BAB 7

Romance Series 20760

aku terus melangkah keluar dari bilik. niat mahu menuju ke dapur. perut masih belum rasa lapar tapi, kehausan pula menyuruh aku turun ke dapur.

sekotak air oren peel fresh diambil dari peti ais sebelum dituang kedalam gelas kosong yang telah diambil. belum sempat aku ingin minum nama aku telah dipanggil.

"anis..." datin azmah memanggil aku. aku merengus perlahan. sakit pula hati aku. pagi-pagi yang cerah ini dapat pula aku menghadap muka datin ni. kebetulan hari ni abah menjemput semua orang untuk melakukan tahlil arwah mama. agak lambat abah buat kerana desakan dan masalah yang tidak boleh dielakkan terpaksalah tangguh untuk melakukan tahlil arwah mama.

"yes datin. anything you want?" aku membuat muka jengkel sedikit. dalam hati ini mahu sahaja aku halau dia keluar. tapi mengenangkan aktiviti harini, aku tak mahulah memalukan keluarga sendiri.

datin azmah senyum sedih. dia datang dekat menghampiri aku. aku pula makin menjauhkan diri aku darinya. sudahlah aku begitu benci dengannya takkan dia tidak faham lagi.

"ibu sedih sangat sebab tak dapat kahwinkan anis dengan hazieq. kalau tak kita dah jadi satu keluarga. tapi, takpelah. walaupun bukan dengan hazieq. anis tetap menantu ibu." dia tersenyum. aku pula berkerut. apa pulak menantu dia. aku menantu puan sri hidayah okey. bukan menantu dia. please! gelilah!

"ibu..." aku dengar suara yang aku amat kenali. aku menoleh kebelakang. danny datang mendekat lalu dia berdiri disebelah aku sambil memeluk pinggang aku. aku menjeling dia.

sedapnya cik abang! peluk pinggang orang! amboi, ingat pinggang ni boleh main peluk sesuka hati je? mintak izin dululah!

"ibu pergilah makan mummy tunggu dah dekat depan." kata danny lembut pada datin azmah.

danny memanggil datin azmah, ibu? mungkin dah memang kot...

"okey...anis tak nak ikut ibu?" datin azmah memandang aku. aku cepat-cepat menggeleng. memang tak lah. sorry... i tak nak!

datin azmah aku lihat dia senyum hampa. dia terus menuju ke depan. disebelah aku pula sudah menjeling. hmm, marah gamaknya.

"kenapa kau layan ibu macam tu?" suaranya sedikit keras. heh, apa aku kesah. dia nak suara keras ke, lembut, takde apa-apa yang mengubah situasi sekarang.

"suka hati sayalah. itu bukan ibu saya pun." aku berkata selamba sebelum meneguk jus oren perlahan.

"walaupun itu bukan ibu kau. tak semestinya kau tak harus respect kat dia. dia tu kan orang tua. kita sebagai orang muda kenalah hormati. adab dengan suami pun fail. apatah lagi adab kau dengan orang tua." tangan danny jatuhlalu dia terus melangkah meninggalkan aku. aku tergamam dengan apa yang dia katakan.

"danny...kalau awak tak tahu apa-apa. baik awak diam. walaupun awak berhak tegur saya." sempat aku katakan sewaktu dia baru hendak memanjat tangga. dia berhenti. kepala dia berpusing melihat aku.

"sebenarnya kau yang tak tahu." itu ayat yang dia beri kepada aku sebelum dia naik ke bilik. aku sekarang ni makin pelik dengan apa yang sedang berlaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience