"pergi mana?" baru sahaja aku mahu memanjat tangga suara abah tiba-tiba aku dengar. aku ingat abah belum pulang lagi. rupanya dah balik dah.
"keluar, jalan-jalan ambik angin luar..."aku membalas dengan suara yang rendah. yang ye pun malas nak bercakap. kang kalau tak bercakap apa pulak kata abah. dikategorikan pula 'ANAK DERHAKA' anugerah pukul tujuh malam.
"kenapa tak mintak izin dekat suami kamu dulu?" abah berkata dengan suara yang agak serius. aku memusingkan badan menghadap abah.
"keluar pun nak kena mintak izin ke?" aku menjungkitkan kening. hati ni sakit sebenarnya. sakit bila jadi macam ni.
"his your husband and you should know about this. abah dah ajar pasal agama. adab dengan suami you should know too." suara abah meninggi.
"dahlah abah. malas nak cakap." aku terus memanjat tangga tanpa menoleh kearah abah. aku senyum senget. aku memandang tangga sewaktu naik. apabila aku nampak kaki seseorang di tangga aku terus mengangkat kepala.
"awak buat apa kat sini?" aku bertanya dengan malas. pandangan aku alihkan ke tempat lain sambil berpeluk tubuh.
"kau ni memang biadap kan. dengan ibu, kau macam tu. dengan abah pun kau macam tu. apa salah diorang sampai kau nak layan diorang macam ni. diorang tak buat apa-apa pun." aku pula hanya tersenyum sinis.
"kan saya dah kata. kalau awak tak tahu apa-apa, you should be quiet and i know what im doing." aku terus pergi menuju ke bilik baru aku. aku sedar matanya melekat pada aku. aku hanya berlalu pergi meninggalkan dia.
aku harap kau tak menyesal kahwin dengan aku. yes, im the devil. im the devil girl.
_____
sungguh aku rasa tidak selesa di ruangan meja makan ini. pandangan yang diberikan oleh abah dan danny amat menyakitkan hati aku. aku tetap menyuap nasi kedalam mulut. sesudah habis aku makan. aku tidak tunggu lama, aku terus bangun lalu mencuci pinggan.
selesai sahaja mencuci pinggan baru sahaja aku memusingkan badan. bau minyak wangi yang berjenama polo itu memasuki ruangan hidung. aku mengangkat kepala. ternyata danny memandang aku.
"awak nak apa?" aku bertanya dengan tiada perasaan.
eyh, yeke takde perasaan. sebenarnya dalam hatini bagai nak gila tahu tak. rapat macam ni. gila tak berdebar.
"esok ikut aku balik rumah daddy dengan mummy." dari ekor mataku aku perasan yang dia memandang aku. aku buang pandangan kearah lain.
"tak nak." aku memberontak. malas aku. nanti kang tak pasal-pasal jumpa 'tan sri' tu...aiseh men. mati anis macam ni nak...
"aku tak mintak persetujuan kau pun. aku akan heret kau walau macam mana sekali pun." dia tidak mengendahkan aku sebaliknya dia membasuh pinggannya disebelah sinki. selesai sahaja dia berlalu pergi meninggalkan aku. aku hanya mencebik tak puas hati.
suka buat aku macam ni! mentang-mentang dia ada kuasa veto! aku takde. hish! emmabg menyusahkan hidup aku betullah!
Share this novel