BAB 10

Romance Series 20760

pagi-pagi buta lagi pintu aku sudah diketuk. aku membuka mata dengan perlahan. aku tenyeh mata berkali-kali. masih lagi bersisa rasa kantuknya. aku menggeliat terlebih dahulu sebelum melangkah menuju kearah pintu dan membuka pintu itu.

"ush!" aku mengurut dada laju. terkejut aku dengan kehadiran lelaki ini. dah kenapa? buang tabiat ke apa datang bilik aku ni? mengigau dia ni...

"kau tak mandi lagi?" dia membetulkan tualanya yang sedia terikat itu. ha, itulah puncanya jugak sebab terkejut. datang bilik aku selamba je pakai tuala. tahulah area atas ni memang ada aku dengan dia je. tapi, janganlah sampai pakai tuala tapi tak pakai baju. malu! aku ni dahlah kaum perempuan. nasib baik dah kahwin tahu!

"belum." aku gelengkan kepala. getah rambut yang memang tersedia dipergelangan tangan, aku mengikat rambutku.

"kau belum solat kan. kau pergi mandi lepastu datang bilik aku. solat sama-sama. lepas solat kemaskan baju aku. aku belum lipat lagi."

"hm...saya mandi dulu lah." aku mengambil tuala lalu aku menutup pintu bilik.

_____

kaku aku di dalam kereta. tak tahu hendak buat apa. masih lagi rasa berbahang malunya. terus terimbau kembali apa yang jadi di dalam bilik danny tadi.

Selesai sahaja aku menunaikan solat subuh bersama danny aku terus bangun. tapi awal-awal lagi dia dah hulur tangan. aku buat-buat tak nampak.

"ehem!" dia berdehem. aku membuat muka jelik. aku menggapai tangannnya lalu aku salam. apabila aku ingin menarik tangan aku dia masih lagi menggenggam.

"apa ni...lepaslah..." aku merungut. aku cuba menarik tangan aku. ya allah! aku mengantuk! dia main-mainkan aku time macam ni!

"salam betul-betul." aku mencium tangannya. eiii, itu pun terpaksa tau. apabila aku hendak mengangkat kepala, dahi aku pula dicium. lama. aku sudah kaku seperti ais. badan semua kaku, hati ofkos cair macam ais terbakar.

bibirnya perlahan-lahan bergerak. aku menggenggam tangan aku. terasa tangan aku digenggam oleh danny. pipiku dicium pula dan sekali lagi bibirnya bergerak. saat bibirnya menyentuh bibirku pintu bilik diketuk kuat.
"buk...pak. saya udah nyiapin sarapan." suara susan kedengaran. aku dan danny terus menjarakkan kedudukan. pipi aku disaat ini sungguh berasa panas.

"erm, saya masuk bilik dululah awak. saya nak kemas baju saya. nanti saya kemaskan baju awak." aku terus bangun lalu menuju ke bilik.

"Termenung apa?"tanya danny. aku terus berada di alam nyata. hilang memori malu aku tadi. aku cuba mengawal riak wajah ku.

"mana ada termenung." aku mengalihlan pandanganku ke arah tingkap. tiba-tiba terasa tangan aku digenggam.

"malam ni tidur sebilik tau. kau jangan mengada malam-malam pergi bilik lain. nanti mummy tahu." danny awal-awal sudah memberi amaran. aku tidak menggeleng mahupun mengangguk.

"malam ni daddy awak ada ke?" aku mengajukan soalan yang memang berpusing di dalam otak aku sekarang ini. kalau boleh memang berharap sangat yang 'tan sri' tu ada.

"daddy memang tiada. sekarang ni daddy dekat new zealand. kenapa?" danny memandang aku. sekali sekala dia memandang ke depan.

"saja tanya." aku senyum palsu. yes! takde. kalau tan sri tu ada mahu aku gaduh dengan tan sri tu pasal pangkat dia.huh...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience