BAB 32

Romance Series 20760

Kereta aku parkir diluar sahaja. Aku pantas masuk kedalam rumah. Aku perasan kereta audi Q7 ada di hadapan rumah. Maknanya Danny ada dekat rumah. Ruang tamu yang aku lihat dulu. Tiada kelibat sesiapa pun.

Tangga aku panjat. Aku balik ni pun sebab nak ambik baju aku. Abah rasanya tak ada waktu macam ni. Abah biasanya duduk dekat office dia. Balik pun selalunya lambat.

Sewaktu aku masuk kedalam bilik, aku nampak satu susuk tubuh yang aku sangat kenal duduk dibirai katil. Suasana yang tadi senyap kini berbunyi dengan batukan demi batukan. Badan itu terikut hinjut dengan batukan yang dilepaskan.

Eh, bukan ke sepatutnya dia takde. Ni tiba-tiba ada...

"Danny..." aku panggilnya perlahan.

Tubuh itu terus terpusing kebelakang. Tangannya menutup separuh mukanya. Aku perasan dari pancaran matanya tidak seperti selalu. Matanya yang selalu bersinar walaupun dalam kegelapan.

"Kau...kau buat apa kat sini?" Dia mengambil tisu basah yang berada ditepinya menggunakan sebelah tangan.

Soalan itu aku biarkan. Aku datang merapatinya. Tapi, tangannya pantas menghalang. Kaki aku terpasak ditempat itu. Tangannya kalut mengelap mukanya.

"Awak kenapa ni?" tanya aku lembut lalu aku tetap datang mendekat. Tangannya cuba disorokkan. Tapi, aku perasan dekat hidungnya ada darah yang menitik. Aku yang lihat terus kalut mengambil tisu untuk mengelap darah yang kian menitik.

Wajahnya yang putih itu, kini nampak lesu. Bibir merahnya pun seperti tiada darah. Aku meletakkan belakang tapak tangan ke dahinya.

Panas.

"Ya allah, awak demam ke?" Dia menolak tangan aku kasar.

"Kau jangan sibuk. Dah pergilah, rehat." Dia menolak tubuhku perlahan.

Hati aku agak terasa sedikit dengan perbuatannya itu. Aku bangun dan menuju kearah almari. Bekas putih itu aku ambil lalu mencapai cool fever yang memang selalu aku sediakan khas untuk aku disebabkan aku senang nak demam.

Kembali ke bilik yang Danny berada dia hanya terduduk lemah. Aku merapati kemudian membuka cool fever itu.

Dia tergelak kecil. Aku mengerutkan dahi. Kenapa pulak mamat ni? Kena sampuk ke?

"Kau fikir aku demam?" Kemudian terbit senyuman sinis darinya.

Aku mengangguk. Yelah, kalau dah panas, demam lah kan. Apalah punya cerdik dia tanya soalan macam tu.

"Dahlah, kau nak letak kan. Cepat." Kasar sahaja suara Danny. Tanpa berlengah  lagi, cool fever dilekat ke dahinya. Aku tolak badannya suruh baring.

"Okay, dah. Saya nak kemas baju." Aku terus bangun. Aku hampir lupa datin azmah dekat hospital.

"Pergilah." kata Danny tidak berperasaan.

"Kau nak kemas baju nak pergi mana?" Tanya Danny dengan kerutan di dahi.

"Adalah." jawab aku bersahaja. Aku lihat wajahnya seperti tidak kisah.

Aku melipat satu persatu baju kedalam beg. Selesai melipat, aku terus menuju kearah danny semula.

"Saya pergi dulu..." Aku mencapai tangannya lalu tangan itu aku cium lembut.

Dalam hati aku ni sebenarnya kesian tengok keadaan di yang macam ni. kalau boleh aku nak jaga danny. tapi, apakan daya. Datin azmah juga perlukan pertolongan aku. Siapa lagi nak jaga datin azmah. Hazieq, tiada. Haziqah, busy dengan exam. Dato Hamzah... kerja.

Aku dah cerita dekat abah. Sebab, kalau aku tak bagitahu pun tak ada gunanya. Nanti dapat tahu jugak. Abah lepas dapat tahu terus call dato Hamzah. dato Hamzah bagitahu dia akan pulang lewat malam ni.

"Awak... Awak jaga diri tau. saya pergi dulu." Aku masih pegang tangannya. Aku bangun. Perlahan-lahan tangannya aku lepas. Berat pula hati aku ingin meninggalkannya.

"Nanti." Tangannya menggenggam kembali tanganku. Dia menepuk tempat disebelahnya. Aku turutkan lalu punggung dilabuhkan.

"Kenapa?"

"Aku ada benda nak cakap sikit."

"Okay..." aku tunggu. Punyalah lama dia tenung muka aku. Satu minit berlalu, haih... dia ni kata ada benda nak cakap. tapi, tak cakap-cakap pun.

"Cepatlah...saya ada hal."

"Aku...Aku sebenarnya..."

Aku menghembuskan nafas perlahan. hailah, dah kenapa? lama betul nak kena tunggu.

"Aku sebenarnya nak tanya, kau okay kalau kita berpisah?" Matanya tepat memandang kedalam anak mataku. Deruan nafas yang tadinya dihembus perlahan kini berubah rentaknya.

aku diam.
oh, itu yang dia nak tanya.
menyesal pulak aku tunggu soalan dia.

aku tak mengangguk mahupun menggeleng. aku biarkan soalannya tidak berjawab. bibir merahnya aku pandang. bibirnya bergerak-gerak seperti ingin berkata sesuatu.

danny menghembuskan nafasnya dengan berat. mata coklat itu tunak memandang aku. tipulah kalau aku kata aku tak berdebar dengan pandangan dia. tangannya tiba-tiba mencapai tangan aku.

"Aku tanya ni, kau okey ke kalau kita berpisah?"

dan...
sekali lagi...
aku diam dan biarkan soalan tu tak berjawab.

matanya masih tetap kearah mataku. aku... aku tak tahu kenapa aku rasa macam nak menangis. hati aku rasa pedih sangat.

Danny,
Dia buat aku jatuh cinta dengan dia.
Sumpah aku rasa menyesal. Walaupun cinta aku terhadap dia halal. Dia buat aku jatuh cinta dengan dia. Lepastu tak nak bertanggungjawab pulak dekat hati aku.

aku benci! kenapa dalam banyak-banyak orang, kenapa dia dipilih jadi sebahagian dalam hidup aku? kenapa dia yang dipilih untuk buat aku terluka? kenapa harus dia?

"saya pergi dulu..."aku terus melangkah keluar dari bilik. hati tengah pedih. kereta aku tuju. beg baju aku yang aku jinjing, terus aku campak ke belakang kereta. tanpa melengahkan masa lagi aku terus menghidupkan enjin kereta.

sempat mata aku memandang kearah balkoni bilik aku. mataku menangkap tubuh danny yang sedang berdiri tegak sambil memandang aku.

Datin Azmah dibenarkan pulang. kalau ikutkan dia kena duduk hospital untuk pemantauan sepenuhnya. tapi, disebabkan datin azmah asyik mendesak ingin pulang kerumahnya. jadi doktor terpaksa membenarkan datin azmah keluar.

doktor azami banyak memberi tips kepada aku untuk menangani perasaan pesakit. aku waktu dengar perkataan sabar tu rasa macam... kau tahu kan. bila kau bukan jenis penyabar lepastu tiba-tiba kau kena jadi 'assobaruminnaliman'. tak ke rasa macam susah.

"hazieq mana?"

itu soalan pertama yang ditanya datin azmah sebaik sahaja sampai dirumah agam ini.

"hazieq kerja." tipu aku. takkan lah aku nak cakap. 'datin azmah, for your information, anak datin azmah sedang berada di luar negara menerima rawatan.' ha... mahu ada yang mengamuk lagi.

doktor azmi ada kata lagi... kena jaga juga tingkah laku kita. sekarang ni dia dalam personality mudah terasa. cengeng... haih, memang gaya budak-budak.

"hazieq balik pukul berapa?"

"hazieq outstation... so, lambat lagilah dia nak balik." aku angkat beg lalu letak ditepi kerusi panjang yang berbentuk L. "datin, kita makan ubat dulu..." aku terus mengambil pil dalam botol kaca itu lalu diberikan kepada datin azmah.

"kena ke?"

aku angguk perlahan. pantas datin azmah mengambil pil dari tanganku lalu dimasukkan kedalam mulut.

"arghhh!!!" datin azmah menjerit. dia meludahkan semula pil yang dimakan seketika tadi.

"kenapa datin?" tanya aku cemas.

"pahit! tak suka!" air masak diminum rakus. "buang ubat ni, tak suka!"

haih... ini baru first day.
perangai dia makin menjadi-jadi.
sabar anis... baru first day...

"dah... jom kita naik atas dulu." aku mencapai lengan datin azmah lalu menuju ke bilik.

Pada malamnya, aku putuskan untuk balik kerumah. datin azmah dijaga oleh dato hamzah. selepas tiba sahaja dato hamzah aku terus meminta diri. tak nak lah lama-lama.

sekarang dalam kepala aku asyik terfikir pasal Danny. Aku berhentikan dahulu kereta ditepi. Handphone ditepi aku ambil lalu menelefon danny.

Tak angkat.

Aku jadi risau pula. Haih... apalaj yang si Danny tengah buat. Aku call dia sampai sepuluh kali ni. Tak angkat jugak. Dalam kepala dah fikir benda bukan-bukan. Ya allah...

Aku terus memulakan pemanduan semula. Aku nak cepat sampai rumah.

Perjalanan yang mengambil tidak kurang 15 minit, akhirnya aku sampai ke destinasi. Cepat-cepat aku keluar dari kereta. Rumah sememangnya kelihatan gelap dari luar.

Haih, tak bukak lampu ke?

Aku terus menuju ke bilik. Pintu aku kuak perlahan. Tubuh itu terbaring diatas katil. Wajah lesu itu aku pandang. Aku duduk di tepinya lalu tangan aku naik mengusap pipinya. Dari cahaya bulan yang menembusi tingkap aku nampak bibirnya yang lesu.

"urg...uhuk!" Danny terbatuk. Terus aku menarik tangan aku cepat-cepat. Aku nak keluar ambik kain basahan letak atas dahi Danny.

Baru sahaja aku ingin mengangkat punggung, tangan kanan aku rasa ditarik lalu badan aku terdorong kebelakang semula. Aku jatuh terlentang diatas katil. Satu tangan telah pun memeluk aku erat.

"Stay here." Bisik Danny lembut ditelingaku. Deruan nafas hangatnya menampar pipiku. Aku yang tadinya jantung berdebar ditahap normal kini rasa debarannya kuat! Laju. Kencang macam baru lepas berlari.

Aku cuba untuk melepaskan diri. Sebab... aku lemas dalam dakapan yang buat aku berdebar. Aku cuba alihkan tangan dia, namun gagal. Tangannya lagi kuat memeluk tubuh aku mengunci segala pergerakan. Pucuk hidungnya menyentuh pipiku.

"Awak...lepaslah. saya rimas." Aku cuba untuk leraikan pelukan dia. Bukanlah rimas. Rasa malu dah mula menggunung.

"just shut up and keep your mouth closed," Dia memberi arahan tegas. Aku pula tak ada bantahan selepas dia berkata begitu.

Kini tiada lagi jarak yang memisahkan antara aku dengan dia. Sekali lagi jantung aku berdetak hebat. Argh! Anis! apa kau buat ni?!

"Peluk aku."

Ha? dia suruh apa tadi?

"Ha?"

"Hug me." kata Danny perlahan. Tangannya meraih tanganku lalu diletakkan tanganku keatas pinggangnya. aku pandang wajahnya. Matanya masih terkatup rapat.

Danny... kenapa awak buat saya macam ni? bila saya nak dekat dengan awak, awak jauhkan diri awak. Tapi, bila saya nak jauhkan jarak kita, awak makin rapatkan rasa yang saya nak hilangkan. Rintih aku dalam hati.

Terasa air hangat mula bergenang di kelopak mata. Aku cepat-cepat kesat.

"Tidur." arahnya. Aku cepat-cepat tutup mata. Aku cuba untuk tidur dan akhirnya aku hanyut dengan pelukan hangat ini.

masih lagi dalam pengolahan

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience