BAB 25

Romance Series 20766

nasi goreng kampung aku letakkan kedalam mangkuk. aromanya membuatkan perut aku makin berkeroncong.

ya allah! mesti sedap. ehehe...sendiri masak, sendiri puji. eceyh...

di meja semua sudah menunggu. abah, memang sudah lengkap dengan pakaian pejabatnya dengan membaca surat khabar.

begitu juga dengan danny, hanya duduk membaca surat khabar. pelik jugaklah. sebabnya, si danny ni hate newspaper.

"good morning everyone!" sapa ukasyah dengan gembira. aku hanya ukirkan senyuman menyapa dia dipagi hari.

"morning..." jawab abah. cermin matanya diturunkan sedikit.

"eyh, kasya. baru bangun?"

ukasyah hanya tersengih sehingga menampakkan baris giginya. persis macam budak-budak perangai walaupun dah tua. hahaha!

"malam tadi kasya tidur lewat sebab skodeng orang." jawab ukasyah selamba. wajahnya aku jeling tajam manakala danny pula hanya beriak tenang.

"hoi,hoi,hoi!" aku bagi amaran kepada ukasyah.

eii, janganlah cakap pasal malam tadi. dahlah malam tadi dia duk sibuk intai aku buat apa dekat dalam bilik danny. eish! memang tak boleh betullah si ukasyah ni!

"skodeng siapa kasya? kat rumah pak long ni mana ada anak dara dah. anak pak long sorang ni je, tapi dah kahwin."

ukasyah memandang aku.

"apa?" tanya aku polos memandang wajah ukasyah yang ternyata terkejut.

"huh? terkejut ke? yang aku dah kahwin?" aku mengangkat kening.

"mesti dalam kepala otak kau kata dah takde chance nak ngorat aku kan?" kataku lagi membuatkan ukasyah terbatuk.

"dah kahwin? maknanya, ini depan aku ni, suami kau? bukan kau tak jadi kahwin ke? aku fikir dia ni sepupu sebelah arwah mak long." wajah ukasyah berubah sedikit.

danny terus menutup surat khabarnya. nasi goreng kampung diambil lalu diletakkan dihadapanku.

"eih?" itu yang terbit dari mulut aku. mana tak peliknya... tiba-tiba aje.

"makanlah sayang...abang dah ambikkan dah." danny senyum manis. aku tercengang and terpanar dengan pandangan matanya. baru harini dan kalini adalah pertama aku nampak senyumannya selepas kejadian tu berlaku.

"tak payah buat drama dekat sini." ukasyah mengambil pinggan lalu mencedok nasi goreng kampung ke dalam pinggannya. abah, memang tak masuk campur. memang khusyuk dengan kerjanya dan roti yang dipegang.

"eer...dahlah. jomlah kita makan. lepasni kan aku nak bawak kau pergi tasik tu. bolehlah kita picnic kat situ." aku terus ubah topik. mata aku terus larikan dari mata danny. huihhh...seram.

"herm..." itu balasan ukasyah..aku pandang wajahnya. riak yang aku tak dapat baca.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience