BAB 12

Romance Series 20760

aku hampir tiada selera menghadap makanan ini. nasi aku kuis perlahan. mahu sahaja aku ingin menangis duduk disini.

"ha, anis. makanlah... daddy, tengok tak berusik nasi dengan lauknya dalam pinggan tu." daddy. ataupun paling senang nak cakap. tan sri aezman syukri. ayah mentua yang paling aku mengharap dia tiada.

aku hanya tersenyum sahaja. tidak sanggup lagi aku duduk di meja makan ini. mahu sahaja bangun dan meninggalkan orang yang tidak mahu aku berjumpa.

aku memulakan suapan selepas melihat jelingan dari danny. aku bukannya takut jelingan dia. tapi, aku sumpah nak makan cepat-cepat lepastu terus naik atas. malu!

selesai sahaja aku menelan makanan. aku cepat-cepat bangun dan membasuh pinggan. terus aku panjat tangga. tidak mahu bertembung dengan tan sri aezman punya pasal.

"anis..." danny memanggil aku tatkala aku ingin membuka pintu bilik. aku memusingkan badan kearahnya. ternyata dia ada dibelakangku. mungkin dia mengikut aku sedari tadi.

"yes. how can i help you my lovely dovey husband?" aku membuat muka di hadapannya.

"daddy suruh turun nak jumpa menantu dia. my lovely dovey honey bunchy." dia mengulang semula ayat yang aku sudah beri tadi kepada aku. cuma menambah beberapa perkataan.

"i dont wanna go." aku masuk ke dalam bilik. belum sempat aku ingin menutup pintu, danny lebih pantas menguakkan pintu itu lalu masuk ke dalam bilik.

"kenapa kau tak nak jumpa daddy? kau tak suka dia eh?" dia memandang aku. pintu yang tadi tersedia luas kini ditutup oleh danny. aku ketakutan apabila dia memandang aku dengan suatu perasaan yang aku tak dapat tafsirkan.

"ma..mana...adalah. saya cuma nak rehat. badan saya letih sangat." aku memicit bahu aku perlahan-lahan. mata aku pula memandang ketempat yang lain.

"tired? come i will help you get rid of that tiredness." danny menghampiri aku. aku perlahan-lahan menapak kebelakang. makin dia kedepan makin kebelakang aku jadinya. bila dia makin hampir makin berdebar jantung aku. rasa macam nak meletup sekarang ni.

"mak!!!" kaki aku tersandung dengan hujung katil. aku terbaring diatas katil, tangan aku pula memegang leher danny. danny pula seperti acah ingin menyelamatkan aku.

katil ni memang biadab! sengaja betul bagi keadaan jadi macam ni! aku sumpah seranah dalam hati.

aku terus mengangkat kepala. tatkala itu, mata bertemu mata. hidung bertemu hidung. nafas makin laju. takut. aku menutup mata lalu ada sebuah nafas yang hangat aku rasakan di leher aku.

"hmm..." itu yang aku dengar daripada mulutnya.

rambut aku diletakkan kebelakang. rambut yang mengurai itu dicium. tangan yang aku letak di leher danny aku kuatkan. takut dengan keadaan sekarang ini.

"awak..." aku cuba ingin menyedarkan dia apabila dia mula mencium dibibirku.

"i cant stop dear. when i want something. i will get it. whatever i have to do." suaranya halus memasuki ke dalam telinga. jantung aku berdetak laju mengalahkan debaran lepas lari.

ya allah!

walaupun dalam hati aku tidak ingin perkara ini berlaku tetapi aku tahu kewajipan yang aku harus berikan padanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience