BAB 31

Romance Series 20760

"apa kau buat kat sini?" tanya aku sambil mengacau air teh di dalam gelas kaca pendek ini. mata aku pula meliar ke sekeliling kantin hospital. kepala aku tak habis-habjs memikirkan keadaan datin azmah.

entahlah, aku rasa ada benda yang tak elok sedang berlaku. hati aku ni rasa macam sesuatu.

"aku jadi doktor kat sini. takkan kau tak tahu." ukasyah memeluk tubuhnya lalu menyandarkan ke belakang kerusi.

aku mengangguk perlahan. aku lupa. dia balik malaysia sebab nak jadi doktor. haritu menganggur. entah berapa lama hati dia terbuka nak bekerja. aku tahu yang dia sambung belajar dekat luar negara semata-mata nak jadi doktor walaupun mak ngah a.k.a mak kepada ukasyah ni mengamuk sebab tak ambik alih kerja pak ngah yang dekat ladang tu. bisnes pak ngah yang makin maju dan duduk dalam carta yang terhebat.

ukasyah...
mana pernah minat dalam bisnes berbagai ni. ladang tu mana pernah dia pijak. memang lah dia pijak. tapi,hati mana pernah ikhlas. pijak tanah ladang tu pun sebab kena paksa, aci ugut...tu jelah yang boleh buat ukasyah pijak ladang kat situ.

perut aku berbunyi kuat. laparlah pulak.

"nak makan kek strawberi lah pulak." aku terbayang kek strawberi yang pernah danny suap dekat aku. mesti sedap.

"kau nak apa?" tanya ukasyah. aku terus ubah topik. malas nak layan lama-lama.

"hmm, aku nak naik atas dululah. aku rasa lain macam lah pulak." aku gosok lengan aku yang berlapis dengan cardigan. sejuk mula mencucuk badan aku sehingga terasa ke tulang hitam. "achoom!" aku terbersin dengan kuat. ukasyah dengan pantas memberikan sehelai tisu untuk aku.

"thanks." aku menutup hidung. ya allah,nak demam pulak ke? bagilah aku kekuatan sekejap. aku nak kena jalankan tugasan aku ni.

"jom. aku hantar kau naik atas." aku mengangguk. malas nak pikir benda lain. aku jalan beriringan dengan ukasyah.

"nanti, aku lupa nak tanya kau." ukasyah menghentikan langkahnya di hadapan lif. punat lif aku dah tekan. sementara menunggu, aku tunggu soalan yang bakal disuarakan ukasyah.

"apa? cakap cepat. aku dah tak larat dah ni." aku menggosok hidung aku. terasa berair hidung aku. aduh, time ni lah nak demam, selesema. haii...

"apa tujuan kau dekat hospital ni? siapa yang sakit?"

aku diam.

"pak long? danny? kau?" bertubi-tubi dia bertanya. aku masih diam.

"adalah..." jawab aku malas lepas aku pandang riak wajahnya yang agak tidak puas hati.

pintu lif terbuka. saat aku ingin melangkah masuk kedalam lif, pandangan aku mula kabur. aku cuba menahan tubuh aku dari jatuh.

"weyh...asal ni?" ukasyah memaut lengan aku. aku tepis kasar.

"jangan pegang. aku okay." aku pegang dada lif. tingkat 6 yang aku tuju sekarang ni. alu tahu ukasyah sedang memandang aku. aku hanya biarkan sahaja.

aku tak tahu kenapa pandangan aku terus bertukar gelap.

"apahal ni?" tanya aku lemah.

"aku rasa lif rosaklah. kejap." aku tak tahu apa yang uksyah tengah buat sekarang ni. dia tengah mintak bantuan ke apa ke. aku dah tak tahu apa-apa. kepala aku makin berat. pandangan aku yang tadinya masih boleh nampak,kini sudah pun gelap. segelap-gelapnya. mata aku tertitup rapat. badan aku jatuh terjelopok dalam lif ni.

***

"apa yang kau buat ni?! aku suruh kau jaga dia! bukannya susah pun kerja kau."

kedengaran sayup-sayup suara yang aku dengar di halwa telinga. aku buka mata perlahan. pandangan yang kabur,aku gosok mata perlahan. aku hanya nampak ukasyah dan seorang lelaki yang berhoodie kelabu yang terlindung mukanya disebalik topi itu.

ukasyah pula aku lihat. kolar bajunya ditarik oleh lelaki itu.

"ukasyah..." aku panggil perlahan. suara aku seperti tidak keluar sahaja. ya allah peritnya tekak aku sekarang ni.

ukasyah memusingkan tubuhnya. tangan kelaki yang mencengkam kolar baju lelaki itu dilepaskan. lelaki berhokdie kelabu itu terus meninggalkan ukasyah.

aku perlahan bangun dari pembaringan. ukasyah datang merapat. dia sebagai doktor mula memainkan peranan.

"kenapa kau tak cakap dekat aku." soal ukasyah serius.

aku mengerutkan kening. cakap apa?

"tak cakap dekat kau apa?"

"yang kau pregnant."

aku tak terkejut sebab aku tahu. tapi, dari riak wajah, aku buat-buat seperti terkejut.

"aku? aku pregnant? serius? haha. gila. kau buat lawak apa..." aku buat-buat gelak dihujung ayatku.

"aku serius nur anis syafiqah." matanya tajam menikam kedalam mataku.

"serius?" aku buat muka bosan.

"deadly serious. kau jangan main-main boleh tak. nasib baik lif tu okay balik. kalau tak...aku tak tahulah. selamat ke idak budak tu."

aku diam.

"dahlah. aku nak keluar." aku terus turun dari katil hospital.

"kau nak pergi mana?" ukasyah menghalang aku.

"adalah... jangan sibuk!" aku terus melangkah keluar. ukasyah aku tinggalkan. malas nak layan lagi. dalam kepala ni memang nak menuju ke wad datin azmah je.

***

aku menelefon abah. aku bagitau yang aku bercuti lama dengan datin azmah. abah, confirm pelik lah. yelah,sebabnya aku ni kan tak suka dengan datin azmah. aku just cakap...

"biar anis tebus kesalahan anis. anis tahu apa yang anis buat. abah jangan risau."

danny...

"abah...bagitau danny yang anis tak balik malam ni. esok ke lusa ke....balik lah anis. bagitau danny. anis dah tak larat. thanks abah."

aku kecewa... bila abah bagitahu.

"danny...hmm. dia kata dia tak balik seminggu. sebab dia ada hal. danny ada bagitau abah haritu. abah lupa nak bagitau kamu. takpelah. kalau macam tu, jaga diri baik-baik. assalamualaikum."

aku tunduk memandang cincin di jari aku. perlahan-lahan air mata aku menitis.

aku...aku tak tahu apa yang sedang berlaku dengan jalan cerita hidup aku. kenapa dalam banyak-banyak dugaan aku harus jadi macam ni. hidup aku macam tak ada orang kisah.

hati aku, perasaan aku. semuaorang abaikan. orang sekeliling tak kisah kan aku. aku ni  tak penting dah ke? walaupun aku sebagai watak utama, kenapa watak utama ni macam tak dikisahkan?

atau, aku ni sebenarnya watak utama yang tak patut diberikan perhatian. haha... cerita aku...

mula-mula aku dijadikan perhatian. lama-lama aku diketepikan. sehingga hati dan perasaan aku. semua buat macam kisah tak kisah je.

"hai cik anis..."

aku kesat air mata aku cepat. doktor azami tersenyum memandang aku.

"eyh, doktor buat apa kat sini?" aku bangun.

"saya nak check keadaan datin azmah boleh?"

aku angguk laju lantas aku keluar dari situ. aku duduk di kerusi yang telah disediakan di luar wad.

grrr...

perut aku berbunyi.
dalam perut aku ada nyawa. aku lupa.
aku sekarang ni teringin pulak nak makan strawberi kek tengah malam macam ni.

wahai anak...
bukannya mama tak nak beli strawberi kek.
tapi, mama tak larat.

"kenapa kau tak cakap dekat aku."

"tak cakap dekat kau apa?"

"yang kau pregnant."

terngiang kembali percakapan aku dengan ukasyah.

memanglah aku tak bagitahu dia. dia bukannya berhak tahu. yang berhak tahu danny. tapi, aku rasa tak payah dah kot. sebab tak lama lagi akan ada perpisahan. so, baik tak yah cakap.

kalau aku cakap pun. takdir boleh diubah ke? aku tengok danny macam dah tekad sangat. erm, entahlah... aku tak pasti lah pulak yang dia tekad SANGAT.

aku tahu aku mengandung pun lepas aku muntah teruk haritu. aku syak mengandung tu memanglah ada. tapi, taklah aku sangka betul-betul.

buat pregnancy test memang positif. sampai dua kali berturut-turut aku buat. manalah tahu pregnancy test tu rosak. akhirnya,aku turun juga ke klinik. aku memang disahkan mengandung dua bulan.

"mama harap sangat yang dekat dalam perut ni buat baik dengan mama. sebab, mama tengah ada masalah. so, jadi budak baik-baik okay?" aku usap perut aku perlahan. aku bahasakan diri aku dengan mama. macam comel lah pulak.

danny...
anak kita danny...
dia tengah membesar dalam perut saya...
kenapa time macam ni awak nak menghilangkan diri? kenapa time macam ni ada je yang nak jadi...

"wah! terima kasih nak!" seorang makcik tua mengucapkan terima kasih kepada seseorang.

aku terus angkat muka. aku pandang sekeliling disitu. semua sedang senyum bergembira. aku lihat di tangan mereka memegang sebuah pinggan kecil. dari jarak jauh aku boleh bau kek stawberi.

aku hanya melihat sambil tersenyum. baiknya orang yang bagi kek tu.

tiba-tiba ada seseorang menghulurkan pinggan kecil yang berisi kek. diatas ada sedikit hiasan buah strawberi. ya allah, sedapnya...

"terima kasih..." aku menyambut hulurannya. aku cuba menilik wajahnya. malangnya wajahnya berselindung disebalik mask putih.

"awak sakit ke?"

dia hanya mengangguk. dia membuat bahasa isyarat sakit tekak. aku mengangguk perlahan. aku faham pun sebab aku pernah belajar bahasa isyarat dahulu sebab danny.

dia terus melangkah pergi. ditangannya ku masih nampak dia menggenggam plastik yang berisi dengan kotak kecil. mungkin dia ingin memberi kepada orang lain pula.

harini memang rezeki aku. terima kasih ya allah...termakbul doa anak aku yang meminta kek itu. aku menyuap kek itu kedalam mulut. sedap... sama macam mana danny belikan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience