BAB 19

Romance Series 20760

aku melangkah masuk ke rumah itu dengan nafas yang berat. harini aku tahu hazieq ada dirumah. baru sahaja aku berwhatsapp dengan haziqah. katanya harini dia pulang. pulang dengan hazieq. itu bermakna hazieq berada disitu.

kalau ikutkan aku tak nak datang kerumah ni lahi. sebab anak-anaknya semua ada dirumah. tapi, disebabkan banyak barang yang aku tinggalkan kat rumah ni. so,kenalah ambik jugak. lagipun dua minggu jaga datin ni nak habis. dato hamzah pun nak balik dah. baguslah! takdelah aku nak menyesakkan kepala otak aku menghadap muka keturunan yang menyakitkan hati ni.

aku buka pintu rumah agam ini dengan perlahan.

"ibu...danny dah memang tahu kan. yang sebenarnya ibu tu mak kandung dia. tapi,kenapa dia tak nak bagitahu dekat anis?" aku dengar hazieq bercakap. lepastu dia berhenti. "sebab takut anis benci dia kan? ibu pun sengaja kan buat-buat sakit macam ni. dah lah ibu, ibu memang sengaja kan buat macam ni."

aku yang dengar agak terkejut dengan apa yang diberitahu oleh hazieq. aku lihat datin azmah riak wajahnya sudah risau.

"huh! boleh pulak ibu backup si danny. hazieq tak nak pulak. apa salah hazieq sampai ibu langsung tak nak tolong hazieq?!" suara hazieq meninggi.

"hazieq, biarlah dia tak kahwin dengan kamu dari kahwin dengan kamu. itulah balasan untuk ibu dengan kamu. kamu sakit hati,ibu sakit hati. kita dah banyak kali menyusahkan keluarga tu tahu tak?! hazieq tinggalkan perkahwinan macam tu je, ibu pulak bersubahat dengan kamu. eyh! ibu lebih rela backup danny dari kamu. kamu tengok. anis sekarang dah benci ibu sebab anis pikir semua ni salah ibu. kamu tahu tak salah dalam cerita ni siapa yang buat?kamu tahu tak?! ini semua salah kamu. mentang-mentang ibu ni baik. kamu buat ibu macam ni. sampai kawan baik ibu sendiri awien,mama kepada anis, meninggal. you know what. ibu rasa nak jadi macam orang gila!tahu tak?!"

hazieq merengus kasar. haziqah pula duduk memerhati sahaja. dia tidak mahu masuk campur. kedatangan aku pula tiada siapa sedari.

"okey! fine! sekarang ni,kenapa tak bagitahu je dekat anis yang danny tu anak ibu. sebab takut danny sedih...nanti anis tinggalkan dia. yelah, danny kan keturunan jahat!"

datin azmah sudah naik turun dadanya menahan marah. aku yang lihat perbalahan itu hanya diam untuk mendengar.

"sebab...ibu tak nak dia terluka untuk kali kedua. dulu, ibu pernah tinggalkan dia. lama. sampai danny besar baru ibu jumpa dia." datin azmah duduk pula. "danny lebih banyak menderita dari kita. biarlah dia bahagia sekejap. dulu time danny umur 10 tahun. dia langsung tak boleh bercakap. suara pun tak nak keluar. ibu fikir dia bisu. ibu masukkan dia masuk dalam sekolah khas untuk dia."

"macam-macam yang jadi dekat danny. kita je tak tahu apa yang jadi. apa yang dia pendam. dia lebih suka memendam dari becerita. sampailah, suatu saat tu. kita kena pergi london. ibu tedpaksa tinggalkan danny sebab takut kalau pergi sana ibu tak dapat jaga dia dalam keadaan macam tu. sudahlah luar negara. kalau hilang macam mana mahu dicari. bertahun lamanya, danny duduk dengan tok dan opah. malang tak berbau, rumah tok dan opah terbakar. yang sempat diselamatkan danny je. tok dan opah tak sempat diselamatkan. danny tidak menangis,mahupun meratapi pemergian tok dan nenek. sebaliknya dia tersenyum. orang fikir dia gila. tapi, sebenarnya dia senyum untuk menghilangkan rasa sedih." datin azmah menghembus nafasnya perlahan. hazieq pula masih lagi dengan wajah tegangnya.

"ibu balik...nak ambik danny. hmm, tak sangka danny dah diambil orang. ibu pun tak tahu dia dekat mana. sampailah ada sorang wanita ni kata dekat ibu dia yang ambik danny. bila wanita ni bawak ibu dekat danny. dia tanya dekat danny samada dia kenal ibu atau tak? dalam bahasa isyarat."

"danny jawab. dia takde ibu...yang dia ada mummy. ibu terkilan. kecewa. tapi,memang salah ibu kan." datin azmah di hujungnya gelak sedih.

"bila wanita tu suruh danny ikut ibu balik...danny langsung tak nak. dia kata dia tak kenal. dia memang tak nak. jadinya, ibu bagi keizinan dekat wanita tu jaga dia."

"maksud ibu,puan sri hidayah lah mummy danny?" haziqah memotong. datin azamh mengangguk perlahan.

"dengan hati kecewa ibu pergi. tinggalkan danny sekali lagi. tapi, kita balik malaysia jugak akhirnya. bila ibu saja nak jumpa danny. danny dah pindah. wanita tu dah kahwin. ibu upah orang untuk carikan danny. akhirnya, jumpa...alhamdulillah. tapi,ibu tak sangka yang dia boleh bercakap. ibu memang fikir dia bisu."

aku yang dengar mahu sahaja menangis. begitu jalan cerita hidup danny. lagi dahsyat dari aku. dugaan dia ditinggalkan oleh ibu.

"huh...cerita dongeng. im bored."hazieq bangun lalu mengambil kunci keretanya. aku menyorok. aku lihat hazieq melangkah pergi dari rumah ni.

bila aku bangun dari tempat menyorok,pintu utama pintu itu terbuka semula. mata hazieq memandang kearahku.

'eyh? macam mana dia tahu? allah!aku parkir kereta aku depan rumah. alahai,baru je nak main sorok-sorok.'

"ikut haz!"dia menarik tanganku. keluar dari rumah itu. dia menolak badanku masuk kedalam keretaku. kunci kereta diambik dari tanganku lalu dia menghidupkan enjin. gera ditarik ke D.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience