BAB 17

Romance Series 20760

aku pulang kerumah. aku tak mahu tinggal disitu. lagipun aku tidak mahu menghadap muka hazieq. kang kalu aku duduk kat situ, nanti jadi drama lain pulak.

pintu rumah aku buka. dari jauh aku lihat ada seorang yang sedang makan di dapur lalu pintu rumah aku tutup perlahan.

"danny..." kataku perlahan. aku terbitkan senyuman.

danny makan membelakangkan aku. aku malas mahu mengacau danny terus menapak perlahan menuju keatas.

pintu bilik aku kuak lalu membuka suis lampu bilik.

"subhanallah! cantinya lukisan ni!" aku melihat lukisan yang masih lagi tergendala. tapi aku tahu lukisan itu seperti seseorang yang aku kenal.

"eeyh? takkan muka aku kot?" cey! perasan je aku ni.

wajah seorang wanita yang sedang tersenyum sambil memgang sekuntum ros merah.

"astaghfirullahaladzim!" jerit seseorang.

aku menoleh kebelakang. senyuman tidak lekang dibibirku. wajah danny mahu saja aku cubit.

"lah...ingatkan yang kat sana tu tak nak balik sini. rupanya balik...alahai, rindunya..." danny datang ralat kearahku lalu tubuhku dipeluk erat. aku membalas pelukannya.

"gambar siapa yang awak lukis tu?" sengaja aku bertanya.

"gambar awek aku..." dia bisik di telinga aku. ada rasa sedikit cemburu. yelah,mana tahu dia memang ada awek sebelum dia kahwin dengan aku. huk..huk..huk... aku mencebikkan bibir lalu aku tolak dada bidangnya itu.

"dahlah nak merajuk lah kalau macam ni."aku menjauhkan diri aku daripadanya sambil memeluk tubuh.

"alolo...kau nak merajuk ye. aku tak kisah pun." danny tak memujuk aku sebaliknya dia mengambil lukisan itu lalu dibawa kebilik sebelah. aku hanya menjeling dari ekor mataku.

***

pagi itu sengaja aku bangun awal. niat aku,ingin mengejut danny untuk solat subuh. pintu bilik itu aku ketuk perlahan. bila aku cuba untuk membuka pintu itu ternyata pintu bilik itu terkunci.

aku mengeluh...tiba-tiba sahaja danny berubah. biasanya dia pujuk aku untuk lembutkan hati aku. tapi,sekarang dibiarkan sahaja hati aku ni. huhuhu, sedihnya. dia dah ada calon lain lah. maknanya dia tak sayang aku pun sebenarnya...

aku terus pergi dati situ. takpelah, harini aku solat subuh sorang-sorang.

***

aku turun kebawah. semua orang tiada harini. abah pergi kerja awal, danny? hmm...dia duduk terperap je. tak keluar pun dari bilik tu. bila aku kat dalam bilik, dia ada kat luar. kalau aku kat luar dia kat dalam. haish, pembantu rumah cuti, dah takde siapa lagi. kecuali nenek..ha, bagus jugak kalau kacau nenek ni.

aku menuju ke bilik bawah. pintu bilik nenek, aku kuak luas. kosong. tiada sesiapa. aku cuba untuk mencari nenek. tapi, tiada. aku keluh hampa.

"kalau macam ni, baik aku duduk terus dekat rumah datin azmah." aku putuskan untuk balik kerumah datin azmah. walaupun aku sudah meminta cuti disebabkan hazieq ada di rumah.

aku bersiap lalu mengambil handbag di atas meja. kunci kereta yang tersangkut di tepi pintu aku capai. kereta kesayanganku aku tuju.

dari jauh danny memandangku sambil tersenyum di balkoni. eeyh, dia tiba-tiba happy semacam ni apahal dia ni?

ni yang rasa macam nak marah ni. aku undurkan kereta. terus menuju ke rumah datin azmah.

***

"assalamualaikum!" aku memberi salam.

rumah itu kelihatan muram sahaja. gelap. ha, inilah kelemahan aku. bila gelap takde siapa nak temankan aku. eiii! nak patah balik rumah sendiri dah malas dah.

"erm, nak buat macam mana ni?" aku memusingkan badan aku menghadap luar. "okey anis kuatkan hati!" aku pusingkan semula badan aku.

"arghhhhhhh!!!!" aku menjerit. wajah hantu sedang berada dekat di wajah aku.

"mama..." aku sudah menangsi ketakutan. perlahan-lahan aku jatuh terjelopok. tiba-tiba aku dengar suara orang tertawa. seperti kelakar sahaja.

"ni haz lah..." hazieq membuka topengnya. lalu dia menghulurkan tangannya. tapi, aku tak sambut. sebaliknya aku bamgun sendiri. di belakang sana, aku lihat abah, dato' hamzah lee, dafin azmah dan nenek semua tersenyum memandamg kearah aku.

"happy birthday..." semua menjawab serentak. air mata aku bergenang. aku terharu. semuaotang ingat hari jadi aku? ya allah! biasanya mama yang akan menyambut hari jadi aku. kali ini digantikan dengan semuorang.

"happy birthday sayang..." bisik seseorang ditelinga ku. aku toleh kebelakang. danny!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience