harini danny dibenarkan pulang. segala barang-barangnya aku telah letakkan ke dalam beg. sekarang ni, kami hanya perlu menunggu tan sri aezman. dia yang mengambil kami harini kerana drivernya cuti emergency.
aku duduk disebelah danny. handbag aku buka lalu mengambil handphone samsungku. notiffication penuh dengan whatsapp. aku buka whatsapp. ada suatu nombor yang tidak dikenali telah whatsapp aku.
profile gambar aku tekan.
"oh, ukasyah." aku tersenyum sekejap. sepupuku belah ayah. ukasyah al izzam. sedap kan nama dia. nama je punya cantik. tapi, perangai nauzubillah, tak sepadan langsung dengan nama dia.
hui! buat apa? - ukasyah
terus terangkat kening aku baca whatsapp dia. laju aku menjawab.
waalaikumussalam ahli syurga! bagusnya lahai perangai dia. - anis
aku menoleh ke kanan. wajah danny aku pandang. mukanya kelihatan merah. tangannya menggenggam penumbuk manakala rahangnya bergerak-gerak.
jom!" tanpa aku sedar daddy iaitu tan sri aezman telah pun berada di hadapanku sambil menjinjing beg pakaian.
aku bangun. handphone aku letakkan kedalam poket. tangan aku ingin mencapai tangan danny tapi dengan pantas danny melarikan tangannya dari disentuh. hati aku terkesan sedikit. tapi, aku diamkan sahaja.
aku masuk ke dalam kereta. duduk di belakang. aku memang menjangkakan yang danny akan duduk di hadapan. aku buat-buat tak kesah. mata aku terpandang sisi cermin. aku lihat matanya tajam melihat aku.
gulp!
kenapa ni? aku buat salah ke dengan dia ke? ya allah...
"aih danny,duduk lah belakang dengan isteri kamu. jangan duduk depan. kesian dia sorang-sorang kat belakang."
danny menjeling sahaja.
aku
rasa
macam
nak
menangis....
danny merengus dahulu. dia keluar lalu membuka pintu sebelah. pintu ditutup dengan kuat. aku sampai terangkat bahu.
_____
aku merebahkan tubuhku ke katil secara meniarap. handphone aku ambil dari poket seluar. aku buka whatsapp kembali. 30 message from ukasyah. haih, baru tinggal sat. dia ni...
aku tergeleng sekejap. dia ni... sampai 30 kali dia meng 'hoi' kan aku. aku ada nama lah.
kau ni...tak payah lah nak berhoi sangat. hish! naseb tak hang handphone aku. kalau hang kau belikan yang baru - anis
okey! handphone apa? request...aku ada duit ni berlambak.- ukasyah
terangkat kening aku. wah!!! kaya sangat. uwek. macam ada duit. kerja pun hidok...masih lagi kena tanggung dengan mak ngah dengan pak ngah.
aku nak iphone x satu. - anis
aku belikan dua. satu untuk kau, satu lagi untuk aku. - ukasyah
pintu bilik tiba-tiba terbuka. aku menalakan pandanganku keatas. danny muka yang ketat. haih, kenapa lepas benda tu jadi. perangai dia berubah?
"errr, awak dah makan?" saja aku berbasa-basi dengan dia.
danny hanya menjeling tajam. aku yang lihat terteguk air liur sendiri. belum lernah lagi danny berkasar dengan aku. sebelum ni dialah yang paling lembut dengan aku. takde pun marah sampai macam ni.
dia membuka baju. lalu tuala diambil. pintu bilik air tertutup rapat. aku dengar shower berhujan dalam bilik air.
missed call from ukasyah.
"hallo!"
"waalaikumussalam..." aku menjawab.
"kena lagi aku! hish,tak boleh betul bila dengan kau." suara ukasyah kedengaran tidak puas hati. aku tergelak.
"ha, kau call aku apahal? kalau nak sembang, whatsapp saja. aku tak nak kredit aku habis sebab kau."
"heele...aku yang call kau. bukannya kau call aku. takdenye kredit kau nak habis." aku tersengih.
pintu bilik air terbuka. macam biasa danny mengikat tuala paras pinggang.aku yang tengok rasa macam malu pulak. muka aku berubah merah.
"halooo!!!" aku terus menjarakkan handphone dari telinga. ya allah... menjerit pulak dia kat telinga aku.
"hamboiiii! cik abang. kau kalau tak menjerit tak boleh ke? sakit telinga aku."
aku dengar ukasyah gelak terbahak-bahak. hesyyy!!! tak lawak lah!
aku menelan air liur apabila terpandangkan jelingan tajam danny. ha, ni lagi sorang. tak boleh ke mata tu jangan dok jeling. tak sakit ke mata? haihhh...
_____
ukasyah...ukasyah... haih, sekarang ni aku asyik berwhatsapp dengan dia je sekarang ni. haritu jumpalah dia sat. amboiii,bukan main lagi sekarang. siap bersongkok. dah takde dah perangai nauzubillah yang melekat dekat dia sekarang. cakap pun dah helok jugaklah.
sekarang ni tengah nak jumpa dia lah. tapi, dia datang rumah abah. so, harini aku balik rumah abah. danny...herm, aku angkut sekalilah. kang apa pulak kata daddy kannn...
danny macam nak tak nak je ikut aku. sekarang ni, dia lebih banyak berdiam dari bercakap. dulu, lagi teruk lah...waktu first. sebabnya,kan dia ingat tak boleh bercakap. ha,memang tak de bercakap. langsung!
tapi, hari yang aku terkejut tu. time danny menjerit sakit. sebab aku tercucuk jarum peniti dekat tangan dia. memang dia marah. sekarang ni aku rasa dia tengah buat perang benci kot dengan aku. aku pun tak tahu. lately ni asyik nak marah aku je. asal aku nak baring. macam-macam dia mintak. memang saja nak menyakitkan hati aku.
pintu pagar automatik terbuka. kereta aku parkir kat dalam. aku siap bukakan pintu lagi untuk danny. sepatutnya, danny yang bukakan pintu untuk aku. huh...
_____
aku masuk ke dalam bilik. penat. niat nak rehatkan badan sebelum jumpa ukasyah. danny duduk dekat sebelah aku. dia ambil buku yang selalu jadi peneman dia.
aku dah sampai - anis
orait! see naaa... - ukasyah
aku tutup mata sekejap. handphone aku pegang. tiba-tiba terasa handphone aku ditarik.
"kau dengan ukasyah ada apa-apa ke?" itu soalan yang diterbitkan oleh danny. matanya tajam menikam mukaku.
"kenapa?" tanya aku sambil menggapai handphone aku dari tangannya.
"jawab jelah."
aku duduk menghadap wajah danny aku pandang. muka yang putih, mata yang agak sepet, kecoklatan matanya menarik perhatian semua wanita. rambut bukanlah berwarna hitam. tapi, berwarna coklat perang.
"jealous?" terangkat kening sebelah aku.
"nope! just asking." dia terus bangun menuju ke beg bajunya. aku hanya memerhati sahaja. huh, aku rasa dia ni jealous. tapi, faham jelah. lelaki... ego kan.
Share this novel