BAB 30

Romance Series 20760

"hahaha!" tiba-tiba datin azmah gelak kuat. wajahnya sudah berubah. aku pandang wajah datin azmah yang sudah tegang. sedari tadi matanya tidak habis dengan menjeling aku. "kau kata dia sakit? sakit?!" suara datin azmah naik seoktaf.

"hey! kau tahu tak dia sakit sebab apa?! sebab kau!" datin azmah datang mendekat lalu tangannya mencengkam leher aku dengan kuat.

terbatuk-batuk aku apabila dia mencengkam leher aku dengan kuat. Aku cuba mencari nafas. Dada mula terasa sempit. tangan aku memegang datin azmah. tapi,cengkamannya bertambah kuat buat aku sesak nafas.

"ibu! lepaskan anis!" hazieq menjerit kuat. mukanya merah menahan marah. hazieq tidak duduk diam dia cuba menggerakkan tubuhnya.

"da...datin... le..lepas!" dengan sekuat hati aku menarik tangan datin azmah. akhirnya dia lepaskan jua. tercungap-cungap aku mendapat oksigen.

"kalau bukan sebab anak aku cintakan kau, dahlama aku bunuh kau!" datin azmah menunding jarinya tepat ke arah mukaku.

pang!

aku terkejut. hazieq tiba-tiba sahaja datang melempang datin azmah sendiri. aku yang lihat terkejut. datin azmah sudah kaku dia memegang pipinya yang ditampar. aku pandang kearah kerusi yang hazieq duduk tadi sudah tiada ikatan talinya lagi.

"ibu jangan sentuh anis!" hazieq berkata dengan garang!

"hazieq! sanggup kamu lempang ibu. kamu tahu tak ibu ni siapa? ibu kamu, yang melahirkan kamu. kamu sanggup lempang ibu sebab perempuan ni!" datin azmah menunding lagi kearah aku.

"hazieq berani! sebab hazieq sayang dia!" urat di leher hazieq jelas kelihatan. timbul segala uratnya. aku yang lihat pun takut. aku pandang sahaja hazieq. kelihatan rahangnya bergerak. aku menelan air liur. takut menyelubungi hati aku tatkala melihat keadaan hazieq sebegini.

tiba-tiba aku dengar suara tangisan. tangisan seperti anak kecil. aku mencari orang yang menangis sebegitu. mata aku tertancap pada wajah datin azmah. dia yang menangis. menangis seperti anak kecil.

"datin..." aku panggil. dia tidak menyahut. masih teruskan dengan air matanya. hazieq memang duduk dekat situ. dia langsung tak bergerak mahupun memandang wajah ibunya.

aku datang merapat kearah datin azmah. bahu datin azmah digoyang perlahan.

"jangan kacau kitalah!" jerit datin azmah. aku berkerut.

"datin... kenapa ni datin?" aku memusingkan badannya sedikit.

"eiii! siapa datin?! datin tu untuk orang tualah! kita muda lagi!" sumpah. sekarang ni aku rasa benda ni lawak. walaupun lawak, aku tetap risau.

"okay... habistu nak panggil apa?"

"panggil kita Ma... awak awien?"

aku tercengang. ha, kenapa pulak panghil aku nama mak aku. buang tebiat ke datin ni?

"apa datin merepek ni?"

"eiii! panggil kita Ma lah! ei!benci! benci! benci!" datin azmah menghentakkan kaikinya di simen itu. aku hanah melihat perangai kebudak-budakan itu.

"Ma...jom balik." aku pujuk. datin azmah tanpa banyak kata dia terus bangun. dia memeluk erat lengan lalu aku menghantar datin azmah kereta.

•••

Split personality disoder.

baru aku faham...
datin azmah... maafkan anis...
selama ni anis pentingkan diri anis...
anis rasa berdosa sangat dekat ibu... sekali lagi... maafkan anis.

aku merintih dalam hati. wajahnya aku lihat lesu sahaja. sudah beberapa hari aku di hospital menemankan datin azmah. hazieq pula pergi ke luar negara untuk menerima rawatan. dia sendiri yang rela. aku tahu... semua ni berpunca daripada aku.

"maaf, ini ahli keluarga datin azmah?"

aku mengangguk perlahan. doktor lelaki yang berkot putih itu aku pandang. di nametagnya tertulis nama azami disitu.

"saya doktor azami. erm,boleh kita berbincang cik?"

sekali lagi aku menganggukkan kepala.

"okay. jom masuk bilik saya."

aku melangkah mengikutinya dari belakang. sampai sahaja di bilik itu aku terus menghenyakkan punggungku dikerusi berhadapan doktor itu tadi.

"doktor... saya nak tanya. ada cara yang boleh pulihkan ibu saya tak?"

kini aku cuba membiasakan memanggil datin azmah kepada ibu. itu adalah kesalahan pertama aku terhadap datin azmah.

"awak tahu kan dia sakit apa?"

"saya tahu...split personality disoder." kata aku perlahan.

"yes. tapi ini multy personality. di mana perwatakannya lebih dari satu. kemungkinan datin azmah akan menjadi keanak-anakan seperti tadi, boleh jadi seorang killer dan sebagainya." doktor azami menarik nafas dahulu sebelum menyambung ceritanya.

"Setiap personaliti memiliki beberapa sikap, tingkahlaku yang berbeza dengan personaliti yang sebenar. Perubahan dari satu personaliti kepada yang lain dikenali sebagai "switching". Switching boleh berlaku dalam jangka masa minit kepada jam bergantung kepada keadaan penyakit pesakit tersebut. Dengan menggunakan hipnosis, terapist boleh berkomunikasi dengan personaliti-personaliti yang ada kepada pesakit untuk menjalankan siasatan mengenai kejadian trauma yang dialami pesakit."

aku terkaku. ya allah, kesian betul datin azmah. maknanya, apa yang abah pernah cakap haritu, abah tak tipu.

"err, terima kasih ye doktor. saya keluar dulu." aku terus mengangkat punggung.

"wait, nama cik?"

"anis syafiqah. panggil anis je." aku senyum segaris sebelum keluar dari bilik putih itu. aku berjalan menuju ke tempat yang agak luas sedikit dan menghadap tingkap.

aku menyandarkan tubuhku di dinding. orang ramai yang lalu di depanku aku hanya biarkan sahaja. sedikit pun tidak mengganggu aku melihat pandangan di luar tingkap hospital ini.

sekarang aku tak tahu nak buat apa. aku ni memang tak guna. tulah lain kali pikir perasaan diri sendiri. ikut sangat kata hati yang tengah marah. inilah dia pembalasannya.

tiba-tiba sahaja mata aku tertancap pada seorang lelaki yang memakai baju hoodie berwarna kelabu. menutup separuh mukanya dengan cap hitam. aku lihat dia menuju ke bilik putih yang aku baru masuk tadi.

kring! kring!

hamdphone samsungku berbunyi. aku mengambil handphone dari poket seluar. tertera nama abah di skrin.

"assalamualaikum. ye abah..."

"waalaikumussalam. ha, anis. kamu ada nampak tak datin azmah. ni dato hamzah risau isteri dia tak balik-balik lagi." jelas suara abah yang kedengaran risau.

"datin azmah ada dengan anis. jangan risau. cakap dekat dato hamzah yang anis bawak datin azmah jalan-jalan. nanti balik lah..." aku menipu.

"oh, risau jugak kami. yelah, datin azmah kan sakit. kalau dia buat apa-apa susah nanti. erm, kalau macam tu abah letak dulu. jaga datin azmah, balik tu jangan lewat. ingat! assalamualaikum." abah berpesan.

"iye abah...tahu. waalaikumussalam." aku mematikan talian.

aku pukul mulut aku. kau dah kenapa anis? kenapa kau kata dia pergi jalan-jalan dengan kau? gila. kalau datin azmah tak boleh balik kena duduk hospital. macam mana? hadoiyaiii. menempah maut sebelum ajal betul!

aku duduk di kerusi yang bedekatan. aku menutup muka aku dengan tapak tangan. sekarang aku tengah penat, penat dengan apa yang sedang terjadi. banyak betul dugaan dalam hidup aku. kenapa dugaan aku macam ni? cerita aku tak seindah apa yang aku sangkakan.

satu-satu masalah timbul. aku masih belum selesaikan masalah aku dengan danny. dengan danny tiba-tiba menghilang. tak oernah dia buat perangai macam ni. ya allah... masalah datin aku nak kena handle. sebab aku yang bersalah. hazieq pun aku kena handle jugak.

"anis?"

perlahan suara itu. tapi, cukup membuatkan hati aku tertanya-tanya. macam aku pernah dengar suara tu. tapi, dimana ey...

aku angkat muka. aku hanya memandang mukanya tidak beriak. ya allah, apa dia buat kat sini?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience