BAB 28

Romance Series 20760

aku bangun dari posisi pembaringan. mata aku gosok perlahan. terkelip-kelip mata nak membukak. aku toleh ke kiri. danny tiada. handphone aku capai lalu dibuka. pukul satu pagi.

air cond aku tutup. sejuk. pintu aku kuak perlahan. terus aku menuju ke tangga. perlahan-lahan aku menapak ke bawah. aku buka lampu dapur. peti sejuk aku buka. air mineral dicapai lalu dituang ke dalam mug.

aku sisip perlahan. aku duduk di meja makan. tiba-tiba telinga aku tertangkap suara orang sedang bersembang. aku terus menuju ke bilik yang tersorok di bawah tangga itu.

pintu bilik yang tertutup sedikit aku buka. aku hanya nampak tubuh ayah yang membelakangkan aku dan tubuh danny yang menghadap arah sebaliknya.

"abah tahu...tapi, danny..." kedengaran suara abah agak sedih.

"danny sayang sangat dekat anis, abah. tapi, keadaan yang memaksa danny buat macam ni." danny menekur jarinya.

"danny, abah harap danny jangan lukakan hati anis. tolong... abah sayangkan dia. danny tahu kan, mama anis dah takde. anis memang tak rapat dengan abah. tapi, abah sebagai seorang ayah. abah nak sangat tengok anak abah bahagia. abah tak sanggup tengok air mata dia."

aku rasa sebak dengan apa yang abah katakan. aku rasa bersalah sangat dekat abah. selama ni aku banyak sangat kurang ajar dengan dia. ya allah, kau ampunkanlah dosa aku ya allah...

"tan sri dengan puan sri dah tahu?"

danny geleng perlahan. dia menghembuskan nafasnya dengan berat. wajah abah ditatap dengan sayu.

"abah...andai kata danny tak dapat selamatkan..."

"danny. dah. jangan cakap pasal benda ni. abah nak tidur." abah terus angkat punggung.

"abah nanti." dannh menghalang abah dari keluar bilik itu.

abah hentikan langkahnya. tubuhnya dipusing menghadap menantunya danny.

"abah tolong danny..."

abah angguk perlahan. wajah menantunya dipandang dengan senyuman hambar.

aku awal-awal dah sorok dekat tepi. nampak je abah keluar terus tuju dekat bilik tidur. aku terus panjangkan kaki naik keatas.

air cond aku buka semula. suhu direndahkan lagi. aku nak kesejukan yang membelai tubuh aku sekarang ni. aku duduk di birai katil. terngiang-ngiang percakapan danny dengan abah. hmm...apa yang diorang cakap tadi? aku tak faham lah.

hish! apasal lah banyak sangat tanda soal. kenapa tak titik terus. aku tak suka lah hidup yang penuh dengan tanda soal. apa dia fikir aku bijak sangat nak jawab soalan diorang. aku fail tahu tak. kalau ada rujukan tu tak pe lah jugak.

eyh, rujukan.
aku sengih kejap.
haziqah kan ada.
esok kita tanyalah dia...

bunyi pintu seperti hendak dibuka terus aku merebahkan tubuhku dikatil. gebar aku tarik sampai keatas. aku rasa tilam ni dah tenggelam sedikit. maknanya danny dah baring dekat sebelah.

aku dapat rasakan tubuh aku dipeluk erat. pipi aku diusap perlahan.

"maafkan aku anis. aku terpaksa buat kau macam ni. kalau aku tak buat macam ni, nanti semuorang sakit. termasuk kau. aku tak nak kau sakit. tapi, apakan daya. takdir yang menentukan. andai kata suatu hari nanti hati kau bukan milik aku lagi. aku redha. walaupun hati kau bukan milik aku lagi, aku janji aku akan selalu mencintai kau. walauapapun yang terjadi." pipiku dicium perlahan. lama. aku dapat rasakan danny sedang menangis. air matanya jatuh ke pipi aku.

"aku tak kuat anis... aku tak kuat. aku tak sanggup nak tengok kau bahagia dengan orang lain. aku terpaksa buat macam tu." danny menitiskan air matanya lagi. "mungkin inilah balasannya. walaupun aku dapat kau. tapi tak lama... akhirnya,kau pergi jugak. makananya kau bukan untuk aku." rambut aku dibelai pula.

aku tak tahu. tak tahu kenapa hatini rasa sebak sangat. hati aku tahan daripada menghamburkan tangisan.

aku pun tak kuat danny. aku ni lemah. orang kalau tengok aku ni,macam kuat. kuat sangat. hati aku ni macam agar-agar. kalau usik sikit dah hancur.

apabila aku dapat rasakan danny dah mula tidur. nafas hangatnya menyentuh leher aku. hati aku berdebar. ho, aku tak pernah rasa debar macam ni. aku rasa dekat hazieq pun tak pernah macam ni. mungkin, inilah dinamakan cinta. ewahhh, bernada cinta pulak aku.

aku pusingkan badan aku perlahan-lahan. aku menghadap danny. bibir merahnya yang aku tatap. aku kalau boleh nak je pegang bibir ni. aku tak tahu kenapa bibir ni asyik nak menipu je. kenapa asyik nak menipu. menipu demi kebaikan konon. tapi, kebaikan tu bagi dia. bagi aku kebinasaan. bibir dia setiap kali melontarkan kata-kata atau ayat yang dilepaskan semua aku rasa dalam hati.

tipulah kalau aku kata aku tak terkesan dengan setiap perbuatan dia lepas kejadian tu. tipulah aku kalau aku cakap jelingan dia tu tak memberi makna apa-apa pun dalam hati aku. bagi aku, setiap jelingan yang dia bagi, seperti menggambarkan sesuatu. tentang kebencian, kemarahan terhadap aku.

apa sebenarnya yang danny simpan lagi? apa lagi yang aku sepatutnya tahu? apa lagi?

aku fikir semua ni akan berkahir seperti biasa. ending hidup dengan suami bahagia selalu. tapi, ni tak. makin menjadi-jadi.

kadang aku tak faham permainan yang dia cuba buat untuk aku. aku rindukan dia... rindu sangat. mana orang yang sentiasa tegur aku? mana orang yang suka buat aku geram. mana? mana hilangnya dia.

time aku dah jatuh cinta dengan dialah, dia cuba nak jauhkan diri dia dari aku. lain kali,kalau tak suka aku, jangan buat aku macam ni. aku sakit. faham tak. SAKIT.

tiba-tiba badannya bergerak sedikit. terus aku menutup mata. dalat aku rasa dakapan danny lebih kuat. rasa sejuk mula menghilang. aku lena. lena dalam dakapan danny...

*****

aku toleh ke sisi. danny awal-awal lagi dah takde. awal betul dia bangun. kenapa tak kejutkan aku. aku bangun lalu menuju ke tandas.

selesai sahaja membersihkan diri dan menunaikan solat, aku terus turun kebawah. meja makan yang aku lihat dahulu dari atas. tiada sesiapa.

aik, mana semuaorang. dapur aku tuju. aku nampak bibik tengah basuh pinggan.

"bik...mana abah dengan yang lain?"

bibik menoleh kearah aku.

"cik muda selamat pagi. tadi, saya lihat semuaorang sudah keluar. saya fikir tiada siapa lagi dalam rumah. err, cik muda mahu sarapan?"

aku geleng perlahan lalu aku senyum segaris. tangga aku panjat. aku terus menuju ke bilik semula. tiba-tiba mata aku terpandangkan bilik lama danny. pintunya terbuka sedikit. aku terus menuju ke situ.

tingkap bilik terbuka. langsir berkibaran. mata aku tertancap pada sebuah lukisan. lukisan lagi... kalini lukisan ini agak menyentapkan tangkai hati aku. aku tak tahu. kenapa sakit sangat. padahal, danny tidak melukiskan sebuah potret. tapi sesuatu. seuatu yang tak semuorang akan faham. warna dan gambar ni....

telinga aku menangkap sesuatu bunyi. bunyi seperti getaran handphone. aku menoleh ke arah katil. aku nampak handphone danny di tepi bantal lalu aku duduk di birai katil.

aku terus buka. lahhh, mesej dari celcom rupanya. apalah...

ting!

tanduk aku keluar. terus teringat whatsapp danny dengan si azami tu. apa kata kita baca. nak tak?

whatsapp aku tekan. nama azami tiada. aih, takkan delete kot. aku scroll kebawah. sekali jumpa archived chats. jumpa pun. nama azami ditekan.

'aku rasa dia dah terlepas dari pengawasan pihak hospital.' itu yang aku baca.

hospital.
apa ni?
siapa terlepas?
beruk? eyh, hospital en. bukannya zoo. semestinya manusia. hish.

nama hazieq tiba-tiba terlayar dalam minda aku sekarang. maknanya...yang terlepas tu hazieq lah kan. yelah, haritu lepas kena tangkap. masuk hospital. doktor kata saraf otak dia yang ada masalah.

tapi, apa kaitannya dengan hazieq. hesy.

"hoi."

aku terus toleh kebelakang. wajah danny terpapar dimataku. dia sedang memeluk tubuh sambil beriak wajah serius.

aku membulatkan mata. terus tekan tengah. ha, habis kau anis. tulah,gatal sangat tangan tu. tangan pun satu. yang kau dengar cakap aku apasal.

"kau buat apa dengan phone aku?" dia terus datang merapat dekat aku.

"aa..er..er..." dey, cakaplah mulut. tiba-tiba kau ada pemyakit gagap ni apahal. "ta..tak. tadi, sa..saya..." aduh!gagap habisss!

"saya apa sayang?" dia menundukkan wajahnya. matanya tepat kedalam anak mata aku. pucuk hidung dia rapat dengan puncuk hidung aku. nafasnya pun boleh aku rasakan.

berdebar.
argh! aku benci betullah!

"apa awak ni."aku tolak tubuhnya perlahan.

"aih, salah ke nak manja dengan kau. yelah,lepas ni aku dah tak dapat bermanja dengan kau kan. sebab lepas ni aku akan lepaskan kau." katanya sinis sekali. bagai ditusuk sembilu. auch! sakit.

dia bagi senyum macam tu. kita hadiahkan dengan senyuman yang paling bahagia. kenalah tunjuk bahagia. aku tak nak dia tengok aku lemah. apa? dia fikir ego dia je. ego aku? aku pun adalah.

"dahlah. saya nak keluar." aku terus angkat punggung. tapi, belum sempat aku nak keluar tangan aku ditarik kasar. bau mint dekat dengan aku sekarang ni.

bibir aku dicium rakus. aku tenggelam. aku tak tahu apa yang aku tengah buat ni. aku tolak dadanya perlahan.

"danny!"

"itu sebab, mulut kau harini ada buat salah dengan aku. aku just bagi punishment yang setimpal." dia senyum senget. lepastu hilang senyumannnya. dia angkat punggung terus keluar dari bilik. aku masih lagi kaku dekat sini.

"love you." dia masuk ke dalam bilik kembali. sempat bibirnya bisik perlahan. handphone diambil disebelah aku. kakinya terus menuju keluar.

"danny, you make me really really really hate you." bibir aku mengungkapkan ayat itu. sebenarnya, apa yang aku ungkapkan bukannya benar memaksudkan. tapi, disebalik itu.

aku pegang bibir aku. aku lemah. aku lemah dengan game ni. macam mana aku nak hidup? tanpa dia pulak tu. gila. dia buat aku jadi gila dengan dia.

tiba-tiba perut aku memulas. aku terus bangun menuju ke bilik air. segala isi aku muntahkan. aduh, pening kepala. tiba-tiba kepala aku terus terangkat. aku pandang cermin.

"no." aku geleng perlahan. janganlah benda yang aku fikirkan itu yang terjadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience