BAB 13

Romance Series 20760

aku bangun. jam aku pandang sekilas. ah, sudah pukul 3.00 pagi. aku bangun lalu menuju ke tandas. aku mencuci muka lalu aku melihat muka aku di cermin.

betul ke apa yang aku buat malam tadi?

aku betul-betul serahkan apa yang aku ada malam tadi.

aku mengeluh perlahan. ya allah, kalau memang betul dia jodoh aku. aku bersyukur ya allah. aku tahu, danny baik. dia boleh jaga aku.

seketika aku mengenang kebodohan diri malam tadi. argh! kenapalah aku yang bertindak lebih agresif dari dia! arghhh! malu!

"sayang?" suara danny aku dengar. pili air aku tutup. aku lap muka aku dengan kain yang telah disediakan.

"herm..." aku jawab dengan dingin. pintu bilik air aku bukak. muka danny terpampang diruang mataku. aku berjalan menuju ke katil ingin merebahkan badan semula.

"sayang kenapa ni?" danny duduk di birai katil. rambut aku dimainnya. aku menepis perlahan.

"orang nak tidur..." aku tarik gebar selimut menutup badan aku.

danny bangun lalu baring disebelah. aku memusingkan badan. aku langsung tidak mahu menghadapnya.

"tak baik buat macam tu kat suami. dosa..." aku cepat memusingkan badan aku. aku tutup mata sambil memeluk tubuh. aku rasa badan aku ditarik.

"aku rasa happy gila bila kau selalu dekat dengan aku." dia bisik ke telinga aku.

"aku tak nak kau jauh dari aku. please... kalau suatu hari nanti kau tahu siapa aku, kau jangan sesekali lari dari aku. aku tak boleh kehilangan kau. cukuplah dulu aku pernah kehilangan kau." dia menguatkan lagi pelukan terhadap aku. dahiku dicium lembut. malam itu aku tidur dipeluk oleh danny.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience