuman sinis. Aku rasa danny tak pernah angkat aku. Seingat akulah.

"Disebabkan pernahlah aku cakap macam tu. Kau apa tahu." Danny melabuhkan punggungnya disebelahku. Sekarang pandang ke hadapan jelas kelihatan seperti ada taman bunga disana.

Tenang. Itu yang aku rasakan. aku tutup mata sambil menghirup udara yang segar. Bauan haruman bunga tulip putih tu cukup membuatkan aku merasakan lebih tenang dan gembira. Tapi, apa motif si orang sebelah aku ni bawak aku ke sini?

"Nah." Danny menghulurkan satu plastik berwarna putih kepadaku. Aku ambil lalu plastik dibuka. Ada sebuah bekas plastik terus aku buka penutupnya.

wah!!! kek oreo chips kegemaran aku. Sudu yang ada dekat tepi terus aku ambil. Dengan tak baca bismillah dan doa makan aku terus suap masuk kedalam mulut aku.

"Uwek." Aku muntahkan semula kek oreo chips tu. aku tak suka dengan oreo yang melekat dekat tekak aku sekarang ni. Rasa semacam...

"Mind to share something with me?"

Aku angkat kening sebelah. nak bagitahu apa dekat mamat ni? Aku rasa tak ada apa-apa kot.

"Share something? About what?"

Danny terus geleng kepalanya perlahan. Dia meraupkan rambutnya kebelakang. Walaupun nampak dah serabut rambut tapi, dari pandangan mata seorang Anis ni, memang handsome!

"Anis..." dia memusingkan badannya. Tangannya terus memegang bahuku. Aku pun ikut turut terpusing menghadapnya. Mata coklat itu memandang aku lembut.

"Aku nak mintak maaf."

Aku mengerutkan keningku. apa danny cakap ni? dia ada buat salah ke dengan aku? aku rasa tak.

"Mintak maaf? untuk?"

"Sebelum ni aku tahu aku layan kau macam nak tak nak je. Aku rasa mungkin kau dah banyak terluka. Aku mintak maaf." Dan sekali lagi perkataan maaf terulang lagi di bibirnya merahnya. Danny menarik nafasnya sebelum menyambung kata-katanya.

"Dalam masa sembilan bulan, sepuluh hari ni, biar aku bahagiakan kau dan aku nak kau ingat dalam masa ni, kau kena ingat setiap segala apa yang berlaku selama sembilan bulan sepuluh hari tu. Aku nak kau lupakan segalanya apa yang sebelum ni aku cakapkan."

Aku tercengang. Otak aku cuba untuk cerna apa yang dikatakan oleh Danny. Sumpah, aku rasa aku blur gila sekarang ni.

Tangan kiri Danny yang memegang bahu aku kini turun lalu mengusap lembut perut aku. Bibir merah Danny tersenyum. Mukanya yang tadinya muram kini bahagia.

"Hai yang disana. Maafkan papa sebab lambat nak tegur yang dekat sana. Sorry... papa akan cuba untuk bahagiakan mama dengan anak papa." aku dengar suara danny terketar-ketar... Dia nak menangis ke?

Danny menundukkan kepalanya sedikit lalu dicium lembut perut aku. Lama... aku tundukkan kepala sedikit. aku tengok bahu Danny terhinjut-hinjut.

Danny menangis dekat perut aku. Aku biarkan sahaja. Tangan aku lembut mengusap rambutnya.

"Anis.. aku... aku tak mampu anis. Aku sayangkan kau, aku sayangkan anak ni. Aku tak tahu macam mana nak bagitahu kau. Tapi, tolong... tolong jangan tanya aku apa-apa buat masa sekarang. Kalau aku dah bersedia, aku akan bagitahu kau."

aku mengangguk perlahan. kepala Danny aku angkat. Wajahnya yang kian sembab aku tatap. Danny...

"Awak... selama ni saya cuba faham dengan keadaan awak. Selama ni saya cuba ikut rentak awak. tapi, tak apa. Saya faham. apa yang penting awak ada dengan saya." Aku sapu air matanya yang mengalir dengan ibu jari aku.

"Anis... kau terlalu sempurna. Kau terlalu baik. Banyak yang kau telah berkorban untuk aku. Aku rasa macam tak layak jadi suami kau. Kalau kau tahu segalanya... Aku rasa kau akan tinggalkan aku."

Terus aku tarik kepalanya. Aku biarkan dia bersandar di dadaku. Aku tak suka betul dengan ayat dia. Macam mana aku nak tinggalkan dia kalau hati aku sayangkan dekat dia. aku terlalu... terlalu sayangkan insan ni.

"Shh... saya dah tak nak awak cakap macam tu. Let by gone be by gone. Saya nak awak kotakan janji awak kata nak bahagiakan saya selama sembilan bulan sepuluh hari tu."

Danny diam. tapi, matanya memandang kearahku. Aku masih lagi biarkan kepalanya di dadaku. Lama dia sebegitu seblum dia mengangguk perlahan.

"Dah.. tak nak sedih-sedih. So, sekarang ni apa kita buat dekat sini?" aku ubah topik. Aku tak nak lah rosakkan bahagia yang mula bertandang.

Danny terus tarik senyum. Dia mengangkat kepalanya.

"Pada mulanya rancangan ni untuk kita berdua. Just two of us. But, sekarang kan ada lagi sorang dalam perut ni. Jadi rancangan ni untuk kita bertiga." Danny senyum sambil mengusap perlahan perut aku yang mempunyai nyawa didalamnya.

Aku tersenyum. Danny sudah buat aku rasa bahagia. Inilah yang dinamakan cinta. Harap selama sembilan bulan sepuluh hari akan jadi benda yang paling indah dalam hidup aku. Dengan adanya danny, aku rasa hidup aku dah bahagia. Ditambah pula dengan pelengkap hidup ni.

masih lagi dalam pengolahan

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience