BAB 8

Romance Series 20760

jalan punya jalan hanya sehelai baju sahaja aku beli. hari ini sengaja aku melarikan diri aku dari duty yang sepatutnya.

duty apa? hmm, mengemas rumah. hahaha! nampak sangat aku ni pemalas. bukannya tak nak buat kerja rumah. sebabnya tak nak lah duduk berdua-duaan dalam rumah tu dengan danny. walaupun memang halal. tetapi, aku masih lagi rasa janggal. duduk dengan lelaki selain dari abah. oh no, i masih tak boleh terima.

di pavilion ni takdelah ramai sangat orang. agak lengang sikit. aku tak tahulah manusia lain tengah pergi mana sekarang. tapi, bagus jugak boleh aku jalan-jalan sambil menghirup udara segar. eyh, hirup udara segar duduk tepi pantailah anis oiii.

danny ni memang lah! pagi-pagi lagi dia jeling aku! huh! dia ingat aku ni apa? tempat jelingan dia? oh sorry lah der, you salah tempat.

"aduh!" aku tergelincir. aku menggosok bontot perlahan. sakit akibat jatuh. aku memang tak nampak yang dia dah letak papan kuning tu. di dah bagi warning tapi, si cik anis ni buta.

hailah, anis...anis... tak pasal-pasal dapat balasan on the spot. tu lah lain kali kutuk laki kau lagi. tuhan kan dah marah!

"cik okey?" seorang makcik tua menegur aku. aku mengangkat wajah. aduh! malu.

"hmm...saya okey." aku menutup sedikit muka aku lalu aku bangun. aku jalan sambil menundukkan muka. malu punya pasal tundukkanlah muka sepanjang jalan.

aku tutup pula muka bila ada ramai orang yang melihat aku. argh! aku tak sukakan attention lah! aku lihat dari celahan ruang tapak tangan. aku lihat jalan. manalah tahu accident lagi. bertambah malu aku nanti!

"auch!" suara garau kedengaran. ha sudah! terlanggar orang pulak.

"hoi, buta ke?!" kedengaran seperti suara cina yang menegur dan jantinanya ofkos lain tak buka lelaki. suara garau kena lah jantina lelaki.

"maaf..." aku menggigit bibir. langsung aku tidak memandang wajahnya. sebaliknya aku tunduk memandang lantai.

"anis..." suara tu. suara lembut yang selalu mengganggu ketenangan aku.

aku terus mengangkat muka. terkedu aku seketika. anak matanya memandang tepat ke dalam mataku. aku cepat-cepat melarikan pandangan. takut hati berubah.

"apa anis buat dekat sini?" muka dia kelihatan sedikit teruja.

"saja...jalan-jalan..shopping sikit." aku menjawab. tak naklah nampak kaku sangat depan dia sebab terpukau en.

"hazieq, buat apa kat sini. haritu menghilang harini tiba-tiba ada pulak." aku saja bertanya sebegitu. mulut ni pun... nanti mesti dia pikir aku still mengharap kahwin dengan dia.

"sama macam anis. saja...jalan-jalan. shopping." dia mengangkat barang-barang yang dibelinya.

"dah makan?"

"belum." aku menggelengkan kepala. sungguh baru terasa perut berbunyi kriuk apabila bau aroma ayam kedai berdekatan masuk ke dalam hidung ku.

"jom makan." dia mengajak aku pula pantas menggeleng. memang taklah nak keluar dengan mamat ni. dah lah dia ni ex aku kot. kau gila. kalau orang nampak aku makan dengan dia mahu salah faham. kang orang cop aku ni tamak pulak.

"erm, takpelah lagipun dekat rumah dah ada orang tunggu. makanan pun dah siap. dia kata tinggal tunggu saya balik je. maaf ye." aku memberi alasan.

"oh...erm, awak datang sini naik apa?" dia memandang aku.

"naik bas..." selamba aku menjawab. ye lah kalau naik kereta nanti abah perasan pulak yang aku takde dekat rumah. ha tak ke kantoi.

"kalau macam tu saya hantar awak baliklah." dia menawarkan pertolongan. tapi, bagi seorang anis. hazieq perlu dijauhi!

"eyh, takpe-takpe. saya boleh balik sendiri. saya call lah suami saya nanti suruh datang ambik. jangan risau." aku senyum palsu.

"suami?" riak wajahnya ternyata terkejut.

"eyh,tak tahu ke saya dah kahwin? lahhh, datin tak bagitahu awak. haritu kan lepas mama meninggal, ada orang masuk meminang. lepastu saya pun terima je lah. yelah anak tan sri. gila tak nak." aku saja buat gelak-gelak dihujungnya.

"mama meninggal?" sekali lagi dia terkejut. ah, apa kisah aku. anak beranak semua sama je. aku tak nak mintak simpati dari siapa-siapa.

"haah. awak tak tahu ke? alahai kesian. kalau awak nak tahu kan. mama meninggal time saya nak nikah dengan awak. ala, hari yang awak larikan diri tu." aku bercerita seperti biasa. aku cuba mengawal segalanya. rasa sedih, marah, benci. semuanya aku kawal di depan lelaki ini.

"kenapa takde siapa bagitau saya? takde sorang pun yang bagitau mama dah meninggal and takde sorang pun bagitahu awak dah kahwin." kelihat mukanya seperti menahan marah. eyh, marah? marah sebab apa? ah, apa kisah aku.

"dahlah saya nak balik. suami saya kata dia dah tunggu kat luar. bye!" aku membuat alasan. saja sekejap tadi aku melihat handphone. notifications masuk dari pak abu whatsapp aku.

ha,kau tengok. driver aku lagi hebat dari aku. dia pakai iphone tahu. aku samsung je. hahaha. bukannya apa dia dapat cabutan bertuah la. aku mana bertuah. unlucky teruk dah aku ni. kena mandi bunga lah katakan...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience