BAB 5

Romance Series 20760

"maaf...saya tak boleh terima." itu yang apa aku dengar daripada mulut abah sendiri. kenapa abah menolak? bukan ke aku dah cakap yang aku terima.

aku pasang telinga untuk mendengar perbualan diantara abah dan orang yang aku tak berapa kenali. beberapa minit yang lalu mereka telah datang ke rumah kami. aku dan abah sungguh tidak menyangka tentang kunjungan terkejut ini.

"zaidin...mustahil orang macam awak menolak tawaran yang lumayan macam ni. awak nak ke syarikat awak terus jatuh? dan saya akan saman awak. saman malu. saya akan saman satu juta kalau awak tak terima pinangan anak saya untuk anak awak. saya dah bagitahu dekat semua orang tentang perkahwinan antara anak awak dengan saya dan syarikat awak saya akan tutup. sebab, awak anak syarikat saya."

abah pula sudah menundukkan kepalanya. mungkin rasa bersalah.

"sa...saya mintak maaf tan--"

hati aku terasa panas. pantas aku menuju ke ruang tamu hadapan. aku bertemu mata dengan seorang lelaki yang agak beruban sedikit dan seorang wanita yang sepertinya juga duduk disebelahnya. isterinya mungkin. aku memandang wajah mereka silih berganti.

"maaf...tuan,puan or dato' datin." kata-kata aku terus dipotong oleh lelaki beruban itu.

"tan sri."

aku merengus kasar. salah bagi gelaran pun nak ditegur menyampah aku. aku pandang wajah abah. aku tahu dia suruh aku diam tapi aku tak boleh diamkan lagi apabila ada orang buat dekat keluarga aku macam ni. lagi-lagi orang yang aku sayang.

"okey fine. 'tan sri' macam nilah. saya akan terima pinangan anak 'tan sri' tu. maknanya abah dah tak kena saman kan? means, ayah saya tak dapat saman kan?"

tan sri itu mengangguk. tongkat ditangannya ditukar ketangan kanannya pula.

"anis! apa anis buat ni. kalau anis terpaksa. jangan paksa diri tu." abah berkata keras kepada aku. apa kesah aku. yang penting abah tak mengalami kerugian semata-mata hanya hendak membayar saman MALU itu.

"dahlah abah. anis terima pinangan tu. lagipun kita dapat banyak faedah kalau anis kahwin dengan anak 'tan sri' ni. kan tan sri?" aku mengangkat kedua-dua keningku.

_____

Beberapa minggu kemudian...

aku tergelak sendirian apabila melihat hidupku ini. biasanya aku baca novel. jalan cerita dia memang ada banyak karenah. banyak yang aku pertikaikan. dan sekarang terjadi dalam hidup sendiri. padan muka!

pihak lelaki kata mahu membuat perkahwinan awal. katanya tidak mahu aku ubah fikiran. sudah berkali-kali aku katakan kepada mereka yang aku takkan ubah fikiran. sebaliknya mereka kata aku sengaja.

malam ini malam berinai. aku terpaksa berinai. pada mulanya memang aku tak nak. tetapi, aku telah dipaksa oleh abah aku sendiri. terpaksalah aku pakai juga.

jari aku tenung. tak lama lagi, jari aku akan terhias lagi satu cincin. cincin pertama tanda merisik dan tunang. kini cincin kedua bakal disarungkan. aku memandang cincin yang arwah mama pakai. aku senyum sedih. cincin itu membuatkan aku teringat tentang mama.

"anis okey?" puan sri hidayah duduk disebelah aku. tangan aku dipegang dan diusap lalu dia tersenyum memandang aku.

"alhamdulillah okey. cuma nervous." aku buat gelak sedikit dihujungnya. hipokrit. biarlah.

"terima kasih sangat sebab terima anak mummy. anak mummy tu jenis bukan suka sangat dengan perempuan ni. ey, jangan salah faham. dia bukannya gay. cuma dia ni memang memilih. mummy pun tak faham taste dia. mummy ingat taste dia tinggi melangit. sekali...aduh, taste dia memang tinggi betul. yang lawa jugak dia pilih." puan sri hidayah memandang aku. aku pula yang rasa malu.

eyh, sekejap. anak dia? siapa anak dia? macam mana anak dia kenal aku? aku jadi pelik seketika.

_____

last-last minute baru aku plan nak larikan diri. ini semua bisikan syaitan. baju pengantin aku angkat tinggi sedikit. ish, rimas! labuh sampai ke lantai. nak mop lantai betullah baju ni!

aku ikat kain baju aku yang sudah lama dari stor di tingkap. nasib baik tingkap aku tak bubuh besi tu. dulu aku gedik jugak mintak berbesi. nasib baiklah abah lupa. tak letakkan. memang aku mengamuk tapi, ada faedahnya jugak. macam sekarang ni. nak larikan diri dari perkahwinan terpaksa ni!

perlahan-lahan aku cuba menurun kebawah. sesekali aku cuba memandang kiri kanan. manalah tahu ada orang nampak aku cuba melarikan diri dalam saat genting ni.

skret. skret. macam bunyi baju terkoyak. aku pandnag atas. satu baju yang berwarna putih telah terkoyak sedikit.

"makkkk!!!" aku jatuh. tapi badan aku langsung tak sakit.

aku lihat baju yang aku ikat tadi sudah pun terkoyak. kain yang selebihnya ada pada aku. aku cuba bangun tetapi badan aku seperti terkunci sahaja kerana baru aku teringat untuk melihat apa yang aku hempap.

"allah!" aku menjerit. lelaki berbaju melayu ini mengerang kesakitan. mungkin sakit menampung berat badan aku yang berat.

"aduh! sakit pinggang aku." dia mengaduh kesakitan. aku rasa sungguh bersalah. aku lihat dia terus bangun sambil mengurut tempat yang dikatakan sakit.

"maaf encik. saya tak sengaja." aku menutup mata sambil memohon ampun. ya allah! malunya aku! tulah anis, lain kali tengok bawah. ada tak orang lalu lalang kat area ni. ha, tak pasal-pasal dah hempap orang.

"anis?" suara garau itu memanggil aku. suaranya seakan aku pernah dengar, terus aku buka mata.

danny!

"kau nak lari dari kahwin eh?" danny senyum sinis sambil memeluk tubuhnya. dia memandang aku yang masih lagi terduduk diatas rumput.

"awak...tolong saya awak. saya tak nak kahwin. bawak saya lari. saya janji kalau awak bawak saya lari saya akan belanja apa yang awak nak." sumpah! sumpah aku terdesak gila sekarang ni! aku tak kisah lah mamat ni nak apa, asalkan dia bawak aku jauh dari sini. aku tak sedia pegang title 'isteri'

dia menggeleng perlahan dalam kesakitan. bibirnya mengukirkan senyuman sinis.

"alah...takpayahlah lari-lari. jom aku bawak kau pergi sana." jarinya menunding kearah ruang tamu yang sudah penuh dengan tetamu. dia menarik aku.

aku terus melepaskan tangan aku darinya. gila ke apa mamat ni?! aku tak nak! aku taknaklah!

"tak nak! kan saya dah kata tak nak kahwin." aku berhenti dari mengikutnya. memang aku tekad dah aku tak nak kahwin. aku tetap dengan keputusan aku.

"maksud aku bukannya kahwin. kita mengakulah yang kita ni bercinta. alah, pandailah aku cakap yang kau ni sebenarnya... hesh! kau nak malukan ayah kau ke kalau pernikahan antara lelaki tu dengan kau tak jadi? kau nak ayah kau marahkan kau?"

aku percaya dan aku ikutnya dari belakang. aku duduk di tempat khas pengantin. berlakon. sabar, sekejap lagi akan ada drama bermula. dan saat itu aku tidak akan kahwin lagi. hahaha!!!

"anis! ya allah! makcik ingat kamu dah larikan diri tadi sebab tak nak kahwin. makcik ketuk pintu bilik takde siapa adalam tu. siap ada baju bergantung dekat tingkap lagi." jelas makcik bibah yang kelihatan termengah itu. kesian dia.

alahai makcik, saya memang nak larikan diri pun. memang tak nak kahwin. saya tak nak.

pihak lelaki sudah sampai. aku menutup mata. yes! dah sampai. sekejap lagi danny akan masuk dan mengaku yang kami sebenarnya ada hubungan gelap. ha tak gitu. pengantin lelkai confirm tak mahunya dekat aku. hahaha! jahat betullah aku ni!

"bismillahhirahmanirrahim... muhammad..." aku langsung tidak menghiraukan kata-kata tok kadi. yang aku fikir sekarang ni, abah. mahu ke abah terima kqlau si danny tu cakap macam tu. hesh, mesti keadaan dia sama apa yang danny cakap. ya allah, sakit kepala aku.

"aku nikahkan dikau dengan nurul anis syafikah dengan mas kahwinnya tiga ratus ringgit tunai." itu suara tok kadi. aku sudah senyum gembira. tidak sabar untuk mendengar suara yang akan menolong aku.

"aku terima nikahnya nurul anis syafikah dengan mas kahwinnya tiga ratus ringgit tunai." aku terus membuka mata.

mana danny?

ah, sudah. aku sudah sah menjadi isteri kepada siapa tah ni. nama lelaki itu pun aku tidak berapa nak dengar sangat sebab aku hanya memikirkan lakonan aku seketika nanti.

aku terus bangun mencari kelibat danny. semua mata tertumpu kearah aku. terutama danny. danny memandang aku. dia hanya tersenyum. aku lihat dia sedang duduk dihadapan tok kadi.

"what?" muka aku jelas kelihatan terkejut. dahi aku berkerut seribu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience