BAB 27

Romance Series 20766

sunyi. muram. ini yang aku rasakan sekarang. mata aku memandang satu persatu wajah yang berada di hadapan aku. muka danny adalah yang terakhir aku tatap. ukasyah sudah mengangkat punggung. dia terus pergi dari ruang tamu ni.

aku tak faham. apa yang diorang sembunyikan lagi dari aku? apa yang diorang tak cakapkan lagi dekat aku? apa yang aku tak tahu? apa ni? semua soalan berputar di otak aku.

kalini... debar dia hampir sama macam mana hazieq nak bagitahu aku. debar dia rasa macam nak meletup. aku tak tahu kenapa instinct aku cakap ada sesuatu buruk yang akan berlaku. huh...tolong buang instinct ni. aku benci instinct macam ni.

aku lihat danny menghela nafasnya perlahan. abah yang tadinya wajah serius kini berubah lembut. dato hamzah lee dan datin pula...entah... aku tak dapat nak agak.

"anis... aku... aku mintak kau lupakan kebahagiaan. maksud aku... kau teruskan hidup kau. aku teruskan hidup aku."

tersentak aku. hati aku rasa macam dipotong dan disiat. aku tak tahu kenapa perit sangat rasa yang aku tengah dengar.

ayat ni...ayat ni hampir sama dengan apa yang diluahkan hazieq dulu...bezanya, aku tidak memegang apa-apa status.

terus teringat aku semula apa yang hazieq katakan padaku.

•?•?•

"anis..." hazieq menyebut namaku. dia hanya menunduk kebawah. langsung dia tak tatap muka aku.

"haz...kita dah dapat privacy dah. so...cakaplah cepat. anis banyak kerja nak kena buat ni." aku duduk disebelahnya. baju lengan panjang yang aku sinsing tadi aku turunkan.

"anis...apa yang haz nak cakap ni. harap anis dapat terima..." kata hazieq kendur.

"apa haz cakap ni? peliklah anis dengan haz ni..." aku tertawa kecil apabila aku melihat hazieq mencengkam tanggannya lalu ditekan kasar. hazieq aku lihat dia kini hanya diam. aku menghembus nafas perlahan. "cepat haz..."

"anis...haz...haz mintak anis lupakan kebahagiaan. maksud haz... anis teruskan hidup anis...haz teruskan hidup haz." itu yang terluah di bibirnya.

aku tersentak. rasa gelora dihati aku cuba dikawal. kalau ikutkan riak wajah aku sekarang ni sudah berubah. tapi, aku tetap kawal.

"haz...haz..." aku tergeleng perlahan. "apa yang haz cuba nak cakap ni? anis tak fahamlah." aku pandang mukanya sejenak.

"haz akan pergi dari perkahwinan tu."

zappp! aku rasa aku jelas dengar apa yang dikatakan oleh hazieq.

"hazieq cakap apa tadi?" aku bertanya. manalah tahu aku ni salah dengar. sebab lately ni aku asyik salah dengar je.

"haz akan pergi dari perkahwinan tu. haz cakap betul. samada anis nak percaya atau tidak, terpulanglah."

aku senyum. bukan senyum gembira. senyum yang dibuat-buat.

"haz...anis tahu haz sebenarnya tertekan. haz pikirlah masak-masak dulu sebelum buat keputusan. pernikahan kita tetap akan dijalankan. haz tahu kan..."

hazieq mengangguk perlahan.

"anis...apa-apa pun. hazieq ulang sekali lagi." dia menarik nafas lalu dihembus. "haz akan pergi dari perkahwinan tu."

"sebab? mesti haz ada sebab kan?" aku dah tak tahan. hati aku dah tak boleh lagi nak tahan. jadi aku terus tanya.

"haz ada sebab sendiri."

"haz ada perempuan lain? kan?" aku terus keluarkan apa yang aku sedang fikirkan. tanpa menapis soalan terus aku tanya. malas nak berselindung.

haritu, aku sendiri nampak hazieq dengan seorang perempuan sedang berpelukan. aku tak buta. aku nampak... dahlah time tu panas. nasib baik beli air mineral. dapatlah sejukkan hati aku. aku cuba berfikiran postif. apa orang kata...positive vibes.

hazieq diam. dia menekur jarinya. tiba-tiba dia terus bangun.

"hazieq balik dulu..." hazieq terus pergi meninggalkan aku. belum sempat aku nak cakap, dia dah pergi terlebih dahulu.

•?•?•

esoknya, sehari sebelum langsungnya pernikahan diantara aku dan hazieq, aku menerima mesej. mesej dari hazieq.

"get ready."

tiba-tiba bibirku tersenyum senget. maknanya apa yang hazieq cakap haritu dia tipu jelah kot. dia dah fikir masak semasaknya lah tu. apa-apa pun aku dah buang perasaan gundah gelana aku dekat hazieq. sekarang ni aku hanya memikirkan tentang hari esok. hari bahagia aku...

•?•?•

aku duduk ditempat yang dikhaskan untuk pengantin. aku duduk bersimpuh. tangan aku digenggam erat mama. mama tak habis-habis tersenyum. aku nampak mukanya yang risau. dengan berpeluh kat dahi.

"mama nervous lah..." mama memandang muka aku.

aih, siapa nak kahwin ni? aku ke mama?

"mama ni...sepatutnya anis yang nervous tau. apalah mama ni."

"tepi! tepi!" jerit haziqah. aku toleh kebelakang. haziqah datang tergesa-gesa dekat aku. aku hanya senyum sahaja. apa-apa jelah minah ni.

"akak... haziqah harap akak bawak bersabar." haziqah bisik perlahan. mama juga dengarinya.

"apa dia...cakap lah." aku memandang muka haziqah.

"nah." handphone samsungku yang aku amanahkan untuk dijaganya diberikan padaku.

aku buka ruangan mesej. nama hazieq terpampang diatas sekali.

'bye...' itu yang diberikan padaku. dah kenapa nak ber'bye'ni?

"apa abang haz ni merepek ni?" aku gergelak kejap.

"nah." iphone miliknya diserahkan kepadaku pula.

"nak buat apa?" aku berkerut. haziqah suruh aku buka whatsappnya. ruangan sdmbang diantara hazieq dan haziqah aku tekan.

'adik...sampaikan dekat anis. katakan yang abang mintak maaf sangat-sangat. abang akan tinggalkan perkahwinan ni. cakap dengan dia. jangan cari abang. nombor abang, abang dah tukar. abang dah pindah. cakap dengan anis. abang akan selalu sayang dia tapi jarak jauh. and sekali lagi...maafkan abang...'

aku terpaku. iphone milik haziqah aku terlepas. aku kaku. mama menggoncang badan aku perlahan. asyik bertanya kenapa. aku serahkan iphone milik haziqah kepada mama.

•?•?•

perpisahan.

itu yang dia cuba maksudkan. itu apa yang aku alami dulu. itu yang membodohkan aku. kenapa masih wujud lagi manusia macam ni?

"anis... niat ibu bukannya nak runtuhkan rumah tangga anis. tapi, ini semua kebaikan untuk anis dan danny." kata datin azmah.

"benefit? what good is it?" aku terus bersuara kasar. aku...aku rasa aku ditipu lagi.

"anis..." abah dah menjeling aku. dia sudah memberi amaran. aku tahu perilaku aku agak kurang ajar.

danny hanya diam kaku. tangannya masih lagi tak lepas menggenggam tangan aku. aku senyum sinis.

"kau kata nak lepaskan aku kan. kenapa tangan aku kau pegang lagi. lepaslah!" aku terus merentap tangan aku dengan kuat. aku geram! aku benci!semua rasa bercampur aduk. aku...aku sakit hati!

aku terus angkat punggung. aku dah tak tahan dengan lakonan diorang ni. kenapa? kenapa aku yang kena hadap semua cerita ni? kenapa aku yang dipilih?

aku memanjat tangga. langsung tak menoleh kebelakang. tubir mata dah bertakung. panas aku rasakan di mata. aku kibas perlahan dengan tangan. tolong...please...jangan nangis anis. you have to strong. you can do this. kita tengok permainan diorang yang diorang nak jalankan.

ting!

handphone samsungku berbunyi. mesej masuk. haziqah...

'akak...jangan percaya. please...'

kening aku bertaut. mesej haziqah dibiarkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience