BAB 26

Romance Series 20760

tasik titiwangsa. siapa yang tak kenal dengan tasik ni kan. aku berjalan dengan danny. ukasyah, herm...hilang entah kemana. turun-turun kereta terus lesap.

"dah berapa lama kau dengan ukasyah?" suara danny kedengaran agak dingin.

"dah berapa lama saya dengan ukasyah? means? saya tak faham." aku tautkan kedua keningku. wajah danny dipandang. aku cuba untuk memahamkan apa yang danny cuba ingin katakan.

senyum sinis terhias dibibirnya. baru aku dapat faham apa yang dia cakapkan tadi.

"awak sekarang nak kata saya bercinta dengan dia macam tu?"

danny tepuk tangan. senyum sinis masih lagi terhias di bibir merah itu. ketawa dibuat-buat. ini memang aku tak faham.

"kalau nak tahu sangat berapa lama saya 'bercinta' dengan ukasyah, tanyalah ukasyah. saya tak ingatlah..." saja aku tekankan ayat bercinta tu. entah kenapa hati aku rasa sakit dengan perangai danny. dia yang buat aku macam ni.

"oh, maknanya selama ni kau tak cintakan aku lah kan? kau bercinta dengan mamat tu. macam tu?" kedengaran suaranya berubah. "so, apa makna perkahwinan ni dalam hidup kau?" sambung lagi danny. dia langkah setapak kehadapan menghampiri aku.

aku pandang sekeliling. takut-takut orang tengah tengok. malu weyh!

"apa awak ni..." aku tolak tubuhnya perlahan.

"jawab soalan aku."kata danny agak keras.

"anis jom pergi makan! aku lapar lah..." tiba-tiba sahaja ukasyah datang. aku tak tahu dari ceruk mana dia datang sergah aku macam ni. nasib takde penyakit al-sakitan jantungan.

"oo..er...erm.. nak makan kat mana?" aku terus berjalan disebelah ukasyah. danny menjeling dengan pandangan yang agak tajam.

"makan dekat satu kedai ni. semalam aku ada jumpa time aku on the way nak balik rumah pak long. nampak macam sedap. dekat situ..." ukasyah dengan bebelannya aku sekarang ni tak habis-habis mata ni dok tengok danny yang menjeling. bila dia pandang aku, aku buat-buat pandang ukasyah. takut.

•?•?•

lengan aku ditarik danny. aku pada mulanya baru berura-ura nak duduk dekat sebelah danny. tapi, dia terus tarik lengan aku. di suruh aku duduk menghadapnya. ukasyah duduk disebelah danny.

"nak makan apa?" itu yang ditanya oleh ukasyah.

aku menggosok lengan. tak tahu nak makan apa.

"aku tak kisah. oder je lah apa-apa. aku belanja." aku senyum segaris.

"sayang nak makan tomyam tak?" tiba-tiba danny bertanya. suara dia berubah lembut. aku seakan terpukau. dia memandang aku. aku mengangguk perlahan. bila dengar perkataan tom yam. macam sedap... sebab dulu abah pernah belikan tomyam untuk arwag mama. time tu arwah mama sakit. entahlah. sepatutnya time sakit makan sup. tapi, mama mintak tomyam. abah turutkan jelah.

"awak nak makan apa?" aku tanya dia pula.

"tomyam." sepatah dia menjawab. aku angguk sajalah.

"ukasyah?"

"aku nasi goreng ayam je." kata ukasyah sambil menaip sesuatu di handphonenya. "air teh ais."

"kak...tomyam dua, nasi goreng ayam satu. air teh ais dua. air kosong satu." aku terus memesan. aku tahu danny mesti mintak teh ais jugak. biasa pergi kedai makan teh ais je yang selalu dimintak.

"sayang...salah lah. tom yam satu je." kata danny. aku mengerutkan keningku.

"aih, awak tak nak makan ke? kata nak tomyam jugak."

"kita kongsi je la...abang takut tak habis."danny senyum memandang aku. "nanti abang suaplah..."

pipi aku sudah merah. hish, nak cakap kongsi janganlah dekat depan kakak ni. malu aku! kakak ni dah tersengih-sengih. ukasyah memandang wajah aku sambil membuat muka jelik.

"er, itu jelah kak. terima kasih." kata danny. dia terus mengambil handphone dari koceknya.

"err, abang nak pergi tandas. ukasyah, jaga isteri kesayangan aku." terus danny bangun. handphone milik danny diberikan kepadaku. sebaik sahaja danny pergi ukasyah duduk dihadapan aku temoat danny duduk.

"anis...aku nak tanya boleh?"

"tanyalah..." air yang diletakkan kakak itu terus aku capai. air kosong aku sedut perlahan.

"kau kahwin dengan danny tu atas dasar suka sama suka atau dipaksa keluarga atau..."

"aku yang mintak." aku terus jawab.

"kau mintak? mustahil." ukasyah tergeleng perlahan. matanya memandang kearah ku.

aku diam. handphone milik danny tiba-tiba sahaja bergetar. di skrin tertera nama yang aku tak pernah dengar. 'Azami'. aku biarkan sahaja.

"siapa call?" tanya ukasyah.

"kawan suami aku rasanya... ni phone dia."

ukasyah mengangguk perlahan. tiba-tiba handphone danny aku buka selepas talian azami telah putus. notiffication whatsapp masuk. belum pernah lagi aku check whatsapp danny. almaklumlah...phone dia tak selalu aku nampak dia pegang.

aku tak bukak sebaliknya aku baca dari luar. 'Azami' yang whatsapp. mungkin tak dapat call, whatsapp lah pulak.

'aku rasa dia dah terlepas dari...' setakat itu je yang aku boleh baca. kang kalau bukak nanti danny tahu aku check whatsapp dia.

"sayang..."meleret danny memanggil aku. aku angkat kepala. danny dah berada di hadapan aku. ukasyah sudah duduk di tempatnya semula.

"err, awak...tadi kawan awak call." aku serahkan handphone kepadanya.

"siapa?" tanya danny sambil mengerutkan keningnya.

"azami..."

riak wajah danny bertukar serius.

"makanan dah sampai tu..." ukasyah menolak tomyam kepadaku. nasi goreng ayamnya sudah selamat masuk dalam mulut.

"awak nak makan tak?" aku tanya. ternyata wajahnya masih lagi serius.

"makanlah dulu..." kata danny sambil menaip sesuatu di phonennya.

aku memulakan suapan demi suapan. danny masih lagi fokus dengan handphonennya. aku sekarang ni aku terpukau dengan wajah dia yang iye pun. wajah yang disimbah cahaya kuning. aww...handsomenya. aduh suami siapalah ni.

sekarang ni semua perempuan yang kat kedai ni dok tertoleh kat suami aku. eii! aku cungkil biji mata perempuan-perempuan dekat sini. kalau nak usha laki pun jangan laki aku. tapi, sepupu aku. ha, ukasyah ni available. siapa nak mari... danny aku punya. eyh? apa aku merapu ni?

"cepat sikit. kita kena balik." danny terus bangun.

"kenapa?" aku terus tanya. danny diam. dia terus menuju ke kaunter untuk membayar makanan.

"dah. jom." danny segera menuju ke kereta tergesa-gesa. nasib baik ukasyah dengan aku dah siap makan. aku tak tahulah kenapa tiba-tiba danny ajak balik.

•?•?•

dalam rumah ni sumpah rasa suram dan menyeramkan. danny tak habis-habis jeling ukasyah.

aku pelik dengan danny ni kadang-kadang. bila depan ukasyah, bukan main baik lagi dia layan aku. siap bersayang-sayang. bila takde ukasyah. terus beraku-kau.

entahlah... danny bukan danny yang dulu. danny yang baik. walaupun dia bahasa aku kau. tapi, dia punya cara dan perilakunya semua nampak okey. tapi, lepas apa yang jadi dulu. dia banyak berubah. tambah-tambah lagi kehadiran ukasyah.

"awak...saya naik dulu." aku meminta diri. tangan aku ditarik oleh danny semula.

"baik kau duduk." kata danny perlahan tapi tegas.

"assalamualaikum..." pintu utama rumah terbuka luas. dato hamzah lee dan isterinya siapa lagi. kalau bukan datin azmah. dibelakang abah pun ada. aik, abah baru balik ke?

semua duduk diatas sofa. aku duduk diseblah danny sambil tangan aku digenggamnya. aku tak tahu kenapa aku rapat sangat dengan danny. macam tak nak lepaskan aku. hesy...tapi takpe. aku suka sebenarnya.

"okay, semua dah ada. so, kita dah boleh bincangkan..." danny bersuara. aku menoleh memandang danny.

"bincang apa?" aku tanya dekat danny. semua diam memandang aku. hanya danny sahaja memandang tempat lain.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience