BAB 16

Romance Series 20760

aku menghembus nafas aku perlahan. sekarang sudah menginjak pukul 11 malam. mata aku tidak mahu tutup. aku mengiring ke arah kiri.

aku buntu dengan keputusan yang aku buat. kenapa aku? kenapa tak upah je bibik? kan diorang kaya. hish,menyusahkan aku je. tak pasal aku kena jadi bibik yang tak berbayar.

aku mengiring pula kearah kanan. aku lihat danny sedang lena diulit mimpi. aku mengeluh. sedapnya dia tidur kan? aku tak boleh tidur sebab memikirkan masalah yang satu ini.

walaupun masalah ni taklah sebensar hal negara. tapi, bagi aku masalah tu tetap besar. aku tak nak jaga datin azmah. aku takut terluah rasa marah dekat dia. kesabaran aku tipis sangat. nipis kulit bawang.

aku mengeluh perlahan. aku pandnag wajah danny yang memang lena. entah kenapa tangan rasa gatal naik bermain dengan wajahnya.

tangan aku larikan pada kening lebatnya yang cantik bentuknya lalu bermain pula dengan bulu matanya. melentik. kalah aku. dialihkan pula bada hidungnya yang mancung. argh! hidung dia buat aku jealous.

akhirnya, tangan aku berhenti pada bibir merahnya. danny ni dah macam perempuan kalau tengok muka dia. beautiful that can i say. but, he's not a girl. he's a man. man with a beautiful things.

"tak tidur lagi ke?" suaranya serak basah mengejutkan aku. aku lihat matanya masih tertutup rapat. aku terus jauhkan tanagn aku yang bermain dengan mukanya.

"tak..."aku tarik gebar hingga ke atas. aku cuba untuk tidur dengan masalah ni. makin aku pikir masalah ni, makin gila aku dibuatnya.

"okay, aku dah tak tahan tengok kau macam ni sejak kita dating tadi. baik kau cerita je apa masalahnya?" dia mengiring sedikit menghadap aku. tangannya melekap di pipiku. dia mengusap perlahan dan dengan cara itu buatkan aku terbuai seketika.

"herm...macam mana eyh, nak cerita. susah lah." aku menggaru-garukan kepala aku yang tidak gatal.

"huh, aku tahu dah apa masalah kau."

"apa dia?" aku pandang mukanya.

"mesti sebab kau kena jaga ibu kan?"

aku membuat riak wajah tak percaya. macam mana pulak dia tahu.

"macam mana awak tahu?"

"aku tanya abahlah semalam. sebab kau diam je. tak nak bagitahu. so, semalam terus tanya je lah."

"okey kalau awak dah tahu, tak payah lagi kita cerita pasal benda alah ni lagi. saya nak tidur. jom." aku cuba untuk tidak memikirkan hal itu. aku mahu rehatkan minda aku dan kepala aku.

"fine..." danny menarik gebar. dia memeluk aku dengan erat. aku cuba untuk melupakan hal tadi.

"aku just nak bagitahu kau. kau jaga je ibu..." itu ayat terakhir yang aku dengar sebelum aku tidur.

_____

sudah tiga hari aku menjaga datin azmah. selama tiga hari juga aku tidak berpeluang untuk berjumpa dengan danny. haih, rindunya. aku menjaga datin azmah kerana terpaksa.

"anis...jom makan." datin azmah mengajak aku makan. aku mengeluh. sekarang ni bukannya time makan tapi time tidur. dah pukul berapa dah ni. tahu tak sekarang pukul 12. bukannya 12 tengahhari tapi 12 malam. ya allah.

"tidur lah dulu..." aku berkata dengan lembut. orang sakit kan. mana boleh cakap kasar sangat.

"alaaa...lapar." dia membuat muka sedih. haih, ini bukan penyakit kemurungan dah ni, tapi penyakit mengada-ngada. hish, aku ni dah lah penat tahu tak. seharian ni ikut perangai dia je.

"jomlah..." aku ajak juga apabila melihat muka datin azmah kelihatan begitu teramatlah sayu sekali. aku mengalah.

aku melihat di kabinet. tiada satu makanan pun yang boleh dimakan. apatahlagi biskut. haih, nama je orang kaya. biskut kering kat rumah aku berlambak tahu.

"nak makan apa? mana ada makanan." aku duduk diatas kerusi.

"kita makan maggi goreng." ayat itu cukup membuatkan aku lapar. sudah lama aku tidak makan makanan segera itu. perut aku berbunyi tanda lapar.

makanan segera itu aku ambil di bahagian bawah. makanan segera itu aku masak.

"anis..." datin azmah memanggil.

"hmm..." aku menoleh seketika kepala aku kebelakang dan menghadap ke hadapan semula.

"anis tak nak kahwin dengan anak ibu ke?"

aku terus berhenti dari memasak apabila dia berkata sebegitu.

"apa yang datin cuba nak cakap ni?" aku membasuh tangan sementara menunggu minya lembut.

"anis tak nak kahwin dengan anak ibu. hazieq." dia memandang aku. aku pula agak terkejut sedikit dengan soalan dia.

"apalah datin merepek ni. saya kan dah kahwin. saya dah ada suami tau. takkan tak ingat."

datin azmah membuat muka tidak percaya.

"anis tipu! anis...ibu tahu anis sukakan hazieq. hazieq pun sayangkan anis."

terus terjungkit kening aku. gila ke apa datin ni? dia ni sebenarnya sedar tak? ke dah memang lupa. macam-macam betul penyakit dia. amnesia jugak ke? lupa semua.

"bila pulak hazieq sayangkan anis...dia kan dah ada girlfriend." aku menjawab dengan suara mendatar.

"hazieq cakap dekat ibulah."

"bila?"

"semalam." terus aku terkejut dan terkejung dekat situ. yelah, tak sangka hazieq akan berkata sebegitu. handphone samsung aku tiba-tiba berbunyi.

"kejap datin."

"assalamualaikum...hai yang disana. tak rindu yang disini ke? disini tengah merindu setengah mati." suara danny kedengaran sedih sahaja.

"waalaikumussalam...disini tak rindu disana. nak buat macam mana." aku terus gelak apabila mendengar dia membebel sendirian dibujung talian. marah mungkin.

"takpelah...bertepuk sebelah tangan merindu disana. hmm...kalau macam tu. bye." danny ingin meletak aku dengan pantas menghalang.

"eeh, kenapa nak letak. kata rindu. dengar lah suara ni." aku ketawa. melayan danny pun bagus juga time hati tengah panas macam ni.

"anis...mana makanan ni. lapar..." aku terus mengeluh apabila mendengar suara datin azmah merungut.

"sabar ye datin... awak, saya nak kena masakkan makanan untuk datin kejap. nanti pukul 1 saya call awak. jangan tidur! kalau tidur lepas ni dah tak nak layan." aku cepat-cepat mematikan talian.

dengan cepat aku mengambil mi itu dan masukkan segala perencah ke dalam kuali. setelah siap dimasak. aku hidangkan kedalam pinggan.

"erm, sedap bau..." suara garau membuatkan aku terangkat bahu sekejap. terkejut jugak tiba-tiba. aku lihat hazieq baru pulang. briefcasenya dicampak ketas sofa. baju lengan kemejanya dia lipat hingga ke siku. tie nya pula dibuka.

"hazieq...kenapa awak datang sini?" aku cuba berbasa-basi. aku agak terkejut dengan kehadiran yang tidak diundang.

"rindu dekat ibu..." hazieq duduk disebelah datin azmah lalu dia lemparkan senyuman padaku.

"rindu ibu? tipulah. bila ibu bagitahu ada anis dekat rumah, baru nak balik." kata datin azmah bergetar. seeprti ingin menangis sahaja.

aku hanya tersenyum hambar. aku menoleh kearah jam. lagi lima minit nak masuk pukul satu. aku cepat-cepat meminta diri.

"eyh, anis tak nak makan?" datin azmah bertanya. aku cepat-cepat menggeleng.

"anis..." hazieq memanggil aku.

"yup, what can i help you?"

"masakkan maggi goreng jugak." permintaannya membuatkan aku hendak menolak sahaja. tapi,aku lihat keadaannya seperti itu. terus aku beralah. malam ini hati aku terlalu lembut pula.

aku dengan nafas dan hati yang berat. aku gagahkan juga untuk membuatkan makanan itu untuknya. entah kenapa aku dapat merasakan pergerakan aku seperti diperhatikan.

danny! sumpah saya nak balik!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience